Saturday, December 31, 2016

Thank you 2016, Welcome 2017!



The Year 2016 is the last day today. It'll be another year tomorrow. I don't make resolutions. I just do when things come my way.

The Year 2016 is an accomplishment year for me. I did some good things for myself.
Just for documentation.

Year 2015
** My second novel in Bahasa Melayu PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI received first prize in the Malay Literary Awards 2015 (Anugerah Persuratan Melayu Singapura, 2015).
** Received Second Prize for Golden Point Award, 2015 for a short story.

Year 2016
** Novel TERBELAH BINTANG SUBARU is shortlisted for Singapore Literature Prize, 2016.

For the Year 2017;
** I've translated my second novel PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI into English. I've sent the manuscribe to a publishing house.

** Another translation project that started about 4 years ago is still underway. This is a joint project and we've not decided on the publication house yet.

** I've compiled a collection of haiku by various haiku writers in Japan. They are not famous people. These compilations of haiku are based on the summer season word (kigo) written by haiku writers all over Japan. My intention in translating this compilation is to show how haiku are normally written by contemporary Japanese haiku writers. The haiku are in Japanese and the translated version will be in Bahasa Melayu. I've still not decided on the publication house yet for this project.

** A novel. This time I'm venturing into English. I still have not decided on the publishing house for this first timer in English as well.

Doing three writing projects simultaneously takes quite a bit of clever time-juggling.

Anyway, thank you for stopping by. From the recorded statistics, I know I'm not talking alone. Thanks for supporting me.
May you be busy and make more accomplishment for the coming year.

Happy 2017.

ps: photo on top was taken in December 2016.


*****

Thursday, December 15, 2016

Haiku Sawi


Saya berjalan-senam di laluan bukit pada petang musim autumn (gugur). Terlihat di padang-padang rumput, anak-anak sawa baru bertunas dengan daun-daun yang lembut. Ada yang sudah setinggi paras lutut. Saya petik daun-daunnya yang lembut.

Haiku ini menggambarkan kawasan bukit-bukit yang subur pada musim autumn. Kesejukan udara autumn di pulau ini tidak sama di utara Jepun yang tidak menggalakkan tumbuhan.
Balik dari perjalanan itu, sayur ini digoreng dengan tauhu dan udang untuk hidangan malam.

*****


Sunday, November 27, 2016

Haiku Kacang Botol/Botor


Jika berminat mengulas haiku ini, saya amat alu-alukan.

*Haiku ini tuaian kacang botol/botor terakhir di rumah kami (Shuri, Okinawa) untuk tahun ini sebelum musim sejuk menyerapi Okinawa.

*****

Sunday, November 06, 2016

My books go online.

LocalBooks. sg

My books have gone online for interested readers out of Malaysia. For those in Singapore and the rest of the world, this online bookshop makes delivery to any address in the world. Method of payment is by PayPal.

Browse through LocalBooks.sg. (link on top) for more information.

Thank you for your support.




Wednesday, October 19, 2016

Kimi no na wa (apa namamu)

Baru-baru ini karya Makoto Shinkai dijadikan anime. Bukan saja anime ini berjaya mencapai peringkat "box-office" tapi ia juga memenangi dua anugerah antarabangsa.


君の名は [apa namamu]

Kimi no na wa

Penulis menjadi seorang yang membosankan apabila dia bercakap tentang karyanya dan penulisannya sahaja. Untuk tidak menjadi orang yang membosankan pembaca, saya cuba membawa karya-karya dalam bentuk buku, anime, illustrasi dll dari Jepun.

Terima kasih masih sudi membaca.

Wassalam.

*****

Monday, September 26, 2016

Antologi ASAS'50


Meraikan sambutan 50 tahun kemerdekaan Singapura, Angkatan Sasterawan '50 (ASAS'50), Singapura telah menerbitkan sebuah antologi cerpen dan puisi untuk penulis Singapura. Antologi ini mengisi ceritera dan imej-imej Singapura pada era pra-merdeka dan pasca-merdeka.

http://www.beritaharian.sg/bahasa-budaya/hadiah-asas-50-buat-sg50


Saya sempat hadir utk pelancaran ini pada 31 Okt. 2015 di Taman Warisan, Singapura.
Saya menyumbang 2 tajuk puisi yang menceritakan kisah-kisah Singapura di zaman 50an dan 60an.




