Sunday, March 07, 2010

Di sangkar malam

Jendela Timur

Tanka-Darma Mohammad

3 untai tanka - DI SANGKAR MALAM
Dipaparkan tiga untai tanka karya Darma Mohammad yang telah tersiar dalam 'JENDELA TIMUR' edisi Disember 2009, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.
Sdr Darma Mohammad telah mengikuti siri penulisan tanka dan haiku di bawah kelolaan saya sejak dua tahun yang lalu dan
karya-karya beliau (haiku dan tanka) telah banyak tersiar dalam media massa di Malaysia.
Tidaklah sukar bagi saya untuk menyemak karya-karya Sdr Darma Mohammad oleh kerana beliau telah menceburi bidang penulisan puisi sejak tahun 1970-an.
Tugas penyemakan yang diberi adalah hanya pada konstruksi dan adat-adat penghasilan tanka.

************

Thursday, March 04, 2010

My honey-bunch

For my cubcake
When I was in Singapore recently, I have this little girl singing every incoming call from the cellfon. I didn't quite know the lyric then and today I went searching for it.

***********

Monday, March 01, 2010

Pelancaran buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas

Buku setebal 566 halaman itu memuatkan 22 esei daripada 24 sarjana seluruh dunia bertujuan merakamkan pengiktirafan kepada Syed Muhammad Naquib, seorang ilmuwan Malaysia bertaraf dunia. Buku itu berharga RM108 bagi kulit tebal dan RM80 bagi kulit biasa.

Puan yang di hormati,
Semoga Puan dan keluarga berada dalam sihat walafiat. Beberapa bulan lalu Puan berkunjung ke pejabat saya di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM dan mengambil gambar buku terbaharu saya. Buku itu telah dilancarkan pada 23 Feb baru2 ini di UTM International Campus, Kuala Lumpur oleh DYTM Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah. Saya kepilkan ucapan baginda dan ucapan2 Yang Muiia Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, dan ucapan saya sebagai wakil penulis pada Majlis yang dihadiri lebih kurang 700 orang ilmuan dan profesional serta wakil2 kedutaan luar negara itu. Semoga ada menafaatnya. Sekian terima kasih.
Wassalam
Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud
ATMA UKM.

