Saturday, December 31, 2011
O-misoka (Eve of 2011)
Today is O-misoka or New Year's Eve. These couple of days are the busiest for Japanese because they celebrate the calender New Year as their national new year as well. I went to the greengrocer yestersday, and was caught up with the occasion. Cars were lining up to enter the parking zone, I told hubby, "this is just like Singapore but in Singapore it happens everyday, not just on New Year festivity."
Like every other new year's eve, my family will be taking noodle for dinner while watching NHK Red and White Song contest. I'm looking forward for some new faces this year. The Girl Generation from Korea is invited this year. I like their dance step and the lacy, white hot pants is so faminine, so decorous. Then there is a hard, metal rock girl but strange thing she will sing a slow song, the theme song for the running morning drama-Carnation.
I heard Lady Gaga is invited as well. She will not make a personal appearance. I hope she won't be too skimpy in this video preformance.
Most families in Japan will be preparing toshi-koshi soba. Soba, a kind of noodle from bukewheat, is a normal everyday soba but eating this soba at the end of the year is very symbolic. Like bridging the old year into the new year.
Evey year, one of my sisters-in-law would do the flower but this year, she went for a trip and I have to do the flower. I should say my arrangement is not so bad at all.
May 2012 be better than 2011. May there be no child abuse. May Peace prevail on earth. May all of us, especially you (who have been so patient reading my life on this small screen) be healthy and happy (not necessary rich) to see another fruitful year ahead.
========
Wednesday, December 28, 2011
Left
My flight going back was due on 1 Jan. 2012 but I put myself on wait-list. Two days was about all the airlines people give to inform of available seat. I rushed to get the necessity edible things for home. Of course, I had excess baggage but this is the first time I have to pay like 5 man for it. I hate myself for this. Why can't I be like some smart lady who travel light and easy? I hate myself for this. Anyway, I found out there are some ways to avoid paying those excess baggage but this sudden knowledge only comes after I paid everything. There goes a sad ending. What is worse, my connecting flight left me. The first flight was delayed for an hour. This delay stretched the arrival time and I arrived one hour late. The connecting flight departed. The airline company gave me a free overnight stay with free dinner and breakfast. They promised me the first flight the next morning. Oh well! That is life. Things like this happened for a reason (I believe).
These are the books that I have to leave behind. What with baggage exceeding the normal 20 kg/person, I have like 20 kg of excess baggage. After making sad faces and pleading to the Chinese-speaking China Airlines officer, he agreed a certain allowance according to the airlines regulations (this he repeat often).
All these wonderful books below, gave a few pricks (like needle) in my heart to leave it but then my daughters assured me they will make sure it will reach me somehow.
Actually, I've some books bought last year that are still waiting for me to open the pages. So I should not be too greedy. What's important with books is to read it. READ IT! =========================================================
These are the books that I have to leave behind. What with baggage exceeding the normal 20 kg/person, I have like 20 kg of excess baggage. After making sad faces and pleading to the Chinese-speaking China Airlines officer, he agreed a certain allowance according to the airlines regulations (this he repeat often).
All these wonderful books below, gave a few pricks (like needle) in my heart to leave it but then my daughters assured me they will make sure it will reach me somehow.
Actually, I've some books bought last year that are still waiting for me to open the pages. So I should not be too greedy. What's important with books is to read it. READ IT! =========================================================
Friday, December 23, 2011
BENTOU-Berita Minggu
Terbitan Berita Minggu, Singapura (Ahad 20 November 2011)
CAMPURAN IKAN, ISI KETAM DAN SAYUR-SAYURAN: "Bentou" menjadi kegemaran kanak-kanak di Jepun kerana hidangannya ringkas. (Photo from Ayumi Asada)
MI UDON GORENG: Bagi anda yang pernah makan mi udon, mungkin hidangan "bentou" mi udon goreng di atas sedikit berbeza. Ia dilengkapi dengan telur "mata lembu" dan dijadikan makan bekal ke tempat kerja atau ke sekolah. (Photo from Ayumi Asada)
CAMPURAN IKAN, DAGING AYAM DAN SAYUR: Beginilah keadaannya hidangan "Bentou" di atas yang menyeidakan bahan-bahan bekal yang berkhasiat. (Photo from Ayumi Asada)
BAWA "BENTOU" LEBIH SIHAT DAN JIMAT
Suri rumah di Jepun bangga jika dapat sediakan bekal makanan untuk suami ke tempat kerja dan anak-anak ke sekolah.