Pada 24 Sept. 2016, sebuah lagi antologi cerpen dan puisi telah diusahakan oleh ASAS'50 untuk merakam kehidupan Singapura pada zaman 60an dan 70an. Sambutannya dalam penyumbangan oleh para penulis Singapura amat meriah yang menceritakan pelbagai sudut kehidupan pada waktu itu.


Untuk buku antologi Hempedu di Tasik Madu, saya menyerahkan sebuah cerpen yang bertajuk BLOK 33 BALAM ROAD.

Ini rumah saya masa saya berumur 7 hingga 16 tahun. Apartmen ini sudah dirobohkan dan bangunan baharu digantikan.
Saya mengabadikan rumah ini dalam mencatatkan sejarah penyiarankan televisyen di Singapura. 50% dalam cerita ini berkait dengan kehidupan saya waktu era televisyen mula penyiarannya di Singapura.

Ini komen daripada seorang yang saya segani, Dr Azhar Ibrahim Alwee, NUS, Pengulas.

"Kehidupan dan gelagat masyarakat tergambar sekali lagi dalam “Blok 33 Balam Road,” oleh Leyla Shuri, menceritakan tentang persaingan di kalangan jiran tetangga dalam membeli dan memiliki peti televisyen, suatu kegilaan di kalangan keluarga untuk memilikinya apabila pertama ia diperkenalkan.  Sisi inilah yang kita tahu pernah berlaku dalam masyarakat dan Leyla sangat anjal melukiskannya sehingga sisi hubungan yang manusiawi sama membuat kita merenungkannya."



Salam Hormat.

*****

Tuesday, September 20, 2016

Pengiktirafan Rasmi


Dengan terbitan majalah FICTION SINGAPORE 2016-2017, saya telah diberi pengiktirafan sebagai penulis Singapura oleh Majlis Seni Kebangsaan, Singapura (NATIONAL ARTS COUNCIL, SINGAPORE).

Biarlah penulis lain berdebat, bertengkar antara satu sama lain tentang karya syiok sendiri, karya popular, karya berat, karya forno tapi saya duduk diam-diam dan teruskan tulisan saya. In syaa Allah.

Yeay!

*****

Wednesday, September 07, 2016

Gadis Pesta Sarung

Maafkan saya sebab lama benar tinggalkan catatan di sini.

Saya ke Singapura selama 50 hari dari 12 Julai 2016 hingga ke 31 Ogos 2016.
Kali ini saya ke sana untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah Singapore Literature Prize untuk novel saya TERBELAH BINTANG SUBARU yang disenaraipendekkan (shortlisted).
Sementara berada di sana, saya mengambil peluang menghadiri kuliah-kuliah ilmu yang dijadualkan oleh Perpustakaan Awam Singapura, ASAS '50 dan lain-lain perbadanan.

Semalam (5 September 2016), cerpen saya bertajuk GADIS PESTA SARUNG (klik pada pautan ini) tersiar di akbar Berita Harian, Singapura.

Nukilan ini saya jadikan cerpen kritikan setelah membaca sebuah artikel dari akbar TODAY, SINGAPORE - SARUNG PARTY GIRL.


Saya rancang mengutip semua cerpen-cerpen yang sudah disiarkan untuk sebuah buku kumpulan cerpen. Itulah sebabnya saya tidak paparkan dengan jelas cerpen-cerpen yang sudah disiarkan.
Saya harap masih diberi sokongan oleh para pembaca terhadap karya-karya saya.
In syaa Allah, kerja pengumpulan ini berterusan.


*****

Monday, July 18, 2016

Hadiah Sastera Singapura 2016

Sebelum saya teruskan catatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini. Jika ada tulisan yang menguriskan perasaan, dalam berdiam itu, tentunya tiada siapa yang tahu, saya mohon kekhilafan dalam diam juga sambil duduk menulis ini.

