Saturday, April 14, 2007
Politik meLayu
Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang. Kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain. Sesungguhnya seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati. Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi amat mengasihi.
Saya selalu diingatkan yang dosa memfitnah itu lebih besar daripada
membunuh.
Sebelum itu elok ditelitkan perkataan fitnah.
Menurut Kamus Dewan fitnah ialah tuduhan berbentuk khabar, kisah, dll yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang.
Bukan mudah membetulkan sesuatu yang sudah menjadi budaya orang Melayu sendiri. Melayu, mana mungkin dipisahkan dengan sikap politikingnya. Bukan setakat dalam politik negara itu sendiri, malah di pejabat, di sekolah, di universiti, dalam tandas, di kedai kopi, dalam blog dan di mana-mana sekalipun asalkan boleh mengumpat, mengeji dan mengata, adalah orang Melayu di situ.
....apa yang tinggal untuk orang Melayu?
Jawapannya Politik.
Itulah yang ada pada orang Melayu dan itulah yang membuatkan orang Melayu mudah benar gila kuasa. Bila sudah ada kuasa, belum tentu mahu membantu bangsa sendiri. Malah mahu ditenyeh-tenyehkan supaya tidak bangkit lagi.
Kata mengatalah yang menjadi modal orang Melayu kerana orang Melayu hanya tinggal kuasa politiknya. Bab-bab yang lain, orang Melayu sudah lama tewas. Ini hakikatnya. Di mana ada tempat yang melemahkan fikiran, adalah orang Melayu.
Ini catatan yang saya petik dari penulis tempatan terkenal
Nisah Haron
Terima kasih, Nisah Haron.
Tuesday, April 10, 2007
Orang pulau
Kumpulan penyanyi ini, Begin, berasal dari pulau ini. Lagu ini mengisahkan betapa pentingnya kebersihan dan keharmonian alam di pulau ini. Kalau ditelitikan lirik lagunya, sungguh mendalam.
Untuk yang belum pernah memijak tanah pulau ini, saya bukan menyombong dan bercakap besar tapi pulau ini sangat cantik dan bersih. Air lautnya yang jernih sehingga ikan berenang tepi pasir, udara yang tidak tercemar oleh serombong industri, orang pulau yang sentiasa senyum dan ramah, purata jenayah yang sangat rendah,
pemandu dan pengguna jalan raya yang berdisiplin dan makanan halal serta tanaman yang mewah.
Pulau inilah syurga di dunia buat saya. Saya tidak mau ke mana lagi.
Kamilah khalifah dan kami menjalankan tugas berdakwa semampu dan sedaya yang boleh, insya-Allah.
Boku ga umareta kono shima no sora o
Langit di pulau kelahiranku ini
Boku wa dore kurai shite iru n darou
Sebanyak manakah aku tahu
Kagayaku hoshi mo nagareru kumo mo
Kerlipan bintangnya juga aliran awannya
Namae o hikaretemo wakaranai
Kalau disebut nama pun aku tak faham
Demo dare yori dare yori mo shitte iru
Tapi akulah orangnya yang lebih tahu
Kanashii toki mo ureshii toki mo
Masa sedih juga masa gembira
Nando mo miagete ita kono sora o
Berapa kali dinaikkan ke langit ini
Kyoukashou ni kaite aru koto dake ja wakaranai
Apa yg tercatat di buku sekolah saja, tidak dpt memahamkan
Taisetsu na mono ga kitto koko ni aru hazu sa
Tempat ini semestinya ada sesuatu yang bernilai
Sore ga shimanchu nu takara
Itulah harta orang pulau ini
Boku ga umareta kono shima no umi o
Laut di pulau kelahiranku ini
Boku wa dore kurai shitte iru n darou
Sebanyak manakah aku tahu
Yogereteku sango mo hette yuku sakana mo
Batu karang semakin tercemar juga ikan semakin kurang
Doushitara ii noka wakaranai
Apa nak buat pun aku tak tahu
Demo dare yori dare yori mo shitte iru
Tapi akulah orangnya yang lebih tahu
Suna ni mamirete nami ni yurarete
Walau dibalut pasir, dibawa arus ombak
Sukoshi zutsukawatte yuku kono umi o
Sedikit demi sedikit laut ini akan berubah
Terebi de wa utsusenai rajio demo nagasenai
Televisyen tak siarkan, radio pun tak lapurkan
Taisetsu na mono ga kitto koko ni aru hazu sa
Tempat ini semestinya ada sesuatu yang bernilai
Sore ga shimanchu nu takara
Itulah harta orang pulau ini
Boku ga umareta kono shima no uta o
Lagu di pulau kelahiranku ini
Boku wa dore kurai shitte iru n darou
Sebanyak manakah aku tahu
Tubarama mo densaa bushi mo
Nyanyian pulau juga lagu pulau
Kotoba no imi sae wakaranai
Perkataan dan maknanya pun aku tak faham
Demo dare yori dare yori mo shitte iru
Tapi akulah orangnya yang lebih tahu
Iwai no yoru mo matsuri no asa mo
Malam bergembira juga pagi berpesta
Doko kara ga kikoete kuru kono uta o
Dari mana juapun lagu ini akan terdengar
Itsu no hi ka kono shima o hanareteku sono hi made
Sampai masanya untuk berpisah dari pulau ini
Taisetsu na mono motto fukaku shite itai
Fahamkan lebih mendalam sesuatu yang bernilai
Sore ga shimanchu nu takara
Itulah harta orang pulau ini.