Kebolehan menyediakan bentou yang berkhasiat dan beraneka macam dan warna adalah sesuatu yang dibanggakan oleh suri-suri rumah di Jepun. Menyediakan bentou telah diterapkan ke dalam budaya Jepun sejak awal sejarah negara itu. Amalan ini masih dipraktikkan dalam rutin harian orang Jepun sekarang.
Ada beberapa perkara yang harus diperhatikan bagi menyediakan makanan untuk bekalan.
- Menu perlu difikirkan lebih awal. Setelah membuat pilihan menu, langkah seterusnya ialah persiapan ringkas untuk memudahkan proses memasak. Persiapan ringkas seperti membasuh dan memotong sayur, mengeluarkan daging dari peti sejuk perlu dilakukan pada malam sebelumnya untuk tidak mengambil masa memasak pada awal pagi.
- Menyediakan bekas. Terdapat pelbagai jenis di pasaran. Jika membekalkan nasi goreng, mi spageti atau mi goreng, seelok-eloknya diisikan ke dalam bekas segi empat tepat atau empat segi bujur. Kotak khas untuk membalut sandwic adalah ideal untuk roti sandwic.
- Bahagikan tiga ruang dalam bekas-setengah untuk nasi, suku untuk daging, ikan atau telur dan baki suku bahagian untuk sayur.
- Makanan harus dimasak dengan sempurna. Elakkan mengisi telur separuh masak. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna menjadi tempat bakteria membiak dan ini mengakibatkan keracunan dalam makanan. Jika menggunakan lauk-pauk yang dari baki hidangan, ia perlu dipanaskan dengan sempurna untuk dijadikan bekal.
- Buang air yang berlebihan pada sayur seperti salad atau lauk yang berkuah. Ini amat penting sebab air atau kuah yang berlebihan boleh merosakkan rasa lauk yang diisikan di bahagian lain dalam bekas itu. Langkah yang lebih baik adalah mengasingkan makanan yang berkuah ke dalam bekas lain.
- Buang minyak yang berlebihan. Minyak yang berlebihan jika dibiarkan akan menjadi tepu. Jika minyak pada bahan-bahan goreng seperti ayam goreng tidak ditos, dagingnya akan menjadi liat. Minyak yang berlebihan itu juga boleh merosakkan rasa pada lauk-lauk lain.
- Pastikan makanan bekal itu betul-betul sejuk sebelum ditutup bekasnya. Jika bekal makanan itu ditutup dalam keadaan masih panas, ia akan memerangkap wap. Wap ini pula menjadi air yang bertakung pada penutup bekal itu. Selain akan merosakkan rasa makanan yang ada, penutup bekal yang berwap menjadi sukar untuk dibuka sebab tekanan kuat daripada wap yang terperangkap di dalamnya.
- Jangan biarkan ruang kosong. Jika terdapat ruang-ruang kosong, tempat itu perlu dipenuhkan dengan tomato mini atau lain-lain makanan yang sesuai. Makanan bekal itu akan dibawa ke tempat kerja atau sekolah. Pergerakan atau goncangan dalam perjalanan boleh menyebabkan makanan dalam bekas itu berpindah tempat jika ada ruang-ruang kosong. Ini mengakibatkan makanan bercampur aduk. Untuk mengelakkan kejadian ini, ruang-ruang kosong perlu penuhkan.
