Wednesday, August 26, 2009

Tatkala belulang berkasar...



Semalam saya selak-selak sebuah majalah terbitan Malaysia (tak perlu namakan) dan membuat kiraan.
Menjaga kecantikan tapak kaki.

Yang diperlukan:
Pembasuh lawan kuman RM15
Pembuang kalus RM30
Krim RM18
Krim pelembut RM18
Spray lawan kuman RM13
Semua campur RM94.

Mencantikan tapak kaki perlu siapkan RM94!

Saya syorkan duit itu masukkan saja ke tabung anak-anak yatim (hendak-hendak bulan Ramadan mulia ini-dapat markah ke syurga!) sebab saya ada cara lain.
Cara yang saya lakukan paling murah, paling mudah, paling berkesan dan terjamin tapak kulit kaki licin hingga menjilat jari...(pinjam slogan ayam Kentaro!)
(Dapat seorang macam saya dalam 10 orang pembaca majalah itu, nampak sah...industri kosmetik di Malaysia gulung tikar).

Ini cara saya.

Pertama sekali...sebelum mandi siapkan bangku. Bawa bangku ini bersama ke kamar mandi.

Penuhkan air panas suam dan rendam kedua-dua belah kaki selama 10 minit. Sambil menunggu, basuhlah rambut dll. Itulah sebab saya kata bawa bangku. Bangku itu untuk didudukkan.
Lagi lama dapat rendam kaki itu, lagi senang untuk menjalankan operasi mengasah belulang.
Lepas berendam, lumatkan tapak kaki dengan sabun mandi dan dengan menggunakan papan pengasah, teruskan operasi mengasah. Kalau kalus agak banyak, gunakan pengasah batu (tengok gambar). Asahlah dengan lembut, tapak kaki itu nak guna lama.

Dah. Itu sahaja. Jangan lupa masukkan RM94 ke tabung anak-anak yatim ye!

YES. Itu SAHAJA.

Keluar kamar mandi, sapukan krim pelembut kulit (baby losen pun jadilah) pada tapak sehingga ke betis. Sebelum tidur, selepas bersihkan kaki (sebelum tidur bersihkan kaki!), sapukan krim pelembut dan guna stokin. Kalau stokin rasa rimas, sejam pun cukup.

Ulang proses operasi ini 3 kali seminggu.

Kalus perlu dihilangkan sebab jika dibiarkan lama-lama, ia akan merekah dan tercalar. Luka terbuka begini mengundang jangkitan kulit seperti kurap.

Lain kali saya beri lagi tip mencantikkan badan (tak janji). Khidmat dan nasihat saya percuma tapi hulurkanlah RM94 itu ke tabung kebajikan!


********************

2 comments:

  1. wow kak lela.. kebetulan.. baru jer teringat nak pi asah tumit kat spa minggu depan..

    Thanks kak lela.. kena cari pengasah yang barulah sebab pengasah lama jenis scholl tu dah tumpul agaknya.. dah tak berkesan

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Dulu pernah guna krim anti rekahan kulit tapak kaki. Tp tak selesa sbb kulit tapak kaki jadi nipis. Nak berjalan pun risau sbb takut mudah luka.

    Saya tak pernah asah tapak kaki. Nak juga ikut petua kak Lela .. hehehe

    Kak Lela, kalau tapak kaki ada kulit kering, bertompok2 dan kehitam-hitaman tu, kenapa? Jangkitan kulat ke? Tapak kaki kanan saya macam tulah. Bimbang juga kalau2 dimakan dek ulat air.

    ReplyDelete