"Assalamualaikum Kak Leyla,
Saya MXXXXXX dan sedang belajar di Osaka University. Saya start baca blog akak kira-kira 4 tahun dahulu semasa saya mula-mula mendapat tawaran sambung belajar di Jepun kerana saya hendak tahu dengan detail tentang kehidupan di Jepun. Terima kasih atas detailed description of Japanese life etc yang dimuatkan dalam blog akak. I enjoy reading your blog and looking forward to your new post."
"Salam aunty. Teringin pula nak menulis.. Selalunya saya jadi silent reader sahaja.
Saya dah mengikuti blog aunty semenjak tahun 2004/2005
lagi.. Kira-kira balik, mungkin dah 7 tahun. Haha, cepat betul masa berlalu.
Ingat lagi, masa tu saya masih belajar lagi.. Dara sunti."-HMN
Saya tidak tahu siapa yang membaca catatan saya. Ketika menerima penghargaan seperti ini, diri terasa nikmat dari kesabaran menulis seadanya di sini. Ada pembaca melintas-lintas, ada yang menjenguk-jenguk, ada pula yang meninjau kala-kala. Pun begitu ada pembaca yang seperti adik yang setia mengikut catatan saya bertahun-tahun.
Saya menulis tentang segala topik dalam alam ini. Saya jadikan laman ini sebagai tempat untuk mencatat tabiat inkuisitif diri saya. Saya menulis perkara yang saya senangi dan mengharap pembaca-pembaca juga senang membacanya.
Sering saya selitkan hati remuk resah ke dalam tulisan saya dengan ayat-ayat tersirat. Hanya pembaca kerap saja dapat merasa perasaan yang tersembunyi itu.
Apa-apa pun terima kasih kepada pembaca yang mengikuti catatan ini. Sesekali mendapat surat penghargaan begini, memberi semangat untuk saya menulis dan menulis di sini.
*****
Tuesday, June 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam.
ReplyDeletekak Leyla,
tulisan akk banyak memberi informasi.
saya sering menerima kunjungan pelawat dari kalangan pensyarah dan pelajar Universiti dari Jepun, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada saya melalui pembacaan di Blog akk,
Maafkan saya, semasa berbual dengan mereka, selalu saya bercerita yang saya ada seorang kawan di Pulai Okinawa, dan mereka terus memuji dan menceritakan pasal keindahan Pulau Okinawa.
saya tak pandai menulis, saya kagum dengan mereka yang cukup bagus dengan penulisan, teruskan..saya sentiasa mebaca tulisan akk
salam enas,
ReplyDeletebaru tahu ini enas dalam Facebook! Janganlah merendahkan diri begitu sekali. Komen ini sudah menunjukkan bakat menulis pada enas. Blog enas juga ada berbagai catatan hidup. Insya Allah, teringin nak jumpa enas. tapi sekarang tak boleh buat jadual lagi, terima kasih :-)
sy juga pembaca setia blog kak halela tau dr blog yg awal awal dulu smp le skrg. Seronok membacanya.Dari anak akak masih bersekolah si Ayumi,Minako dan anak bujang akak Tomo hinggalah masing2 dh besar dan berkahwin. Harap teruskan menulis lagi sbb sy suka. Itu saja komen ikhlas saya
ReplyDeleteSuzieana aka suzie
Salam Suzi,
ReplyDeleteSebab ada pembaca seperti Suzilah yang membuat saya terus menulis. Sebenarnya banyak topik ingin saya sampaikan, cuma sekarang banyak projek penulisan lain. Pun begitu dalam kekangan masa ini, saya tidak lupa orang-orang yang meninjau. Saya tidak mahu mereka kecewa, itulah saya masukkan juga masa untuk menulis di sini.
Terima kasih Suzi, sabar betul membaca catatan yang seadanya ini.
Semoga Suzi sihat selalu :-)
(iyolah tu, orang sihat sajo yg dapek monung dopan bondo Allah ini lamo-lamo!)
Anyway, selamat & Peace :-)
Salam kak Leyla, saya juga silent reader, sejak 2007 hingga kini. pernah sekali meninggalkan komen. memang admire sangat kat akak. saya suka baca kehidupan akk di jepun, sikit sebanyak kisah akk saya jadikan panduan sementara berada di jepun ni. terima kasih banyak kak leyla. :D
ReplyDeletesalam mama baristya (maaf kalau ejaan salah),
ReplyDeleteSaya masih ingat nama ini. Tak sangka masih menjenguk juga lagi blog ini. Alhamdulillah, kita memanfaatkan pengalaman di rantau dalam catatan kita. Kita sama2 dapat kebaikannya. Teruskan semangat berjuang bersama keluarga disayang di pulau ini.
wassalam.