nota kaki: terjemahan hak milik jahrera.
Friday, April 06, 2007
Friday, March 30, 2007
Hikobae
Terjemahannya.
moku moku to=> Dengan pelahan
kichi no hikobae=> kichi=pengkalan, hikobae=tunas baru musim spring
kiri otosu=>kerat dan buang
Bila dicantumkan bermaksud.
Dengan pelahan tunas baru di pengkalan dikerat dan buang. (hanya terjemahan-bukan bentuk haiku).
Saya menulis haiku ini minggu lepas dan ianya mendapat tempat pertama. Bukan haiku ini sahaja tapi haiku kedua juga mendapat tempat kedua. Pada bulan ini, saya sebagai orang asing, orang non-Japanese dapat mengalahkan orang Jepun dalam penulisan puisi mereka. Saya tidak sangka ini mungkin terjadi.
Ketua haiku menyuruh saya menyertai dan memasukkan haiku ini ke sayembara "Okinawa lepas peperangan" yang diadakan setiap tahun bulan Ogos untuk menyambut Hari Merdeka Okinawa dari Amerika.
Saya terasa serba-salah apabila ketua haiku mengatakan pada ahli-ahli yang hadir hari itu yang mereka sudah dikalahkan oleh orang asing. Ada diantara mereka yang merasa ini sebagai menghina bakat masing-masing.
Dengan pelahan tunas baru di pengkalan dikerat dan buang.
Haiku ini menunjukkan betapa bencinya saya pada pengkalan Amerika yang berserak merata di Okinawa. Pengkalan ini mengambil tanah dan laut di bahagian terbaik di pulau ini. Penduduk Okinawa sudah lama meminta tanah mereka dipulangkan semula tapi setakat ini hanya sedikit dan sangat memakan masa untuk mereka pulangkan.
Sekarang musim bunga dan banyak tunas baru bermula.
Jika tunas baru ini disekat atau perkembangan di pengkalan dikurangkan sedikit demi sedikit mungkin satu hari nanti penduduk Okinawa akan memperolehi kesemua tanah mereka semula.
Itulah penerangan haiku ini.
Saturday, March 24, 2007
Merpati
Jalan yang kami lalu itu 2 hala dan dari jauh saya lihat lori angkat pasir berjalan tersekat-sekat. Saya tengok dari jauh ada 5 buah kereta di belakang lori itu yang mengikut pelahan-pelahan.
Menuju sedikit lagi ke arah lori itu, baru terlihat puncanya.
Burung merpati melintas jalan!
Tapi burung itu berhenti di depan lori dan termenung. Selepas termenung, ia sambung perjalanan ke garis sebelah. Waktu itu, garis sebelah masih kosong dan dari jauh saya perhatikan sebuah kereta mendekatkannya.
Saya beri isyarat pada pemandu lori untuk berhenti dan berdiri di tengah jalan. Pemandu yang menuju ke arah burung belum nampak merpati lagi dan saya isyarat dari jauh supaya berhenti.
Kedua-dua hala kereta berhenti menunggu merpati melintas jalan. Saya perhatikan lagi sebelah sayapnya cedera dan inilah sebabnya merpati itu berjalan, tidak terbang.