- Di Jepun, bekas makanan dibalut dengan kain. Simpulan pada kain itu boleh dijadikan pemegang. Kain itu kemudian dijadikan alas dan berfungsi sebagai menahan sisa makanan daripada berselerakan. Perlu juga disediakan sudu atau garfu.
Cadangan untuk lauk-pauk.
- Bahan rebusan atau panggangan lebih berkhasiat dari yang digoreng. Mi spageti yang digoreng lebih elok daripada mi spageti yang bersos.
- Telur adalah bahan yang paling mudah untuk dijadikan bahan bekal. Telur boleh digoreng atau direbus. Daging cencang boleh digoreng bersama nasi atau mi. Daging cencang juga boleh dijadikan bebola dan burger atau digoreng bersama sayur untuk khasiat protein.
- Sayur bayam sangat tinggi dengan khasiat kalsium/besi dan vitamin. Sayur ini elok digoreng atau direbus. Kulit tauhu adalah bahan berkhasiat. Ia boleh digoreng bersama sayur atau dilapiskan dengan daging dan ikan. Tomato mini mengandungi vitamin C di samping berfungsi sebagai menutup ruang kosong. Warnanya yang merah menyala itu juga menambahkan seri pada makanan. Bijirin hitam lazimnya digunakan di Jepun sebagai bahan taburan ke atas nasi untuk menambah warna pada makanan. Bekal yang mengandungi roti menjadi sempurna jika ditambahkan sayur dan telur atau bahan tidak berair. Makanan yang sudah masak dan dibekukan amat mudah disiapkan.
Nota: Penulis, asal Singapura, kini tinggal di Okinawa, Jepun.
============================================
Wednesday, December 14, 2011
Bengkel Haiku
Gambar-gambar yang dapat diselamatkan. Rasanya tidak perlu catatan panjang-lebar, gambar-gambar ini sudah banyak memberi cerita.
26 Nov. 2011 (Sabtu): Bengkel Penulisan Puisi Haiku 2011.
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Penulis Negeri Sembilan (PEN).
Ceramah dan bimbingan oleh saya.
Sesi bengkel sedang berlangsung. Seramai 20 peserta menyertai dalam kelas yang dihadkan untuk 15 orang.
Gambar grup selepas bengkel.
Jabatan Kebudyaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Bumbungnya ala-ala rumah Minangkabau di mana bengkel haiku ditempatkan.
26 Nov. 2011 (Sabtu): Bengkel Penulisan Puisi Haiku 2011.
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Penulis Negeri Sembilan (PEN).
Ceramah dan bimbingan oleh saya.
Sesi bengkel sedang berlangsung. Seramai 20 peserta menyertai dalam kelas yang dihadkan untuk 15 orang.
Gambar grup selepas bengkel.
Jabatan Kebudyaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Bumbungnya ala-ala rumah Minangkabau di mana bengkel haiku ditempatkan.
Bersama Puan Nisah Haron dan Puan Mahaya Mohd. Yassin selaku Ketua Satu PEN.
*******
Tuesday, December 13, 2011
Letih
Keletihan.
Laptop baru menolak kad gambar. Semua imej dari kad dari masa saya memimpin bengkel haiku di Seremban hilang, waktu saya makan cendul dengan geng basikal diketuai En. MBA dan semasa saya dibawa berjalan pada waktu malam di Seremban oleh seorang gadis Seremban, imej-imej ini semua hilang.
Dalam kepenatan sekarang, mengenali laptop baru ini, saya rasa tidak terdaya. Banyak catatan ingin saya abadikan dalam blog ini. Kenapa saya begitu letih di negeri ini? Saya tidak faham keadaan ini.
*******
Laptop baru menolak kad gambar. Semua imej dari kad dari masa saya memimpin bengkel haiku di Seremban hilang, waktu saya makan cendul dengan geng basikal diketuai En. MBA dan semasa saya dibawa berjalan pada waktu malam di Seremban oleh seorang gadis Seremban, imej-imej ini semua hilang.
Dalam kepenatan sekarang, mengenali laptop baru ini, saya rasa tidak terdaya. Banyak catatan ingin saya abadikan dalam blog ini. Kenapa saya begitu letih di negeri ini? Saya tidak faham keadaan ini.
