Saturday, March 24, 2007

Merpati

Hari ini berjalan dengan 2 dara mendaki bukit. Bayangkan awan berkepul-kepul, langit biru dan bunga kembang pagi berwarna ungu menjalar-jalar di merata padang dan bukit, sungguh damai, sungguh tenteram. SubhanAllah.
Jalan yang kami lalu itu 2 hala dan dari jauh saya lihat lori angkat pasir berjalan tersekat-sekat. Saya tengok dari jauh ada 5 buah kereta di belakang lori itu yang mengikut pelahan-pelahan.
Menuju sedikit lagi ke arah lori itu, baru terlihat puncanya.
Burung merpati melintas jalan!
Tapi burung itu berhenti di depan lori dan termenung. Selepas termenung, ia sambung perjalanan ke garis sebelah. Waktu itu, garis sebelah masih kosong dan dari jauh saya perhatikan sebuah kereta mendekatkannya.
Saya beri isyarat pada pemandu lori untuk berhenti dan berdiri di tengah jalan. Pemandu yang menuju ke arah burung belum nampak merpati lagi dan saya isyarat dari jauh supaya berhenti.
Kedua-dua hala kereta berhenti menunggu merpati melintas jalan. Saya perhatikan lagi sebelah sayapnya cedera dan inilah sebabnya merpati itu berjalan, tidak terbang.
Apabila semua kereta faham isyarat, saya mula mengejar dan menangkap merpati itu.
Ia tidak lari pun, berdiam sahaja. Dengan genggaman yang kuat, saya berjalan ke tepi pagar jalan dan campakkan burung itu ke dalam semak.
Selamat, burung itu tidak di licinkan dek tayar kereta. Alhamdullillah saya ucapkan sendiri. Dahlah minggu ini Cotton, arnab putih di rumah, mati dek gigitan kucing.
Rasanya tak sanggup menyaksikan sekali lagi kemalangan seumpama itu berulang.

Minggu ini ada lagi yang saya petik dari ladang orang, berdosa betul.
Sebenarnya buah yang masak ini jatuh berlambak. Saya dengan tamaknya menggambil yang telah jatuh, picit dan jari ini termasuk dalam buah lembek.
Baunya seperti mulut orang tak gosok gigi seminggu. Siap lagi saya cium beberapa kali jari yang tersentuh buah masak.

Ini buah noni. Saya dah tahu khasiat buat ini sungguh elok untuk berbagai penyakit tapi yang paling best, masyaAllah, untuk peranakan perempuan.
Tapi itu kalau sudah dijadikan jus, yang saya ambil ini masih bulat-bulat buahnya.
Saya ingin minum airnya tapi tak tahu cara persiapan.
Jika ada di antara pembaca terhormat tahu, silalah masukkan cara membuatnya di kotak komen.

11 comments:

  1. ye lah. ume pun selama ni tau nama buah ni, mengkudu. tapi, nama lain kpd buah ni, buah noni ye K.Lela? sorry, ume tak tau camne nak buat jus nye...

    ReplyDelete
  2. wash the fruits and cut into pieces.Put a little water and blend in a blender. Sieve through a muslin cloth. If you want to drink, pour into a glass, add 1 teaspoon honey (to coat the liver and make it easier for liver to function) and a squeeze of lemon juice. This concoction is best drank in the morning or at night at 10 where liver function (excretion) is at it's peak (liver function is peaked at 11-1 am when you are sleeping - TCM (Traiditional Chinese Medicine advise) Good luck dear!

    P.S. the fruit should not be too soft, then fermentation has occured already. Enzymes lost.

    ReplyDelete
  3. azra chan,
    ye, ye orang melayu panggil mengkudu (masa tulis entri lupa). Noni itu panggilan orang hawaii.

    ume chan,
    dah terima emel dan hari ini sudah masuk airport.

    ReplyDelete
  4. dear sonia,
    gobusata shitte imasu...long time no see.
    Hope your busy work is not keeping you away from the boys at home.
    I appreciate this detailed recipe and would work on it tonight.
    Thank you so much and wish you well.

    ReplyDelete
  5. azra pun google dulu auntie. baru tahu buah noni tu rupanya buah mengkudu. igtkan di jepun tiada pokok mengkudu...ada rupanya. :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak lela,
    saya rasa tu buah mengkudu, emak saya selalu buat jus ( di blend dan tapis dahulu) boleh disimpan dlm peti ais.Rasanya agak payau ( ni kata emak la.. sbb dia yang rajin minum jus mengkudu ni )Ia bagus untuk ubat diabetis, selain itu pucuk mengkudu juga boleh dibuat ulam.

    ReplyDelete
  7. azra chan,
    buah mengkudu memang tidak ada di Jepun tapi kepulauan Okinawa ada. Benih buah itu aunty nak tanam.

    eza chan,
    alamak, eza kata pucuk mengkudu boleh buat ulam? Habislah mengkudu orang itu botak bila saya ambil pucuknya nanti.
    Malam ini saya nak minum jus mengkudu yang Sonia san tulis.

    ReplyDelete
  8. waalaikumu salam eza chan.
    lupa nak balas salam :-)

    ReplyDelete
  9. Ya Halela, pucuk mengkudu boleh buat ulam. Makan begitu sahaja atau buat kerabu (gaul dengan kelapa goreng & ikan bilis serta bawang merah). Ada sepohon di depan rumah emak saya. Buahnya emak blend dan rebus. Minum airnya.

    ReplyDelete
  10. hidup juga ya pokok tu. pucuk dia mmg boleh dibuat ulam auntie. azra ada pernah makan kerabu daun mengkudu. sedap! tapi resipinya azra tidak tahu, masa tu makan pergi jalan-jalan ke rumah orang.

    ReplyDelete