Apabila semua kereta faham isyarat, saya mula mengejar dan menangkap merpati itu.
Ia tidak lari pun, berdiam sahaja. Dengan genggaman yang kuat, saya berjalan ke tepi pagar jalan dan campakkan burung itu ke dalam semak.
Selamat, burung itu tidak di licinkan dek tayar kereta. Alhamdullillah saya ucapkan sendiri. Dahlah minggu ini Cotton, arnab putih di rumah, mati dek gigitan kucing.
Rasanya tak sanggup menyaksikan sekali lagi kemalangan seumpama itu berulang.
Minggu ini ada lagi yang saya petik dari ladang orang, berdosa betul.
Sebenarnya buah yang masak ini jatuh berlambak. Saya dengan tamaknya menggambil yang telah jatuh, picit dan jari ini termasuk dalam buah lembek.
Baunya seperti mulut orang tak gosok gigi seminggu. Siap lagi saya cium beberapa kali jari yang tersentuh buah masak.

Ini buah noni. Saya dah tahu khasiat buat ini sungguh elok untuk berbagai penyakit tapi yang paling best, masyaAllah, untuk peranakan perempuan.
Tapi itu kalau sudah dijadikan jus, yang saya ambil ini masih bulat-bulat buahnya.
Saya ingin minum airnya tapi tak tahu cara persiapan.
Jika ada di antara pembaca terhormat tahu, silalah masukkan cara membuatnya di kotak komen.
Wednesday, March 21, 2007
Tami-flu
Bulan Februari, B (L-12 thn) sakit deman dan selesema, makan ubat tami-flu, beberapa jam kemudian, dia panjat beranda rumahnya dan terjun-pun mati!
Kesemuanya 15 kes, 10 dapat diselamatkan dan 5 hilang nyawa.
Tami-flu, buatan Roche dari Swiss dan Jepun menggunakan ubat ini sejak tahun 2001 untuk 80% pesakit demam influenza.
Yang pelik kesemua 15 kes ini melibatkan remaja antara 10 hingga 18 tahun.
Baru hari ini Kementerian Kesihatan Jepun mengeluarkan amaran. Sebelum ini banyak orang dah buat aduan, kementerian kata bukan kesan-sampingan ubat tami-flu, mungkin mereka suka-suka terjun (yang ini saya agak aje).
BARU HARI INI KELUAR AMARAN!
Kadang-kadang saya rasa kepala orang Jepun ikut pengedaran ekuinoks, kejap mereng ke selatan, kejap sendeng ke utara.
Monday, March 19, 2007
Cotton

Ini Tora. Kucing ini lebih kurang dalam 7 tahun dan mengikut ukuran umur manusia mungkin dia dalam 70 tahun. Dah tua dan dah tak larat mengemaskan dirinya. Rupa-rupanya binatang juga seperti manusia. Membersihkan dan mengemaskan diri masa muda sahaja dan masuk umur tua sudah tidak berapa teliti menjaga rupa dan kebersihan.
Tora tak aktif lagi dan selalu melelehkan air liurnya. Makan pun kena letak depan mukanya kalau tidak begitu, dia tak mau makan. Bila tak makan dia lemah macam nak mati anytime.
Ceritanya begini, lepas 2 hari arnab tinggal bermain kesukaan. Tora panjat dahan dan melompat ke beranda tempat arnab berlari-lari bebas itu. Malam kejadian ini terjadi hanya Tomo yang belajar di bilik terdengar jeritan Cotton.
Tomo pekikkan pada Otou-san yang Tora tengah mengigit leher Cotton.

Saya dan otto berlari mendapatkan arnab dan otto baling kayu ke arah Tora. Tora lari dan otto kejar sampai bawah dan lempar selipar Jepun kat Tora.
Kami tengok leher Cotton ada kesan darah dalam 5cm.
Malam itu juga otto ambil kotak dan tutup lubang yang Tora dapat masuk ke beranda itu.

Pagi ini selepas dua hari bersama kami. Hanya dua hari kami dapat memberi kasih sayang dan dengan amannya di bawah langit hujan dan awan gelap, pergilah Cotton bertemu Ilahi.
Inna lillahi wa inna illah raji'un.