*******
Wednesday, December 07, 2011
Aral Gendala
Selepas Seminar di Dewan (DBP), keesokan harinya, saya harus berpindah ke Seremban. Pun begitu, masih ada masa lapang pada paginya untuk bertemu dengan seorang blogger yang telah saya kenal selama 10 tahun. Cikgu Nora Fuad (novelis) membawa saya ke KL Sentral, tempat yang paling mudah untuk kami bertemu. Di situ, kami rancak berborak sambil makan di salah sebuah restoran yang tidak berapa ramai pengunjungnya.
Lazimnya dalam perancangan cuti saya yang selaunya dua bulan, saya jadualkan perjumpaan dengan beberapa orang sahabat untuk perkara rasmi dan tidak rasmi. Kenapa dua bulan? Mungkin ada yang bertanya. Tiket untuk ke Singapura hanya boleh didapatkan dengan 2 pakej sahaja di Okinawa. Sebuah pejabat pelancongan HIS menawarkan mass-booking untuk 10 hari atau 2 bulan. Tidak mungkin saya mengambil pakej 10 hari, kendatipun murah tawarannya (ini hanya untuk booking dari Okinawa sahaja, bukan dari luar Okinawa). Jadi terpaksalah saya mengambil tawaran pakej untuk 2 bulan.
Setiap kali percutian saya bermula, janji dan pertemuan dijadualkan awal-awal lagi. Pun begitu, setiap kali ada sahaja aral melintang. Teman blog yang saya kenali selama 10 tahun itu, Vimmi Yasmin, amat faham dengan keadaan saya. Selama 10 tahun ini, dia tidak menunjukkan rasa kecil hati atau dikecewakan oleh jadual saya yang tidak menentu ketika di Malaysia.
Saya kata tidak menentu sebab saya mengembara bersendirian. Saya tidak berani pergi ke lokasi-lokasi jauh sendiri. Lagi pun, saya tidak kenal peta Malaysia, bukan peta sahaja. Untuk mendapatkan tren, juga bukan mudah bagi saya yang terkial-kial berjalan sendiri. Kebiasaannya,saya dihulurkan dari teman ke teman, dari rumah ke rumah, dari kereta ke kereta. Itulah saya.
Kali ini ramai yang saya kecewakan oleh sebab masa yang terhad, perjalanan yang meletihkan, tenaga yang berkurangan selama 3 minggu berkelana berterusan dan badan yang kurang sihat.
Insya-Allah, anggaplah segala pertemuan dan perpisahan itu kuasa Allah untuk menentukan. Kita hanya perancang. Sebaik mana perancangan kita, belum tentu pertemuan boleh dijanjikan.
Mohon maaf kepada Puan Ainon Mohd., Chairman PTS kerana tidak berani ke kawasan Gombak sendiri. Saya juga telah berjanji kepada Puan Norimah Hj. Ahmad (pemilik syarikat Urut) pergi bersama ke Pulau Langkawi, apakan daya demam dan batuk saya berpanjangan, saya terpaksa membubarkan janji itu.
******
Monday, December 05, 2011
Puan Hajijah Jais
Setiap kali saya balik bercuti, ada satu tempat yang tidak gagal saya ziarah. Tempat ini paksi pada segala keilmuan bahasa, rumah pertemuan setiap sasterawan dan lintasan setiap budayawan.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saya meneliti program-program yan dianjurkan semasa cutian ini. Mata ini terpacak pada sebuah iklan. Akademi Sastera. Semua dipersilakan hadir. Tidak berlengah-lengah lagi saya menghubungi pegawai yang mengendalikan acara ini. Apabila saya tiba pada pagi acara itu, saya terlihat di barisan penyambut tamu, nama saya terpampang jelas di atas senarai para tetama. Saya mendekati meja penyambut tamu.
Salah seorang pegawai bertanya, "Puan Leyla Shuri yang dari Jepun itu kah?"