*************

Ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah 23 Februari 2010

Bismillahirrahmanir rahim
Assalamu’alaikum wrt wbrkt dan salam sejahtera
Alhamdulillah dengan kebesaran Allah yang maha esa, majlis pelancaran buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas, dapat dilangsungkan.
Beta bersyukur kerana bersempena majlis pelancaran ini dengan ketentuan Ilahi juga beta turut di angkat ke satu martabat kemuliaan apabila dipilih sebagai insan yang digandingkan dengan usaha mulia untuk memuliakan seorang sarjana Islam berwarga Malaysia.
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas diiktiraf, disegani dan dihormati di serata dunia sebagai pohon ilmu yang asli teguh berakar di Taman Ilmu.
Syed Muhammad Naquib adalah insan istimewa memiliki watak intelek, jiwa intelek, daya intelek dan ruh intelek seorang muslim perintis dalam mempelopori idea mengislamkan pengetahuan (The Idea of Islamization of Knowledge).
Beliau telah menghasilkan 29 penerbitan dalam pelbagai aspek pemikiran dan tamadun Islam khususnya subjek-subjek menyentuh kosmologi, metafizik, falsafah, bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Beliau telah menyampaikan lebih 400 syarahan umum di negara-negara Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.
Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam adalah penerbitan berkualiti tinggi mengandungi 22 esei hasil penyelidikan 24 sarjana bertujuan merakamkan pengiktirafan kepada seorang ilmuan Malaysia bertaraf dunia. 22 esei tersebut telah dihasilkan oleh para sarjana dari serata dunia. Dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Bahrain, Egypt, Gambia, Iran, Iraq, Jerman, Macedonia, The Netherlands, Russia, Turkey dan United Kingdom di samping sarjana-sarjana dari Malaysia.
Setiap esei mengandungi kupasan dan huraian tersendiri bersandarkan sudut kajian dan aspek analisis yang diberikan fokus. Namun setiap seorang dari mereka walaupun apa sub-disiplin kajiannya mencapai satu titik pertemuan mengiktiraf dan menghargai ketokohan, pemikiran dan kebijaksanaan Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Beta berpeluang mendapat naskah awal penerbitan yang akan dilancarkan ini yang telah diutus kepada beta bersama warkah jemputan ke majlis ini. Beta tertarik mengikuti kupasan-kupasan mengenai adab. Huraian tentang adab merangkumi elemen-elemen kemanusiaan, kebajikan, kasih-sayang serta sifat menghormati ibu-bapa, orang tua dan kanak-kanak, juga jiran tetangga dan pemimpin masyarakat. Ditegaskan betapa pentingnya bagi seseorang insan memahami kedudukan masing-masing. Beliau menekankan bahawa adab itu adalah ketertiban budi (intellectual discipline). Menghormati guru dan orang berilmu adalah manifestasi adab terhadap ilmu. Tidak ketinggalan peringatan adab terhadap alam semulajadi, terhadap bahasa dan pentingnya alam spiritual dihormati dalam hasrat mahu mencecah darjat keluhuran dan adab itu sewajibnya memperlihatkan keadilan, mencerminkan hikmah serta mempertahankan hak dari segi realiti dan kebenaran. Adab dikaitkan dengan pendidikan manusia yang luhur
bahawa apabila kuasa dan sumber diserahkan kepada individu yang tidak memahami idea induk, akan berlakulah penyalahgunaan kuasa dan pembaziran sumber. Diikuti dengan suasana kekeliruan intelek dan kekeliruan moral. Salah urus sumber mengakibatkan berlakunya kemiskinan yang berpanjangan dan kemusnahan institusi-institusi penting yang begitu berkesan dan dihormati pada zaman kolonial. Justeru itu, adab adalah penentu kepada jatuh bangunnya pemimpin di dalam sesebuah masyarakat. Adab memperingatkan bahawa taraf kemuliaan seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor-faktor kemanusiaan dari sudut kuasa, kekayaan mahu pun keturunan tetapi ditentukan oleh kriteria-kriteria yang terkandung di dalam al-Quran dari segi penetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni.