Friday, March 16, 2007
Hidung diri

Orang Melayu bertepuk dada bila mengatakan diri sendiri "saya, aku, den, deyan, kita, hamba"
Tapi...
Orang Jepun tunjuk hidung untuk mengatakan diri sendiri "watakushi, watashi, washi, boku, ore, wagaya, uchi"
Pelikkan, kenapa mereka tunjuk hidung untuk melambangkan diri sendiri.
Bila saya balik Singapore 3-4 tahun lepas, saya meminta anak sedara yang berumur 2 tahun memanggil nama saya. Dengan terikut adat Jepun, saya menunjukkan hidung.
Who is this?
Selamba, dia jawab, "nose"!
Tak salah kan?
Belum dapat jawapan soalan itu? Kenapa mereka tunjuk hidung untuk empunya badan?
Tengok huruf kanji di atas itu. Huruf itu bermakna seratus. Lihat kotak empat segi di bahagian bawah. Huruf itu mengambarkan hidung, tektik mengingat huruf kanji.
Kotak empat segi itu menggambarkan hidung dalam perkataan seratus.
Hidung ini seratus tahun. Amin.
Wednesday, March 14, 2007
Rumah kotak
Di Malaysia banyak orang miskin. Mereka miskin dan ada yang meminta sedekah di merata-rata tempat. Mereka miskin tapi mereka ada rumah, setidak-tidaknya pondok untuk balik dan rehat.
Di Jepun juga banyak orang miskin. Mereka miskin dan tidak ada rumah, mereka tidur dalam kotak di merata-rata tempat. Walau mereka miskin, mereka tidak minta sedekah.
Di Jepun tidak ada peminta sedekah.
Monday, March 12, 2007
Campong
otto: no, he is not feeling well, maybe a little kaze.
saya: do you need bentou today?
tomo: not full bentou, just two onigiri okay.
saya: are you using the bike today?
mina: yes have to, otou-san use the Tanto to work today.
saya: are you having lunch at home today?
yumi: no, my friends and I are going bai-kingu at Italian Tomato.
saya: your nodo sounds bad.
tomo: this morning a little okashii, a bit itai.
saya: going to hujan, take the baju in.
mina: let me kemas a bit, your turn to lipat.
Bahasa campong, kepalaku pong campong.
Wednesday, March 07, 2007
Sop lobak merah

Ini bukan entri masakan, ini nak cakap pasal doktor dan sepital.
Nampak tak sop lobak tu, baiklah. Gambarkan situasi yang anda harus masakkan sop ini untuk 200 orang pesakit di sepital. Pesakit ini datang dengan berbagai penyakit, ada lidah tak rasa apa lagi, ada yang tak ada gigi, ada yang kena suap makanan.
Sepital awak panggil seorang nenek Jepun yang berpengalaman masak seumur hidupnya, neneklah katakan. Sepital minta nenek ini ajar doktor masak sop lobak merah ini.
Nenek ini kata kena potong lobak itu 5mm, tak lebih tak kurang. Jadi awak setting mesin potong ukuran 5mm dan masukkan lobak-lobak itu. Mesin potong tak betul, ada lebih 5mm, ada kurang 5mm.
Jadi nenek suruh potong dengan tangan satu persatu, setiap lobak irisan 5mm. Jangan lupa ini nak kasi orang sakit sebanyak 200 orang!
Tengok kembali gambar tu, nampak tak lobak 5mm? Awak garuk kepala.
Lepas tu, nenek suruh awak goreng irisan bawang dengan lobak itu. Kacau, kacau dan kacau supaya rasanya sebati.
Tengok kembali gambar itu, nampak tak bawang? Awak garuk kepala.
Lepas goreng, tutup kwali. Tapi awak buka tutup kwali itu setiap lima minit dan toskan air wap itu masukkan ke dalam kwali semula. Setiap 5 minit kena ulang sampai lobak itu empuk.
Tengok kembali gambar itu, ada tak nampak air wap? Awak garuk kepala.
Semua dah empuk, masukkan dalam blender dan haluskan sampai nampak macam dalam gambar itu.
Hidangkan untuk 200 orang pesakit. Buat quality check dan tanya semua pesakit adakah sop itu sedap. Semua kata sedap.
Kalau entri ini buat awak garuk kepala, saya pun tak tahu apa cara lagi nak sampaikan mesej ini.