"Mana dia tahu saya Leyla Shuri dari Jepun?" bisik hati ini.
Ya, memanglah nama saya sudah masuk ke dalam senarai para tetamu tapi yang pelik pegawai-pegawai di situ kenal saya!
Terasa sungguh damai hati ini apabila dikenali sebab pada anggapan saya, jika ada kemalangan menimpa pada saat itu, setidak-tidaknya saya sudah dikenali *senyum*
Saya sangat suka menghadiri apa pun acara yang dianjurkan DBP.
Pertama-tama, segala apa acara dari DBP adalah berhubungkait dengan penyampaian ilmu dan bahasa, bukan sekadar sesi kenal mengenal atau pertukaran buku.
Keduanya pula, tidak pernah saya kelaparan ketika menghadiri acara-acara dari DBP. Sehari suntuk kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan lazat bukan sekali tapi berkali-kali yang termasuk minum pagi, makan tengah hari dan minum petang sebelum bersurai. Sungguh saya kekenyangan.
Dalam acara Akademi Sastera pada hari itu, saya amat teruju dengan pembentangan kertas dari 8 orang peserta yang terbaik dari pelbagai IPT. Namun dalam kenyamanan dan kedinginan dewan itu, matanya terlena buat beberapa kalinya. Badan yang terlalu letih (tidak berehat secukupnya sejak Kembara Sastera dan Budaya seminggu sebelumnya) bersama batuk yang degil, saya berselimut dengan selendang panjang, telinga separuh berfungsi.
Selain dari itu, setiap acara yang dianjurkan DBP, para hadirin menerima berbagai hadiah sebagai iklan dari syarikat penerbit lain. Kali ini para hadirin menerima novel "Bila Nysrah kata tak mahu" karya Aidil Khalid. Tersenyum saya, gembira mendapat novel-novel ini. Sungguh tidak merugikan saya menghadiri program hari itu.
Satu lagi niat lawatan saya ke DBP adalah untuk berkenalan dengan editor Puan Hajijah Jais. Ketika masuk ke dewan acara, saya nekad untuk ke pejabat puan ini pada waktu rehat tengah hari. Alangkah terkejutnya saya, Puan Hajijah Jais selaku pengacara pembentangkan kertas pada pagi itu.
"Oh, ini rupanya orang yang mengedit novel saya!" hati ini berbisik.
Saya menantikan peluang untuk memperkenalkan diri. Waktu rehat minum pagi, saya perhatikan Puan Hajijah turun dari pentas. Bergegas saya berjalan menuju ke arah beliau.
"Assalamualaikum, Puan Hajijah!"
"Waalaikum salam," jawabnya dengan wajah kosong merenung saya.
"Saya Leyla Shuri dari Okinawa, Jepun. Kita sudah beremel-emel beberapa kali!" balas saya, kesian pula melihat beliau seperti orang keliru dan cuba mencari dalam kotak fikirnya identiti saya.
"Oh, Puan Leyla! Kenapa tak bagitahu nak datang!" suaranya ringan setelah mengenali saya.
Setelah habis minum pagi, saya dibawah ke pejabat beliau. Kami berbincang tentang manuskrip saya yang telah tamat disuntingkan pada bulan Ogos 2011.
Saya menyentuh darihal novel yang baru diterbitkan DBP berjudul "Air Mata Raja", tebalnya sebanyak halaman 945.
Selesai sesi penyampaian hadiah, sebaik sahaja habis minum petang, saya bergegas ke Kedai Buku DBP yang tutup pada jam 5:30 petang, walaupun terasa bersalah mengingatkan Puan Hajijah ingin berjumpa saya sekali lagi selepas program hari itu. Masa tutup kedai sudah hampir dan saya merayu agar diberi sedikit masa mengimbas tajuk-tajuk yang ada.