Setelah berpeluang menyelami huraian Syed Muhammad Naquib tentang adab, beta amat insaf akan betapa kerdilnya diri beta dalam aspek pencapaian ilmu berbanding dengan tahap yang telah beliau capai. Membawa beta bertanyakan diri sendiri apatah beta selayaknya dianugerahkan dengan kemuliaan pada petang ini untuk melancarkan sebuah penerbitan yang bertujuan memuliakan seorang insan. Seorang insan yang telah sedia lebih awal diangkat oleh Ilahi ke martabat kemuliaan ilmu yang begitu tinggi. Beta tidak dapat lari dari bertanyakan diri adakah Syed Muhammad Naquib al-Attas seorang yang beta kenali atau seorang yang tidak beta kenali. Pertanyaan tersebut membawa ingatan beta kembali mengembara kepada peristiwa ketika beta berangkat melawat ISTAC. Lawatan yang beta pinta diaturkan setelah disembah maklumkan tentang keistimewaan institusi tersebut. Itulah pertemuan pertama dan sehingga majlis pelancaran ini, merupakan satu-satunya pertemuan beta dengan Syed
Muhammad Naquib al-Attas. Pertemuan untuk tempoh masa sekitar 2 jam adalah satu peratusan waktu yang amat kecil dalam hayat beta yang telah meraut usia lebih 53 tahun. Namun pertemuan singkat itu memberi fahaman dan nilai baru kepada beta akan erti dan makna pertemuan. Bahawa pertemuan bernilai itu tidak memerlukan masa yang lama.
Sewaktu mengunjungi ISTAC beta berpeluang menemui Syed Muhammad Naquib, berjabat tangan, bertentang wajah disusuli dengan renungan mata dan perbualan kata, beta datang dan pergi dengan minda yang mengakui hakikat bahawa, pertama : beta adalah seorang anak muda yang sedang mengunjungi seorang dewasa yang usianya hampir sama dengan usia Paduka Ayahanda beta. Sewajarnyalah beta menyedari diri berada di taraf yang lebih rendah dan sewajibnya beta menghormati beliau. Kedua: Beta masih seorang musafir dalam pengembaraan mencari ilmu, masih daif, sedang berada di kaki gunung dalam pendakian menemui seorang sarjana, seorang mahaguru, seorang pendeta yang bukan sahaja telah sedia berada di puncak gunung pengetahuan tetapi telah sekelian lama mengalirkan pemikirannya ke serata lembah dan wadi ilmu.
ISTAC adalah hasil dari himpunan usaha yang mengutamakan kualiti. ISTAC melambangkan himpunan idea terbaik dari terbaik, dipilih lalu diubahsuai dari contoh-contoh keindahan yang telah pernah beliau temui dari serata dunia. Ia bukan sahaja memiliki keindahan fizikal tetapi keindahan itu dilengkapi dengan fungsi dan memenuhi matlamat. ISTAC memperlihatkan satu prasarana yang dihasilkan melalui pemikiran yang serius dan komitmen yang tinggi hingga terbangun sebuah kampus pengajian yang dinamik bertenaga menghidupkan budaya berfikir, berupaya membina tabiat rindukan ilmu. ISTAC memiliki persekitaran yang mengandungi lirik cinta dan simfoni kasih. Selepas berpeluang melihat ISTAC, beta sering mengimpikan untuk melihat lebih banyak institusi, terutama institusi pengajian di negara ini dapat menjadikan ISTAC sebagai contoh dari aspek pembangunan prasarana bermula dari peringkat falsafah dan konsep, perancangan, pembiayaan, pembinaan, pengurusan dan
penyelenggaraan. Betapa produktifnya dan betapa kemungkinan ketua-ketua eksekutif institusi pengajian tinggi di negara ini diberikan lebih autonomi dalam memenuhi amanah membangunkan taman-taman ilmu yang setanding dengan ISTAC bersandarkan amalan ‘let the manager manage’. Beta kagum melihat ISTAC yang telah beliau bangunkan tetapi beta lebih kagum dengan insan yang telah mengabadikan pemikiran dan jiwa raganya untuk membangunkan ISTAC. Melihat ISTAC beta merumuskan bahawa beta sebenarnya berhadapan dengan seorang seniman yang sangat teliti, sangat jauh, mendalam dan luas wawasannya, sangat komited dan amat terlibat memenuhi visinya.
Masih segar dalam ingatan beta akan 3 wawasan utama yang beliau suarakan kepada beta. Pertama: ISTAC adalah taman ilmu. Justeru itu bangunan dan kampus, kelengkapan dan peralatan, lanskap dan hiasan dalamannya tidak sekadar untuk memenuhi keindahan fizikal tetapi menyediakan satu persekitaran yang mendorong semangat kecintaan ke arah membina budaya untuk meminati dan menghargai ilmu. Kedua: ISTAC wajib mendapatkan sarjana tebaik dari serata dunia di peringkat tenaga pengajar dan penyelidik, demikian juga pelajar. Dan Ketiga: Memastikan ISTAC mempunyai pusat sumber rujukan yang dilengkapi dengan koleksi karya agung dan penerbitan berkualiti tinggi dari seluruh dunia.