Saya berangkat ke Singapura selepas seminggu Syawal kerana menghadiri majlis makan anugerah dan makan malam Hadiah Sastera Singapore 2016 atau Singapore Literatura Prize 2016 yang berlangsung pada 14 Julai 2016 di Hotel Regent, Singapura.
Ini gambar keputusan yang telah ditetapkan oleh panel-panel penilai.


Berikutan selepas keputusan yang telah diumumkan, beberapa acara berkaitan anugerah ini dijadualkan.



Ini gambar kenangan pada malam anugerah Hadiah Sastera Singapura 2016 di Hotel Regent, Singapore.


Di malam majlis Singapore Literature Prize malam tadi, pertama kali dikenalkan dengan Datuk Mohd Anuar Ridhwan, Puan Kartini bite Anuar, Prof. Mawar Safei, Puan Hafiza Talib, Puan Hartinah Ahmad dan Pn Aishah Mohd. Kassim. Semoga persahabatan kami membawa manfaat, amin.
Semakin lama semakin ramai teman2 dalam bidang persuratan.


Terus berbahagia menyambut keriangan Syawal.

*****















Wednesday, June 29, 2016

Dewan Sastera Julai 2016



Novel PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI diberi siaran dalam majalah DEWAN SASTERA isu Julai 2016. Catatannya ditulis oleh En. Anuar Othman, seorang novelis. Terima kasih, En. Anuar Othman.

Sila dapatkan isu ini, jika berminat (masa menulis, saya pun tidak tahu apa yg ditulis).


Terlanjur semua umat Islam mengerjakan ibadah Ramadan yang hanya berbaki 6 hari lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semoga kita ditemukan dengan malam mulia 10 hari-hari terakhir Ramadan ini. Amin.

*****

Tuesday, June 14, 2016

六十歳になりました


Hari ini Ramadan 9, 1437
atau June 14, 2016 (masehi)

atau June 14, Showa 28 (ini kalendar Jepun, lain dari masehi).

昭和31六月14:六十歳になりました
まだまだわかい。健康をだいじにします.

Pertama pasang komputer hari ini google keluarkan ini. Saya tak perasan, lepas itu ada seorang kata dia dapat tahu daripada Google tentang tarikh ini.

Thank you Google for being very personal.



*****

Monday, June 06, 2016

Suka-suka Ramadan.

Hari ini 060616, umat Islam di banyak tempat memulakan puasa hari pertama.
Taqwim Hijri 1 Ramadan 1437.


Haiku yang saya beri tajuk SUKA-SUKA RAMADAN tersiar dalam Berita Harian, Singapura.
Haiku ini menceritakan perangai-perangai orang kita di bulan Ramadan. Saya ambil tema Ramadan sebagai kigo untuk kesemua rangkap-rangkap.
Haiku ini ada kesan sindiran.
Ini petikan sedikit dari akbar Berita Harian, Singapura.

Terima kasih kepada Berita Harian, Singapura.


*****

Tuesday, May 17, 2016

Facebook Page untuk Novel

Ini pautan pada page novel-novel saya dalam Facebook.

PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI

TERBELAH BINTANG SUBARU

PULUT SAKURA SERUNDING KASIH

Rasanya novel yang akhir itu [PSSK] hanya tinggal kurang 100 naskhah dalam simpanan penerbitnya.

Sesiapa yang hendak baca novel PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI, sila order online daripada DBPNiaga, atau pergi KL sendiri atau dapatkan daripada adik saya Puan Halija Abdul Razak (itu pun kalau masih ada stok lagi) atau pergi pinjam di Perpustakaan Awam Singapore (sudah ada di setiap cawangan Perpustakaan Singapura).
Utk novel TERBELAH BINTANG SUBARU, boleh dapatkan di semua cawagan kedai buku MPH Singapore sekarang atau tempah online daripada Puan Zalila Isa atau pergi sendiri ke kedai buku ITBM KL. Jualan di MPH hanya hingga Julai, jika kehabisan stok saya tidak dapat tambah sebab saya tiada di Singapore.
Saya tidak simpan novel-novel saya di Okinawa. Harap Maklum.Terima kasih sudi membaca.

