Tuesday, May 26, 2009

Tatkala khayalan menjadi nyata @ PSSK

Saya ingin tanya kepada penulis-penulis novel di luar sana, adakah mereka terbawa-bawa dengan watak yang mereka khayalkan (baca:karya). Saya tidak mengharap jawapan mereka. Mereka tak baca catatan ini pun!

Buat masa ini saya sibuk "bercakap-cakap" dengan seorang pemuda. Pagi selepas sarapan dan hingga ke lewat malam. Segala perasaan pemuda ini saya rasai.
Tatkala dia riang, saya riang.
Tatkala dia bimbang, saya bimbang.
Yang susahnya, tatkala dia mengalami kesedihan, saya juga bersedih. Kadangkala, menitis air mata jika diteruskan perbualan kami.

Seharusnya saya tidak boleh terbawa-bawa dengan emosi ini. Sungguh pelik. Adakala, wajah pemuda ini terbayang-bayang di balik kelopak mata. Selalu juga terasa pemuda ini merenung saya, tatkala saya merancangkan "nasibnya".

Mungkin saya jatuh cinta padanya.
Dia yang saya wujudkan.
Dia yang saya beri satu wajah.
Dia yang saya ...

Susah sungguh untuk meneruskan...


***************************

2 comments:

  1. suspen lak..

    betol ar..

    kalau kiter ader baca novel, kita cipta segalanya melalui jalan penceritaan..
    lebey2 lagi kalau mempunyai tahap imaginasi yg tinggi..

    **kak..
    boleh tak dik mintak email add sekali lg..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. Sdr MGAMA,

    Edaran novel ini (Pulut Sakura, Serunding Kasih) dijadualkan bermula pada Dis. 2009, insya-Allah.

    ReplyDelete