Dalam kesuraman ruang buku itu (tak sabar penjual ingin menutup kedai), saya memilih beberapa majalah keluaran DBP. Menyusur rak-rak buku, saya amat terkejut melihat novel saya bersama judul-judul lain dari syarikat penerbit KarnaDya, dipamerkan juga.
Mohon maaf saya kepada Puan Hajijah Jais, kerana singkatan waktu, tidak dapat kita berjumpa pada petang itu lagi.
*******
Friday, December 02, 2011
Alor Setar
Perjalanan kami balik dari Kembara Sastera dan Budaya ini sekali lagi melanggar jadual.
"Hari balik nanti, saya ingin tempah tiket KTM malam balik ke KL," saya kata kepada Puan Amelia Hashim (seorang penulis novel dan skrip drama yang tinggal di Jitra, Kedah).
Puan Amelia rasa cadangan itu elok dibatalkan kerana tidak yakin dengan jadual perjalanan kami. Hah, memang tepat sudah rasa firasat hati Puan Amelia. Sesampai saja ke Alor Setar semula, jarum jam menunjukkan 8 malam. Memang tidak sempat meneruskan perjalanan dengan KTM yang berlepas dari stesen Alor Setar jam 7.35 malam.
Saya bermalam di rumah Puan Amelia Hashim.
Keesokkan hari saya dibawa bersarapan dan terus dibawa ke rumah Cikpuan Jasmindar Aziz, seorang guru mengajar bahasa Inggeris yang sudah saya kenal di alam blog mungkin selama 7-8 tahun.
Cuti sekolah hujung tahun sudah bermula pada hari itu juga dan cikpuan Jasmindar berbesar hati ingin membawa saya melihat perkampungan dan sawah padi Bukit Jerai dan kawasan sekitarnya.
Sebenarnya inilah pertama kali saya melihat kawasan utara Malaysia.
Kami melunsur sebatang jalan dari utara ke selatan mengikuti pesisiran laut. Nama-nama jalan yang yang kami lalui Jalan Yan, Ruat, Tanjung Jaga dan Singkir.
Dalam perjalana kami mencari gerai untuk makan tengah hari, saya terlihat gerai-gerai kecil di sisi laluan. Saya minta berhenti sebentar.
Rupanya gerai-gerai ini menjual nira, minuman dari manisan pokok nipah, yang dihasilkan dari pelepah muda pokok-pokok ini (kalau tak salah saya).
Nira
Malangnya saya tidak dapat menghabiskan minuman ini yang dihidangkan dalam gelas tinggi. Rasanya ada sedikit masam dan manisnya pula melebihi tahap saya.
"Minta maaflah, Jasmindar, saya tidak boleh habiskan air ini!"
Jasmindar membawa kami ke sebuah gerai yang menghidangkan ikan semilang. Naim gulai semilang, saya terbaca pada iklan yang terbentang di hadapan kedai itu yang bertempat di Sungai Pial di Tanjung Dawai. Bersama kari ikan semilang, mereka hidangkan juga sejenis pucuk daun sebagai ulam. Bila ditanya jenis daun itu yang tidak pernah saya lihat lagi, dikatakan sebagai daun tenggek burung. Daunnya kelat untuk dicecah dengan belacan. Bekas hidangan besar dan puas juga kami habiskan lauk-lauk itu.
Akhirnya, saya menghabiskan ikan-ikan yang berbaki. Memang saya kurangkan nasi, jadi masih ada ruang lagi untuk saya mengisi lauk-lauk.
Selepas makan, kami ke menjenguk sebuah jeti di Sungai Pial. Sebelum ke jeti ini, kami berjalan kedai-kedai yang berderetan menjual pelbagai ikan yang telah dikeringkan.
Petang itu saya berehat-rehat bersama keluarga cikpuan Jasmindar sebelum dihantar ke stesen Alor Setar untuk perjalanan dengan KTM ke KL Sentral.
Terima kasih Cikgu Jasmindar dan Puan Amelia Hashim, sudi menemani dan menunjukkan keindahan kawasan damai di sekitar rumah mereka.
*******
Subscribe to:
Posts (Atom)