Jepun, Jepun...*sigh*
Sunday, March 04, 2007
Terung liar

Dalam pengembaraan meniti di pinggir dan tebing bukit, kami terjumpa terung liar ini menjalar dan membelit dawai pagar. Ini bukan pertama kali saya terlihat terung ini. Setiap kali terpandang, saya menahan nafsu untuk memetiknya. Tapi kali yang terakhir berjalan di situ, saya kata terung itu tanaman burung dan bukan kepunyaan manusia, jadi saya juga ada hak mengambilnya.
Lalu saya petik dengan lahap diperhatikan anak dara rumah ini dengan muka masam memarahkan saya. Sambil mengatakan perbuatan mengambil tanpa izin tanaman orang itu salah satu perbuatan mencuri. Saya tegakkan teori yang itu bukan tanaman orang.
Dalam perjalanan balik, terpandang dan terbayang-bayang, asam pedas terung dengan ikan tuna, bau semerbak menyelubungi ruang tamu rumah. Saya berjalan dengan langkah kecil dan pantas.

Sampai sahaja di rumah dengan tidak membuang masa lagi, saya mula persiapan asam pedas dengan terung merah berseri, tanaman burung itu.
Siap dengan daun kesum dari belakang rumah. Benih daun ini dihadiahkan oleh seorang blogger melayu bernama Hani yang tinggal di Yokohama.
Siap dengan menenggekkan (bahso noghori) beras jasmine lagi, kira nak 100% mencapai cita-rasa kampung.
Otto kata terung itu mungkin beracun sebab belum pernah tengok dan orang Jepun tak pernah makan. Saya kata kalau sudah terung, sememangnya terunglah dan kalau dah terung, rasanya pun terunglah! Apa diragu-ragu lagi!
Dia kata tak perlu hidangkan makanan itu sebab dia nak tengok apa terjadi selepas saya makan nanti.
Dengan rakusnya saya hidang nasi panas dengan asam pedas itu. Gaul-gaul, masuk ke mulut dan terasa seperti
...serbuk ubat batuk.
Punyalah pahit! Kuah asam pedas itu tidak pedas, tidak berbau daun kesum tapi rasa ubat batuk!
Bila saya masukan terung itu bulat-bulat dan kunyah, kulitnya seperti kulit lemon, tebal dan pahit.
hak ptui!
Saya keluarkan semula bahan kunyah itu dan otto ketawa kesukaan!
taburan benih di pinggir lembah,
bengang bukan sebarang bengang,
ini bengang sampai termuntah!
Thursday, March 01, 2007
Lesung air

Hampir setiap rumah di Jepun dimasukkan alat baru ini. Juga bukan di rumah saja tapi hampir setiap tandas awam sudah dipelengkapkan. Tempat duduk alas peha wam panas dan semburan air keluar untuk beristinjak. Suhu air boleh diubah mengikut rasa dan untuk perempuan semburannya ke depan dan bagi lelaki semburannya ke belakang.
Gambar ini contoh yang ada di rumah saya.
Di kedai makan, saya mengisi air dalam gayung plastik masuk ke tandas dan terlihat ada disediakan alat semburan ini. Lalu saya keluar dan buangkan air dalam gayung plastik itu.
Makcik Higa (74 thn) dan Sachiko (67 thn) menanya, (perbualan dalam bahasa Jepun diterjemahkan)
Higa: Kenapa engkau bawa air ke tandas?
Saya: Basuh. Engkau basuh tak?
Sachiko: Tak perlu basuh!
Saya: Tak perlu? Kan air kencing berbau? Berbau dalam seluar.
Sachiko: Berbau dalam seluar tak apa bukan di luar!
Higa: Engkau baru mandi sauna, tak perlu basuh lagi.
Saya: Dah biasa basuh.
Sachiko: Ini mesti budaya Malaysia.
Higa: Saya tak pernah basuh, rumah saya tak ada bidey!
Saya: *sigh*
nota kaki: bidey-alat semburan tandas.
Sunday, February 25, 2007
sambung sauna
Apabila menyerahkan tiket percuma di meja depan, saya memandang keliling. Terpandang bilik salin yang bergelas kaca dari tempat pembayaran itu. Nampak perempuan bo-gel berulang-alik. Memang bo-gel, tidak sehelai kain menutup. Semua nampak. Lagi pun mereka tidak rasa segan-silu.
