Shunbun no Hi atau Vernal Equinox Day atau hari matahari melalui tepat di Khatt ul-istiwa jatuh pada 20/21 Mac tahun ini.
Ini bermakna waktu malam dan waktu siang sama panjangnya. Masa shuruq 6.35 pagi dan maghrib pula 6.35 petang di Okinawa sekarang dan di kawasan lain di Jepun.
Mungkin penduduk di negara bawah barisan Khatt ul-istiwa rasa tidak hairan dengan keadaan ini sebab tidak ada perbezaan masa siang dan malam sepanjang tahun. Tapi tidak begitu bagi orang Jepun.
Hari ini menjadi Cuti Umum!!!
Hari untuk mereka mendekatkan diri pada alam, menghormati segala yang hidup di alam ini.
Selepas 2 hari nanti, waktu siang menjadi panjang dan waktu malam berganti pendek, sehari 1-2 minit berbeza. Waktu solat pun akan mengikut peredaran matahari.
Salji cair dengan pelahannya, hilang suhu dingin dan cuaca akan menjadi panas dan berbahang selepas hari ini.
April dan Mei, Okinawa masuk musim hujan pula.
Saturday, March 20, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment