Friday, May 29, 2009

Tatkala pengemis berbicara...

Dalam pengalaman peribadi ini (: bukan buku, bukan dari laporan orang lain) yang telah mengembara ke separuh pulusuk dunia, Indonesia ialah negara yang paling ramai pengemis. Tapi pengemis di Indonesia tidak menganggu dan tidak memaksa orang ramai. Kebanyakan pengemis Indonesia adalah dari kaum wanita. Mereka muda. Mereka mengendung anak-anak kecil, berpakaian koyak-rabak, berwajah kotor dan bermuka muram. Kadang-kadang mereka biarkan anak-anak itu menangis untuk mendapat simpati dari orang yang memandang. Tapi tektik ini adalah teknik yang banyak pengemis-pengemis di negara lain juga lakukan. Terpulanglah kepada orang yang melihat untuk memberi wang dan saya rasa ini cara ikhlas. Maksud saya orang yang memberi sedekah tidak dipaksa dan jumlah wang yang diberi juga ikhlas.

Saya dapati cara pengemis di Malaysia lain sedikit. Mereka tidak meminta duit cara berdepan-depan. Mereka (:selalunya OKU mata) mainkan biola atau seruling atau membaca ayat-ayat suci dari kitab Al-quran di kawasan ramai untuk menarik simpati orang yang melihat. Ini saya rasa elok (bukan menjadi pengemis elok tapi saya katakan caranya!). Kita yang melihat, menarik duit dalam seluar dan terus berikan secara ikhlas.
Ada cara lain yang menggunakan anak-anak kecil (:entah dari mana-tak pandai cakap bahasa Melayu) untuk menjual ayat-ayat suci di tempat makan. Beberapa kali, apabila saya sedang menumpukan pada perbualan atau hidangan, mereka datang dengan senyap-senyap. Terpacak tiba-tiba di depan muka dan menghulurkan buku-buku yang dicetak ayat-ayat suci. Baiklah kita kira anak pertama datang, anak kedua datang tapi bila dah anak ketiga juga datang...saya menghalau dengan bosan.
Hinggakan nak suap makanan ke mulut pun terganggu!

Kebelakangan ini, tatkala saya balik Singapura, saya lihat ada juga pengemis tapi very high class, dude! (pembaca yang tak suka saya campurkan ayat melayu bersama perkataan orang putih-jangan marah, dude!).

Ada sekali dalam bas, saya duduk menikmati alam dari cermin dalam bas. Datang dari belakang seorang anak muda, berpakaian baju sekolah.
"Aunty, can give me $5?"
"Hah!" terkejut katak aunty.
"I want to buy lunch, I'm hungry, aunty!"
Aunty terpinga-pinga, terus Aunty seluk bag duit dan berikan beberapa duit syiling yang ada.
"Take this, I only have this!"
"Aunty, not enoughlah"!
"Alamak, demand lagi!" kali ini aunty terkejut monyet (: tergaru-garu).
"Sorry, aunty only have this, if you don't want, aunty take back!"
"Okay aunty, I take this. Thank you, aunty!"
Itu pengalaman pertama dengan pengemis moden di negara kaya itu.

Di Tokyo, apabila berada di stesen Shibuya, seorang perempuan separuh umur datang mendekati diri ini. Ingatkan dia nak tanya saya dari mana dan bangsa apa (: pertanyaan biasa dari orang-orang yang kita tak kenal di Tokyo) tapi bukan!
"Minta sen yen!" dia kata.
"Sen yen?" saya terperanjat kuda (: macam rasa nak melompat lari).
Tau tak sen yen berapa nilainya? (Y1000=RM36.40)

Rupanya lagi kaya negara itu, pengemisnya demand lagi banyak!
"Saya tak ada sen yen tapi kalau nak hyaku yen ada(: nilai 100= RM3.80)!"
"Tak apalah, hyaku yen pun boleh!" dia kata lalu dia pergi.

Saya bukan cerita percuma tentang pengemis dan juga bukan nak heboh-hebohkan segala pengembaraan yang saya pernah lakukan. Mungkin ada yang mengata "nyampah kak lela!"
Bukan!

Isi cerita ini.

Selama 18 tahun saya tinggal di pulau ini, di pulau yang paling miskin di antara semua kawasan di Jepun, saya belum pernah berjumpa dengan seorang pengemis lagi.

Ironi kan?



*********************





4 comments:

  1. Salam Kak Lela...sewaktu saya ke India tahun lepas saya dapati pengemis di sana sama seperti pengemis asing di Malaysia. kalau diberikan duit kepada mereka, yang lain akan datang berduyun mengerumuni kita untuk meminta duit juga. barangkali pengemis asing di Malaysia berasal dari benua sebelah sana juga kerana itu budaya mengemis itu turut dibawa ke sini...

    ReplyDelete
  2. ada pengemis, bila diajak makan bersama, dia tak mahu. Nak hard cash only.

    Kadang-kadang nak membantu tapi banyak kali keraskan hati tak memberi. Jahat ke saya?

    Agaknya sebab makin kaya negara, makin tinggi sara hidup dan makin ramai yang terpaksa (atau sengaja paksa diri... tak tahulah) utk mengemis.

    ReplyDelete
  3. kalau ke pasar malam di kawasan ummi pasti ramai pengemis buta, kesian...

    selalunya ummi akan suruh batrisya masukkan duit beberapa sen untuk mereka, kadang-kadang mereka membawa budak kecil,mungkin anak atau cucu

    lagi kasihan bila melihat :(

    pulau yang kak lela duduk tiada pengemis, :)

    ReplyDelete
  4. sensei, ini boleh bikin cerita rakugo. sinis bukan? hahahaha

    ReplyDelete