Dengan gelisahnya, setelah mendapatkan towel besar untuk balut badan, saya masuk ke bilik salin itu dan memandang ke dalam lagi. Di dalamnya ada sebuah bilik sauna, sebuah kolam jakuzi, sebuah kolam air berpusing, sebuah kolam biasa dan sebuah kolam air bunga lavender/bunga camomile.
Saya ikat towel dan masuk bilik dalam. Mulanya harus mandi dan bersihkan badan. Higa dan sachiko mandi agak 15 minit. Saya buat mandi cepat dan masuk sendiri ke bilik sauna. Ada seorang terbaring bo-gel macam ketam terbakar. Dengan berkemban, saya cari tempat yang paling jauh dari sumber panas. Agaknya 5 atau 7 minit sahaja, saya rasa lemas bernafas. Panasnya mungkin suhu 50c-60c. Tak tahan terus keluar bilik sauna dan masuk kolam jakuzi sendiri. Higa dan sachiko masih mandi. Memang undang-undang situ harus berbo-gel apabila masuk dalam kolam-kolam situ. Sebelum saya masuk kolam, saya pusing dan tentukan tidak siapa memandang ke arah saya.
Mereka pun tidak pedulikan orang lain. Saya gantung towel dan terus masuk bo-gel ke dalam jakuzi.
Ada empat penjuru tekanan air keluar. Dua penjuru di pinggang dan tiap satu di kedua tapak kaki. Suhunya mungkin 45-50c.
Panas sangat dan saya masuk sedikit demi sedikit. Berendam dalam jakuzi selama 10 minit dan masuk lagi bilik sauna selama 5-7 minit.
Bila keluar kali ini saya lihat higa dan sachiko berjalan menuju kolam jakuzi.
Alamak, mereka masuk sama pula kali ini. Saya biarkan mereka masuk dulu. Sebelum membuka towel badan, saya minta mereka berdua paling ke arah lain.
Saya kata malu tapi higa kata saya bukan orang muda dan tak perlu malu lagi.
Maksudnya orang muda saja harus malu tapi orang tua boleh dedah sana-sini kot?
Lagi pun higa kata lagi tutup-tutup lagi nampak ganjil. Buat macam biasa berbo-gel.
Higa dan sachiko masuk bilik sauna hanya sekali dalam 3 minit sahaja. Higa takut mati dalam bilik itu sebab dia darah tinggi. Takut dalam panas itu pukulan darahnya naik melambung, itulah dia tidak duduk lama dalam bilik sauna.
Yang pelik, setiap kali sebelum masuk kolam, mereka mandi, basuh dan gosok badan macamlah kotor sangat. Rasanya macam nak koyak kulit mereka gosok dan gosok. Mereka duduk depan cermin, sambil berbual sambil mengosok badan.
Akhir sekali kami masuk ke dalam kolam bunga lavender/camomile. Agaknya untuk mewangikan badan sebelum tukar pakaian semula.
Saya masuk sauna berulang 3 kali antara 5-7 minit dan jakuzi berulang 3 kali antara 10-15 minit. Rasanya seperti saya baru habis jimak, penat semacam. Rasa longlai semacam, lemah pun semacam. Mungkin suhu panas sauna itu mencairkan lemak tepu badan ini kot?
Yang bagusnya, masuk hari ini sudah 5 hari pinggang saya tidak sakit dan nyenyutan di tapak kaki sudah hilang, alhamdullilah. Mungkin tekanan air dari kolam jakuzi atau mungkin suhu panas membuang toksik yang berlingkaran dalam badan. Tak tahu nak buat teori lagi.
Buang air kecil juga jadi licin dan puas. Tidak terasa macam ada yang masih tertinggal, rasa puas semua keluar.
Higa dan sachiko kata elok kita buat sessi sauna sebulan sekali atau dua kali dan minggu depan kami akan pergi lagi.
Dengan niat untuk mempersihatkan badan saya sanggup berbo-gel bersama mereka.
Saya berdoa janganlah perbuatan ini menjadi dosa.
Oh, tak sanggup mengumpul dosa begini sebulan sekali, kalaulah berbo-gel itu dianggap berdosa.