*****

Thursday, May 12, 2016

Singapore Literature Prize


Hari ini 49 buku telah disenarai-pendekkan untuk Anugerah Sastera Singapura atau Singapore Literature Prize 2016.
Novel saya TERBELAH BINTANG SUBARU berjaya mendapat senarai-pendek dalam kategori Fiksyen Melayu.
Singapore Literature Prize dipecahkan kepada 4 kategori iaitu Inggeris, China, Tamil dan Melayu. Setiap bahasa ini pula dipecahkan lagi ke genre buku fiksyen, buku bukan-fiksyen dan buku puisi.

Dalam bahagian Melayu novel saya bersaing dengan 2 pencalonan buku Peter Augustine Goh dan satu tajuk daripada Suratman Markasan.
Saya rasa amat kecil bersaing dengan kedua-dua penulis yang sudah menerima banyak anugerah dalam pengalaman penulisan yang lama.

Walau bagaimanapun saya terasa tertinggal, bersama ini sudah 2 kali, dalam perbincangan para penulis yang diuar-uarkan di akbar media Strait Times, Singapore. Sila perhatikan catatan ini.
http://www.straitstimes.com/lifestyle/arts/graphic-novel-gets-nod-for-lit-prize
Tajuk-tajuk buku dalam senarai 3 bahasa ada tercatat dalam laporan ini tapi cuba telitikan, adakah penulis artikel ini sebut bahagian Melayu?
Kenapa buku-buku Melayu begini dihina sampai penulis tidak sudi meletakkan tajuk2 buku ke dalam laporan akbar (seperti yang dilakukan kepada kategori bahasa lain)?
Tawar sungguh hati saya dengan perlakuan senget begini.

Novel saya PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI memenangi Anugerah Persuratan 2015, setelah 6 bulan, saya terlihat Perpustakaan Negara Singapura letakkan senaskhah novel ini di sebuah cawangannya sahaja. Apa maksud saya menang anugerah tapi novel saya tidak dibawa ke pembaca umum? Siasat punya siasat, dia kata dia, dia kata dia. Akhirnya kata muktamad, novel akan ditempah pada masa terdekat.
Saya sempat menyedari perkara ini dan seterusnya menganjurkan saranan masalah ini. Saya terfikir jika saya tidak menyedari hal ini, mungkinkah novel saya, yang dikatakan memenangi anugerah itu, tidak duduk bersama-sama penulis lain di rak-rak perpustakaan itu?
Setelah dilakukan begini, saya rasa tulisan bahasa Melayu di Singapura tidak diberi tempat yang sewajarnya lagi.
Apa ada pada bahasa Melayu?
85% orang Melayu Singapura sendiri tidak bertutur dalam bahasa Melayu lagi, jadi APA ADA PADA BAHASA MELAYU?


*****


Friday, April 08, 2016

Muslim-Friendly Tour to Okinawa


Saya sudah terlibat dengan kerja-kerja pelancongan pula di Okinawa. Mungkin perkara biasa berlaku kepada orang yang dikenali ramai (bukan terkenal) seperti saya di tempat yang kurang rakyat Islam.

Jemput datang ke acara ini. Siapa datang akan menerima sesuatu daripada Okinawa yang dibawa khas oleh seorang direktor syarikat pelancongan ini.
Sekian.