Kunjungan ke ISTAC yang hanya sekali berlaku dan pertemuan dengan Syed Muhammad Naquib yang juga hanya sekali berlaku, telah lama berlalu. Namun ia tetap meninggalkan ingatan berkekalan dalam diri beta. Beliau adalah seorang sarjana yang memiliki kuasa intelek yang hebat. Berjaya meninggalkan impak kepada pemikiran muridnya walaupun hanya berpeluang berinteraksi seketika dengannya. Dengan kehalusan dan kesantunan budi pekertinya beliau telah memberikan keselesaan kepada beta untuk berinteraksi walaupun beta laksana kail sejengkal yang mahu memancing di laut ilmu milik beliau yang sangat dalam lagi luas. Beliau bersifat rendah diri laksana padi semakin berisi semakin tunduk. Beliau adalah bukti hidup seorang insan yang berpegang kukuh kepada prinsip. Beliau teguh dalam tindakan untuk menegakkan kebenaran.
Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah satu khazanah amat berharga. Beliau adalah hasil adukan keturunan ulamak dan aristokrat, turut dibesarkan dan didewasakan dalam persekitaran budaya Islam dan melalui kehidupan harian di taman aristokrasi. Pengalaman-pengalam an yang ditempuhi sepanjang perjalanan hidup telah menambah-kukuhkan keperibadian beliau yang sebenarnya telah sedia kukuh. Antaranya, kandungan elemen-elemen mematuhi disiplin, mematuhi perintah dan kesetiaan semasa mengikuti latihan ketenteraan mempunyai pengaruhi terhadap pandangan dan budaya kerja beliau sebagai ilmuan dan pentadbir. Beliau memenuhi amanah dengan penuh disiplin, mentaati perintah dan mengabdikan kesetiaan secara mutlak kepada Pemerintah Teragung atau Supreme Commander yang tidak ada dua baginya iaitu Allah yang Maha Esa. Segala yang diwarisi dan setiap liku pengalaman hidup yang dilalui telah membina satu watak yang memiliki kekuatan dan keunggulan. Beliau adalah satu
keistimewaan, satu keluarbiasaan, hebat dari segi intelek, hebat dari segi personaliti, hebat dari segi kesenimanan dan hebat dari segi keimanan kepada Yang Maha Pencipta.
Syed Muhammad Naquib al-Attas memiliki daya fikir yang berupaya menghidupkan pemikiran-pemikiran berteraskan Islam, memperlihatkan kehebatan Islam melalui hujah-hujah yang amat intelek, mempercayai lalu memilih untuk Islam itu dibangunkan secara membangunkan masyarakat Islam dan bukannya terburu-buru memilih kaedah politik dengan retorik yang membina Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Beliau yakin dengan undang-undang Islam tetapi tidak yakin dengan orang-orang yang memiliki dan diberikan kuasa untuk mentafsir dan melaksanakannya di Negara ini. Beliau meragui sama ada mereka benar-benar telah memiliki kesederhanaan, hikmah, keadilan dan keberanian untuk melaksanakannya. Kepada beliau pendekatan yang mengutamakan Islam itu harus dikembangkan dari dalam dan membesar secara organik, dan bukannya secara mengenakan tekanan dari atas kepada masyarakat . Contoh kehebatan daya keintelektualan beliau berhujah dapat dipetik dari catatan dalam
dialog beliau ketika memberikan respon kepada soalan berkaitan dengan polemik penggunaan kalimah Allah semasa berlangsungnya seminar Worldview of Islam anjuran The Assembly of Muslim Intellectuals pada 13 Disember 2009 yang lalu.
Petikan: “ Allah is not from Bahasa Malaysia, it is not a National Language. It belongs to the Language of the Muslims all over the world. Therefore your argument using this for the word ‘Allah’ does not fit into your idea of God because Allah does not have a son. It is not one of three. That is why, out of respect to Allah we can’t allow you to use this. We agree you want to use God then use ‘Tuhan’ as we also use that. But we understand in the Malay language ‘Tuhan’ is not a translation of Allah. That is why we say, ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ not, ‘Tiada tuhan melainkan Tuhan’. So Allah cannot be translated as no language has translated Allah. But if they use it and they say in Indonesia they have used it, why can’t we here. It is because of the Muslims. If Muslims don’t care, they will go on and use it, and in Indonesia they are using not only that but other things too. They even call it choir for selawat. Choir is not
a Selawat as selawat is for the Prophet. It is not singing a hymn”.
Demikian keintektualan beliau berhujah dan kehebatan beliau berdebat dengan memberikan hujah-hujah secara rasional dan faktual, secara ringkas, secara jelas telah mempertahankan kesucian nama Allah dari disalahgunakan, yang dibimbangkan boleh menggelincirkan akidah.
Beliau mengikuti pengajian tertiari di Singapura, di Kanada dan di United Kingdom. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar di ketiga-tiga institusi pengajian tinggi di tiga Negara berkaitan. Penguasaan bahasa Inggeris beliau berada di tahap par excellence. Pada hukum adatnya, beliau tidak perlu bersusah payah untuk menobatkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi negara tetapi beliau memilih mengambil tanggung jawab besar mendaulatkan bahasa ibundanya dengan menyedari bahawa lebih ramai anak bangsanya akan mendapat akses kepada ilmu jika Bahasa Melayu dapat dinobatkan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.
Semangat nasionalisme Melayunya terbukti dalam usaha gigih beliau untuk menobatkan bahasa Melayu. Perlu diingatkan bahawa menobatkan bahasa Melayu merupakan salah satu dari 7 wasiat raja-raja Melayu dalam kontrak sosial yang dimaktubkan menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Beliau gigih berusaha melaksanakan program untuk membolehkan Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya walaupun mendapat tentangan hebat dari ramai pensyarah. Beliau adalah antara pendokong utama kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulisan-penulisan beliau dalam Bahasa Melayu memberikan nilai ilmu kepada Bahasa Melayu apabila beliau memperkenalkan gaya penulisan baru Bahasa Melayu di peringkat intelek dan falsafah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan gelora rasa yang beliau alami kerana pada hari ini sudah ada suara yang semakin berani hendak menggugat mertabat bahasa bangsa Melayu. Bahasa ibunda pribumi yang telah diterima sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Dapatkan naungan politik untuk melonjakkan kedudukan tidak pernah dijadikan opsyen kerana beliau tidak mahu pemikirannya terikat atau terantai dengan mana-mana kumpulan politik. Beliau tidak reda kejernihan tasik pemikiran beliau dicemari oleh pelbagai polemik dan persengketaan politik atas hasrat untuk mendapat kuasa, mengguna atau menyalahguna kuasa serta mempertahankan kuasa.
Syed Naquib mentafsirkan kemerdekaan itu mempunyai pelbagai peringkat. Kemerdekaan politik hanyalah tahap pertama. Bahawa kemerdekaan yang lebih tinggi bermula dengan kemerdekaan minda untuk berupaya berfikir dan bertindak bersandarkan prinsip ilmu dan pengetahuan serta tradisi bernilai sesebuah Negara. Pada hemat beliau bila berlaku perselisihan pandangan atau kelainan tafsiran di antara seorang sarjana dengan kerajaan dalam perkara-perkara tertentu, kerajaan jangan terlalu cepat menganggap mereka sebagai ahli politik pembangkang yang memang lazimnya mencari kesalahan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan tetapi hendaklah dihargai bahawa minda seorang sarjana itu merasakan dirinya bertanggung jawab mendidik masyarakatnya di samping memiliki keberanian serta ketegasan memaklumkan kepada kerajaannya tentang fakta dan hakikat yang berlaku. Baginya seorang sarjana tidak harus sama sekali memiliki sifat untuk mendapat sokongan atau kedudukan politik.
Pendirian neutral yang dijadikan prinsip pegangan telah membebaskan beliau untuk berupaya terbang mencapai awan di langit yang lebih tinggi. Membolehkan beliau berupaya singgah di pepohon yang lebih segar, subur dan hijau rendang dari satu taman ilmu ke satu taman ilmu di seluruh alam semesta. Adalah lazim bagi insan yang telah dianugerahkan kehebatan minda yang luar biasa untuk mendahului eranya, meletakkanya berada jauh di hadapan pemikiran bangsa dan warganya. Namun sifat istimewa luar biasa bukannya mudah difahami malah seringkali meletakkan beliau berhadapan dengan cabaran lebih berat untuk dapat dihargai. Seringkali pula mengundang kepada salah tafsiran lalu berlaku penilaian yang tidak semestinya bersifat adil dan positif ke atas diri beliau. Demikian harga yang perlu dibayar dan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang sarjana yang berani menegakkan kebenaran dan bertegas menegur kebatilan.
