Monday, January 26, 2009

Tatkala Jentayu mencari kasih

Ini kisah benar antara saya dengan seekor burung jentayu.
Pertama kali saya dikenalkan dengan burung ini 10 tahun lalu. Di tanah bunga sakura ini. Jentayu berada di antara orang-orang yang saya kenal dan sayang. Burung ini sungguh ayu, wajahnya berseri dan bersih. Burung ini ingin balik kepada fitrah Allah. Dia mencari semangat untuk kembali ke asali fitrah ini.
Dia baru lepas berputus kasih. Kasih pertama ini melalaikan cintanya. Kasih ini hilang dan pergi entah ke mana. Dalam keseorangan itu, jentayu mencari makna kehidupan, ingin mengecapi kemanisan untuk terus bahagia.
Fitrah Allah sejati telah dijumpai. Dia bertukar menjadi burung soleh mengikut jalan Islam. Dia dikenalkan dengan kasih kedua. Tampan, soleh tapi tidak pandai menerima kasih jentayu, tidak dapat memberi kasih yang sempurna pada jentayu. Agak beberapa bulan, jentayu terlepas sekali lagi dari sarang kasih kedua ini. Dia terbang keseorangan ke tanah besar. Dia mencari sarang lain untuk melepaskan lelahnya. Sarang untuk dia berteduh dan berkasih.
Pernikahannya pada kasih ketiga selanjutnya, membawa dia ke tanah suci. Berdua mereka mengerjakan ibadah fardhu ini. Berdua mereka membina mahligai yang jentayu impikan. Tapi jentayu tidak boleh menebarkan sayapnya bersama kasih ini. Sayapnya terkudung lagi. Dia jatuh ke tanah sendiri lagi.
Dengan sayap yang masih kuat sebelah lagi, jentayu mengembara ke langit jauh mengikut kasih ke-empat. Kasih ini dari negara ayam turki. Ayam yang kuat makan tanpa usaha sendiri. Ayam turki ini kerap meminta-minta dari jentayu. Jentayu tidak dapat melepaskan dirinya dari ayam turki sebab zuriat dilahirkan dari perhubungan mereka.
Selepas beberapa rembulan berganti, jentayu melarikan diri balik ke rumah asalnya, rumah di mana dia dilahirkan untuk mendapat bantuan. Ayam turki masih meminta-minta dari jentayu yang tidak mengeluarkan hasil pendapatan.
Jentayu melepaskan ayam turki dan menebarkan sayapnya, sambil mengendung zuriat itu merantau ke negara lain. Mencari rezeki dan mengharapkan dapat ditemui dengan kasih sejati.
Doa dan harapan jentayu diketemukan juga.
Dia dijodohkan dengan kekasih ke-lima. Kebahagiaannya dibisikkan melalui angin lalu dari barat ke timur.
Penulis mengharapkan jentayu aneh ini tidaklah lagi mencari-cari kasih murni lagi selepas ini. Biarlah jodohnya kukuh dan kekal bersama kasih ke lima ini.
Jentayu, kamu adalah sesuatu yang magis, ayu dan manis. Kuatkanlah iman di dadamu, bahagialah kamu seterusnya.
Jentayu ini cerita benar. Jentayu ini ialah burung yang masih terbang bersama penulis.

1 comment:

  1. Auntie Lela, Nihh Adam Nehus, Anak Kak Leca and Mr. Nehus dari Johor Bahru, Malaysia. I don't know if remember me. Adam dh start blaja di Germany and berada skarang di Gelsenkirchen, Germany, amik Engineering course. Susah nak contact Auntie Lela, b'coz i lost ur name card. So, i did some searching in Internet and found ur blog. plz, sent me an email at adam_nehus@hotmail.com, so i can add u and be in touch.

    Adam Nehus

    ReplyDelete