Wednesday, February 21, 2007
Sauna
Saya tidak pernah masuk bilik sauna di Jepun. Kata omputih "there is always the first time".Sebenarnya, Sachiko (ahli haiku) dapat tiket percuma masuk bilik sauna. Dia jemput saya dan mak cik Higa yang berumur 74 tahun.
17 tahun dulu, masa otto (sebut: oht-to) berkerja di Spore, kami diberi kondominium yang dilengkapkan dengan fasiliti sauna. Selalu juga saya bersauna masa itu. Bab main asap ini habis di situ sahaja apabila kita pindah ke negara lain.
Saya tanya Sachiko bila dia telefon untuk menetapkan waktu pergi esok, cara orang Jepun bermain asap.
Dia kata berbogel!
Bogel! Honto ni hadaka desuka (betulke bogel?)
Saya tak percaya, takkanlah berbogel langsung?
Mesti ada tuala membalut, mungkin Sachiko pun belum pernah masuk bilik sauna tapi saya tak sempat tanya.
Sebenarnya Sachiko jemput saya pergi sebab dia mau gunakan kereta saya. Saya jadi supir. Supir pun supirlah, saya tak kisah pun.
Tapi yang masalah sekarang, memikirkan esok.
Berbogel terus ke masuk bilik sauna sini?
Walaupun jenis puan sahaja bersama dalam bilik sauna itu tapi kita tidak boleh paparkan "perhiasan peribadi" itu, betul?
Adalah saya terbaca dalam hadis tapi dah lupa bab mana.
Macamana nak elakkan tidak berbogel, dilemma betullah hidup ini.
Monday, February 12, 2007
Bermula lagi.
Ada banyak lagi yang perlu saya ubah-suai tapi saya akan buat mengikut waktu yang ada.
Mulai sekarang saya akan mula menulis di sini. Masa membetulkan ejaan pada entri lama, sambil membaca, saya teringat semula perkara dan kejadian yang berlaku di setiap entri. Banyak juga yang saya sudah terlupa dan membaca entri lama itu mengembalikan nostalgia dan kenangan seperti tayangan gambar lama.
Fungsi google sekarang boleh dikumpulkan setiap entri mengikut topik yang diceritakan. Itulah yang saya sibukkan sekarang, masukkan label pada setiap entri lama.
Banyak saya ingin ceritakan...
Friday, December 08, 2006
Mercy
Surah Al An'am, ayat 12:
Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?"
Katakanlah: "Kepunayaan Allah".
Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang"....(bacalah sendiri ayat seterusnya)
Say: "To whom belongs all that is in the heavens and the earth?"
Say: "To Allah". He has prescribed Mercy for Himself"....(read the rest yourself)
A) Narrated Abu Hurairah r.a:
I heard Allah's Messenger s.a.w saying,
"Allah has devided Mercy into one hundred parts,
and He kept ninety-nine parts with Him
and sent down one part to the earth,
and because of that one single part,
His creatures are merciful to each other,
so that even the mare (mother horse) lifts up its hoof away from its baby animal, lest it should trample on it." (Sahih Al-Bukhari, Vol. 8, Hadith No. 29).
B) Narrated Abu Jurairah r.a: Allah's Messenger s.a.w said,
"When Allah completed the creation, He wrote in His Book which is with Him on His Throne: 'Verily, My Mercy has overcome My Anger.'"
(Sahih Al-Bukhari, Vol. 4, Hadith No. 416).
Just imagine...all the love and mercy in this world...
between all human beings,
between lovers,
between mothers and children,
between husbands and wives,
between mother animals and baby animals,
between humans and animals...
are only one part and Allah SWT kept the rest of 99 parts to Himself.
Allah, The All-Merciful. Allah Maha Pengasih dan Peyayang.
Wednesday, November 22, 2006
First Salam
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
When you are greeted with a greeting, greet in return with what is better than it, or (at least) return it equally. Certainly, Allâh is Ever a Careful Account Taker of all things.
How the salam (greetings) began.
Narrated Abu Hurairah r.a: The Prophet s.a.w said, "Allah created Adam in His Image, *sixty cubits (about 30 metres) in height.
When He(Allah) created him(Adam), He(Allah) said (to him-Adam),
"Go and greet that group of angels sitting there and listen what they will say in reply to you, for that will be your greeting and the greeting of your offspring."
Adam (went and) said, "As-Salamu 'Alaikum (peace be upon you)."
