Friday, August 07, 2009

Hujan cambah Karya Darma Mohammad



Puisi (bentuk: haiku) bertajuk HUJAN CAMBAH, siaran DEWAN MASYARAKAT (terbitan DBP), Ogos 2009.

[i]

Bila hadir dua unsur serentak iaitu hujan (air) dan panas (cahaya),
maka terbitlah pelangi. Ia ciptaan Tuhan yang ajaib, kerana walaupun
pelangi nampak dipandang, tetapi tidak pernah dapat disentuh jari.
Tujuh lapis warnanya tetap tersusun begitu, tidak pernah berubah
dari dahulu hingga sekarang. Tafsirakanlah!

[ii]

Waktu fajar (Subuh) tetap muncul, tanpa mengira cuaca atau musim.
Pelaut (perenang) terus berjuang menuju ke pantai, tempat asal dia datang.
Di sana insan yang takwa tetap menunaikan kewajipannya tanpa mengira
susah atau senang, dia tetap bertutur dengan Tuhannya.

[iii]

Makhluk dicipta berpasang-pasangan untuk menikmati Rahmat Tuhan.
Samalah sang angsa, saling memerlukan cinta kasih di dalam kehidupan.
Kiasan kepada manusia, mereka berijab-kabul untuk membentuk ikatan
perkahwinan yang sah di sisi agama.

[iv]

Alam akan musnah. Manusia akan juga kembali kepada Tuhan,Maha Pencipta.
Jasad akan hancur dan bersatu menjadi tanah. Bagi anak-anak dan kaum
keluarga, doalah ke atas roh yang pulang (insya Allah) mampu memberi pertolongan
kepadanya di akhirat.

Tahniah Sdr Darma Mohammad. Sekali lagi haiku Melayu berjaya menyisip pembaca di Malaysia.


****************

3 comments:

  1. Tahniah kepada Sdr Darma yang melahirkan puisi/haiku yang indah di bumi Melayu, kepada Sdr JahRera yang rajin menjaga dan menyiramnya.

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Jahrera.

    1.
    Terima kasih atas penyiaran puisi (haiku) dalam blog puan.

    2.
    Setelah menulis puisi bebas sejak lebih 30 tahun, saya cuba menggunakan teknik haiku/tanka Jepun. Saya masih menyuarakan perasaan dan fikiran manusia Melayu-Islam (dari segi isi), walaupun tekniknya menggunakan bentuk haiku/tanka. Ini membuktikan nafas Islam, misalnya (isi) mampu dimasukkan ke dalam apa bentuk puisi sekali pun.

    3.
    Telah memasuki tahun kedua saya menghayati dan mempelajari teknik penulisan haiku/tanka daripada Puan Jahrera. Beliaulah menjadi pengkritik dan pembimbing saya dalam bidang ini. Terima kasih saya kepada Puan yang "membedah" dan menilai haiku/tanka itu.

    Sekian. Wassalam.

    darma mohammad.

    ReplyDelete
  3. hujan selepas jerebu
    h1n1 selepas influenza
    apa selepas ini
    mati selepas hidup

    ReplyDelete