*****

Monday, March 14, 2016

Jii Chan 104 tahun-meninggal


Gambar diambil pada hari ulang tahun Jii chan 14 Jan. 2016. Hari itu umur Jii Chan 104 tahun. Bersama gambar ini ialah cicitnya pada anak sulung saya. Pada waktu ini cicit yang paling baharu ialah cucu saya yang berumur 1 thn 11 bulan.
Sabtu, 12 Mar. 2016, Jii Chan meninggal dunia dalam jam 8 pagi.
Seperti biasa jam 7 pagi itu, Jii Chan diberi sarapan separuh pisang dan segelas susu khas untuk warga tua. Disebabkan pemergiannya secara terkejut, Jii Chan dibawa ke hospital untuk peperiksaan post-mortem.
Jii Chan dilahirkan pada 14 Jan 1912. Jii Chan mengalami 2 perang dunia, mengikuti perubahan ekonomi dunia daripada penggunaan arang hingga ke dunia internet dan wifi.
Dalam era kedudukan kerajaan Jepun, Jii Chan dapat merasai pemerintahan 3 orang Maharaja iaitu Taisho (1912-1926), Showa (1926-1989), dah terakhir ini Heisei (1989-).
Jii Chan mengalami stroke 3 kali. 2 kali yang awal Jii Chan dapat mengatasi penyakitnya dengan rehabilitasi. Walau bagaimanapun serangan yang ke-3 meninggalkan Jii Chan dengan tangan kiri yang tidak berfungsi. Pada mulanya Jii Chan diletakkan dalam bilik yang paling terang tapi bilik ini jauh dari tandas. Apabila kakinnya semakin lemah, kami pindahkan ke bilik yang paling dekat dengan tandas. Jii Chan dibawa ke Pusat Warga tua 3 kali seminggu. Di Pusat ini, Jii Chan dimandikan, diperiksa doktor, makan dan beriadah dgn warga tua lain. Dalam bulan puasa tahun lepas, Jii Chan enggan ke Pusat itu sebab tidak terdaya lagi untuk melakukan pergerakan dan persiapan diri ke sana.
Kami mohon pembantu dari Pusat itu datang sehari 2 kali untuk memberi bantuan pembersihan untuknya. Lama kelamaan, makanan Jii Chan seperti bayi, susu untuk orang tua, lembut, bubur dll.
Jii Chan menghembus nafas terakhir sebab jantungnya sudah lemah.
Sempat saya mencium tangannya, sempat kami bertukar senyuman sebelum Jii Chan pergi.
Terima Kasih Jii Chan, engkaulah bapa kepada suamiku, engkaulah yang membesarkan suamiku, walaupun tidak mencukupi belanja, engkau suruh suamiku menyambung pelajaran hingga ke menara gading.
Terima kasih Jii Chan, sayang. Semoga Allah menyayangimu dan mengampunkan dosa-dosamu di dunia ini, amin.
*****

Monday, February 08, 2016

Menghayati pengiktirafan


Dengan esei yang ditulis oleh En. Djamal Tukimin ini saya rasa bangga dapat diiktirafkan sebagai penulis Singapura. Sebutan nama saya (walaupun bukan "Shuri") dalam senarai nama para penulis Singapura ini menjadi pengiktirafan muktamad sebagai saya diterima dalam kolompok orang-orang berbakat ini. Perkara ini sudah lama saya idam-idamkan. Akhirnya dengan kesungguhan saya menulis dapat juga saya tembusi tembok tebal ini.
Tabah, usaha dan doa kepada Illahi, seseorang tentu berjaya dalam menzahirkan impiannya.
Alhamdulillah.

*****

Wednesday, January 06, 2016

Kalendar Jepun


Jepun mencatatkan tanggal khas tersendiri. Hari ini mengikut pengkiraan kalendar orang Jepun berbunyi 6 Mutsuki Heiwa 28. Heiwa itu menandakan tahun penabalan Mahajara yang bertahta sekarang.
Kalendar Jepun di rumah saya membuka tahun dengan sebuah tanka.

世の中を
何にたとへむ
猿(えん)狎(こう)の
かた手のへれは
かた手みしかし

Bumi sekarang
apa nak dicontohkan
monyet dan beruk
Hulur sebelah tangan
sebelah lagi singkat.

*****

Friday, January 01, 2016

1 Januari 2016


Setiap pembukaan tahun, saya buat gubahan ikebana untuk sudut tokonoma di rumah bapa mentua saya.
Ini gubahan untuk 2016.
Setiap dahan dan bunga yang membentukkan hiasan ikebana membawa maksud dalam kepercayaan susunan ikebana.
Dalam susunan ini dahan pine (matsu) itu sebagai kepala hiasan sebab pine pohon paling tahan lasak. Pohon pine tidak luruh waktu salji dan musim sejuk.
Dahan warna emas itu simbol kesenangan/kekayaan, paling tinggi dalam gubahan.
Dahan beri merah itu mencorakkan latar gubahan sebagai kesuburan kehidupan.
Bunga lain-lain sebagai menambah kecantikan gubahan.
Pada hari pembukaan 2016, saya ucapkan selamat berbahagia kepada para pembaca novel saya dan pembaca yang mengikuti catatkan ini.

*****