They replied, "As-Salamu 'alaikum wa Rahmatullah (Peace and Allah's Mercy be to you)."
So they increased "wa Rahmatullah."
The Prophet s.a.w added, "So, whoever will enter Paradise will be of the shape and picture of Adam.
Since then the creation of Adam's (offspring-that is the stature of human beings) is being diminished continuously up to the present time."
(Sahih Al-Bukhari, Vol. 8, hadith # 246).
**His Image means that Adam has been bestowed with life, knowledge, power of hearing, seeing, understanding but the features of Adam are different from those of Allah, only the names are the same, e.g. Allah has life and knowledge and power of understanding and Adam also has them but there is no comparison between the Creator and the created thing.
As Allah says in the Qur'an: "There is nothing like unto Him (Allah) and He (Allah) is the All-Hearer, the All-Seer.
(V.42:11) Allah does not eat or sleep while Adam used to eat and sleep.
Wednesday, November 01, 2006
Kelam-kabut raya
Kalendar letak 30 hari Ramadan kalau ikut falak dan esoknya baru satu syawal. Tapi di negara sebelah arab dan orang-orang di Mekah hanya berpuasa 29 hari dan ramadan 30 tidak ada sebab sudah nampak anak bulan maka mereka beraya.
Telefon di rumah saya mula berdering sejak maghrib pada malam 29 ramadan, banyak yang menanyakan tarikh raya. Saya kata belum ada maklumat lagi yang esoknya raya sebab saya juga masih menunggu pengumuman.
Kalau ingin tahu lebih teliti, silalah telefon Islamic Center of Japan sebab ini badan yang sudah diistikharkan menjadi wakil rasmi untuk mengumumkan tarikh raya.
Pada malam ramadan 30 itu, seorang pelajar melayu memberi tahu yang esoknya kemungkinan 90% jatuhnya satu syawal (entah dari mana dia mendapat maklumat ini).
90%?
Kenapa 90%?
Yang saya tahu raya 100% atau tidak raya 100%, pertama kali saya dengar raya 90%.
Saya belum pasti dan tidak ada pengumuman dari mana-mana sumber rasmi lagi, lalu saya teruskan berterawih untuk malam yang terakhir pada bulan ramadan ini.
Kami juga bersahur untuk berpuasa hari akhir ramadan.
Kalau tak jadi raya esoknya, kita masih ada niat berpuasa tapi kalau jadi juga raya keesokkannya, boleh batalkan saja niat puasa dan terus beraya.
Itu langkah saya yang praktikal.
Pagi 30 ramadan seperti biasa saya sekeluarga berpuasa dan menerima panggilan yang ada beberapa orang telah berkumpul untuk solat sunat pagi raya.
Hah? Raya? Saya masih berpuasa! Korang dah raya!
Hah? Dah laungkan takbir malam tadi? Tapi saya masih berterawih malam yang sama itu!
Entah dari mana mereka mendapat pengumuman yang hari itu masuk satu syawal. Tapi sebelum mereka dapat mulakan solat sunat raya, ada orang sempat menhentikan majlis dengan menggatakan yang raya bukan hari itu dan sebenarnya raya jatuh pada hari keesokkannya.
Saya apalagi, mengucapkan syukur yang saya masih berpuasa untuk ramadan hari yang akhir itu.
Kumpulan ini masih mengganggap yang hari itu hari raya sebab ada negara yang sudah beraya pada hari itu.
Disebabkan banyak orang kuat sudah balik negara masing-masing, terjadilah berbagai fatwa yang membolehkan kumpulan kecil ini beraya dan sebahagian kumpulan lain tidak beraya.
Banyak sangat orang pandai yang tinggal membuat fatwa yang membolehkan beraya sebelum mendapat pengumuman rasmi.
Suka hati merekalah, yang saya tahu mereka rugi satu hari barkat bulan ramadan.
Dan.
Mereka harus mengantikan puasa yang mereka sengaja lepaskan pada hari itu.
Kalau mereka tidak berniat untuk mengganti puasa itu, itu antara mereka dengan Ilahi sahaja, saya tidak masuk campur.
Saya harus jaga amalan dan ibadah diri sendiri dan anak-anak sebaik-baiknya.
Pada tahun 1427, terjadilah 2 sambutan raya untuk perkampungan orang Islam di pulau kecik ini.
Chess!





