Sunday, August 16, 2009

Tanka Darma Mohammad



Tanka dibawa tersiar dalam Majalah PEREMPUAN, Ogos 2009



2. Naratif ringkas Tanka berkenaan :-

[1]
Hirisan zaitun dimakan selepas menunai solat Subuh. Zaitun
bukan sahaja didapati di negeri asal tumbuhnya, malah di mana-
mana sahaja di dunia ini. Perkenalan dan silaturahim terjalin
antara manusia melalui memakan buah zaitun itu.

[2]
Bintang merupakan ciptaan Tuhan yang memberi manfaat
kepada manusia. Kerdipannya dapat ditafsirkan sebagai
pedoman atau isyarat kepada manusia untuk mencari jalan
kebenaran atau mengenali Tuhannya. Melaluinya manusia
taat beribadat.

[3]
Makhluk di laut (juga di bumi, dll) tetap bertasbih kepada
Tuhannya. Manusia (pelaut) gigih berjuang memenuhi tuntutan
hidup dan patuh kepada suara hati nurani dalam mencari
keredaan Ilahi.

Nota kaki: Tanka/Haiku yang disiarkan di cetak media telah disemak dan diluluskan oleh empunya blog.


***************

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.,

    Tahniah Pak Darma karana membawa tanka ke dunia kepenyairan Melayu.

    Tahniah kak Lela, kena punya murid yang tekun lagi prolifik.

    ReplyDelete
  2. klela, dah terima sms, tapi tak boleh jawab pulak sebab tak ada hp no.

    kalau tak menyusahkan klela, nak jugak cuka power tu, nanti nina tanya alamat kawan nina kat KL tu ek.

    btw tangan nina masih lagi sakit, kekadang ngilu menyucuk-cyucuk, hingga cawan pun terketar2 nak angkat, doctor kata tennis elbow.. :(

    ReplyDelete