Sunday, March 04, 2007

Terung liar



Dalam pengembaraan meniti di pinggir dan tebing bukit, kami terjumpa terung liar ini menjalar dan membelit dawai pagar. Ini bukan pertama kali saya terlihat terung ini. Setiap kali terpandang, saya menahan nafsu untuk memetiknya. Tapi kali yang terakhir berjalan di situ, saya kata terung itu tanaman burung dan bukan kepunyaan manusia, jadi saya juga ada hak mengambilnya.
Lalu saya petik dengan lahap diperhatikan anak dara rumah ini dengan muka masam memarahkan saya. Sambil mengatakan perbuatan mengambil tanpa izin tanaman orang itu salah satu perbuatan mencuri. Saya tegakkan teori yang itu bukan tanaman orang.

Dalam perjalanan balik, terpandang dan terbayang-bayang, asam pedas terung dengan ikan tuna, bau semerbak menyelubungi ruang tamu rumah. Saya berjalan dengan langkah kecil dan pantas.


Sampai sahaja di rumah dengan tidak membuang masa lagi, saya mula persiapan asam pedas dengan terung merah berseri, tanaman burung itu.

Siap dengan daun kesum dari belakang rumah. Benih daun ini dihadiahkan oleh seorang blogger melayu bernama Hani yang tinggal di Yokohama.

Siap dengan menenggekkan (bahso noghori) beras jasmine lagi, kira nak 100% mencapai cita-rasa kampung.

Otto kata terung itu mungkin beracun sebab belum pernah tengok dan orang Jepun tak pernah makan. Saya kata kalau sudah terung, sememangnya terunglah dan kalau dah terung, rasanya pun terunglah! Apa diragu-ragu lagi!
Dia kata tak perlu hidangkan makanan itu sebab dia nak tengok apa terjadi selepas saya makan nanti.

Dengan rakusnya saya hidang nasi panas dengan asam pedas itu. Gaul-gaul, masuk ke mulut dan terasa seperti
...serbuk ubat batuk.
Punyalah pahit! Kuah asam pedas itu tidak pedas, tidak berbau daun kesum tapi rasa ubat batuk!

Bila saya masukan terung itu bulat-bulat dan kunyah, kulitnya seperti kulit lemon, tebal dan pahit.
hak ptui!
Saya keluarkan semula bahan kunyah itu dan otto ketawa kesukaan!
Terung bukan sebarang terung,
taburan benih di pinggir lembah,
bengang bukan sebarang bengang,
ini bengang sampai termuntah!

8 comments:

  1. azra pernah makan terung pipit bersama sardin masak cili api. sedap. rasa terung tu masam-masam. tapi kalau rasanya tak berwarna merah. tapi bulat mcm dalam gambar auntie tu. ini ada pautan utk auntie pasal terung pipit. tapi rasanya terung yang auntie jumpa tu bukan terung pipit sebab pokok terung pipit tak melilit.

    pautan 1:- http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Terung_Pipit

    pautan 2:-
    http://penangfaces.chanlilian.net/2005/07/07/terung-pipit-dan-nangka-muda/

    ReplyDelete
  2. hahahhaa..ume tergelak baca entry K.Lela kali ini. kalo tengok rupa terung tu, nampak menarik dan sedap aje kan? tak sangka aji nye bleh buat K.Lela termuntah. aduss..

    ReplyDelete
  3. nampaknye ini bukan terung la kak lela...kak lela okay ke? takde kena food poisoning?

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Lela...maafkan saya kerana saya tidak terdaya untuk menahan diri daripada ketawa kecil apabila membaca peristiwa tentang terung ini :) satu petua untuk kita tahu sama ada buah itu beracun atau tidak ialah saksikan sama ada buah itu dimakan burung atau tidak. jika tiada seekor burung pun memakan buah tersebut, bermakna buat itu beracun dan manusia pun tidak boleh memakannya. saya tidak tahu sejauh mana kesahihan teori ini tapi petua ini saya dapat sewaktu zaman kanak-kanak dulu...

    ReplyDelete
  5. ume-chan,
    itulah kan? Nampak cantik sungguhkan? Macam buat cerri, comei aje!
    Ingatkan dapat yang maniske?

    Ryu-chan boleh kenal ke bukan terung? Nampak macam terung pipit aje tapi mungkin ryu-chan betul. Tak semua terung berupa terungkan?
    Ada terung pura-pura jadi terung kan, konon nak ikut cantik macam tomato dan buat cerri kot?
    Klela ok lepas makan tapi dalam peranakan (womb) rasa berdeyut 2 hari lepas itu.
    Mungkin kepahitan terung itu tangkap ke hormone kot?
    Lepas kejadian ini dah serik, takutlah, kena tahan nafsu lahap ini.

    Unsunghero,
    baru akak perasan sekarang, memang tak de burung makan terung itu. Cantik aje tersusun kat pagar, tak de kesan burung petik-petik.
    Betulah kata unsunghero, teori ini boleh pakai lah, dan banyak kemungkinan lagi terung ini beracun.
    Bila terasa pahit, cepat-cepat klela ludahkan keluar, tapi ada sesuap dua masuk juga ke perut.
    Perakus betul makcik seorang ini.
    Thanks for the teori, akan ingat selalu.

    ReplyDelete
  6. alahai kesian nyer Kak Lela. Hani pun tak dapat menahan ketawa bila baca part last tu. terbayang dimata wajah Pak Kudaka gelak :D

    Teori Usunghero tu sama ngan ayah Hani selalu cakap. betui la kot. Tapi ayah Hani selalu kata bukan takat burung, ulat pun tak makan kalau beracun.

    Hope nothing going worst. (<-- mat salleh cakap cam ni ka? my grammar memang teruk!!)

    ReplyDelete
  7. Salam Hani...benar Hani, bukan setakat burung, malah apa jua fauna yang tak mengusik buah tersebut, bemakna buat itu memang tak boleh dimakan oleh manusia. begitu juga kalau kita tersesat di dalam hutan terjumpa lopak air tanpa sebarang hidupan (serangga, ikan, berudu misalnya), maka air itu tidak boleh diminum oleh manusia...sekadar berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  8. azra dear,
    aunty dah tengok pautan terung pipit itu. Sebenarnya aunty kenal terung pipit dan ada satu tasik kat sini banyak tumbuh terung ini. Cuma tasik itu tasik awam dan aunty takut nak petik, kena tangkap nanti. Itu yang kempunan terung pipit sekarang.

    Hani,
    nothing goes worst dear, kalau something goes worst, I wouldn't be here, dear.

    Unsunghero,
    kalau gitu lagi air tu tenang, lagi bahyo, eik?

    ReplyDelete