Syed Muhammad Naquib yang telah diangkat oleh Ilahi berada di altar lebih tinggi dalam dunia dia didewasakan telah juga dianugerahkan daya lihat yang amat tajam dan mata hati yang amat terang. Beliau adalah satu-satunya sarjana di negara ini yang telah dianugerahkan penghormatan menduduki kursi-kursi utama akademik dalam pelbagai disiplin. Beliau pemegang pertama Kursi Pemikiran Islam Abu Hamid al-Ghazali di ISTAC. Syed Muhammad Naquib memiliki keistimewaan yang luar dari biasa lalu memerlukan sebenar-benar jauhari untuk dapat menilai mutu manikamnya. Manikam yang sangat asli tidak mudah luntur dan tidak senang hancur. Biar di mana ia jatuh, biar sejauh mana ia dilontar, ia terus bercahaya malah semakin memancarkan sinar cahaya menerangi benua dan alam semesta. Ia menjadi buruan para jauhari yang bestari.
Seorang ilmuan itu sebenarnya memiliki kehebatan yang lebih istimewa dan lebih tulen. Pengiktirafan yang diabadikan lebih berkekalan, lebih berpanjangan dan lebih berterusan hingga jauh melangkau pasca hayatnya, dan tidak sekadar semasa dia masih bernyawa atau sedang menyandang jawatan tertentu. Berbanding dengan penghormatan seorang raja ataupun ratu, seorang presiden atau seorang perdana menteri yang boleh sementara sifatnya didewakan bagaikan dewata ketika berada di tampuk kuasa kemudiannya terhenti dan begitu cepat dan mudah dilupakan setelah muncul pengganti yang baru.
Usaha memuliakan ilmuan adalah usaha yang amat konstruktif. Usaha sebegini dapat membantu membina kekayaan intelek dan khazanah intelek negara. Kekayaan intelek negara harus terus ditambah melalui usaha-usaha yang memberikan dorongan dan keyakinan kepada ilmuan. Kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan daya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pemimpin yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar. Pemikiran politik sedemikian amatlah destruktif.
Pimpinan yang stabil dan negara yang maju senantiasa memilih pendirian untuk mendampingi dan bekerjasama dengan ilmuan dan menyediakan persekitaran politik yang tidak memusuhi kumpulan ilmuan.
Semoga kebijaksanaan pemikiran Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas akan terus berkembang dan disuburkan. Semoga anak didik beliau akan berperanan secara berkesan menjadi duta ilmu menyebarkan pemikiran beliau. Dalam hubungan tersebut, inisiatif Wan Mohd Nor Wan Daud dan Muhammad Zainiy Uthman serta Universiti Teknologi Malaysia adalah salah satu misi dan amanah yang amat murni dan perlu dipuji.
Ke mana pula tumpahnya kuah kalau tidak di pinggan nasi. Ungkapan tersebut khusus beta tujukan kepada Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas, anakanda kepada Syed Muhammad Naquib al-Attas untuk terus menyalakan obor keluarga dalam kegiatan penulisan dan kehidupan. Dalam kapasiti beta memenuhi amanah sebagai Raja Muda Perak, sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, begitu juga sebagai Pro Canselor Universiti Malaya, selanjutnya sebagai seorang anak, suami dan ayah, esei-esei yang terkandung dalam koleksi buku ini sangat relevan untuk beta jadikan rujukan terutama dari segi memahami falsafah dan konsep berkaitan Islam, kesejahteraan, evolusi, adab, pengetahuan, dialog ketamadunan, pendidikan, institusi wakaf, kapitalisme dan dunia Melayu. Semoga apa jua ilmu yang beta timba akan dapat beta manfaatkan untuk kesejahteraan ummah.
Dengan kalimah Bismillahirrahmani beta dengan sukacitanya melafazkan pengistiharan pelancaran Knowledge, Language,
Thought and the Civilization of Islam: Essays in honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Wabillahitaufiq wal hidayah…Wassalamu’alaikum wrt. wbt.

****************

Terima kasih Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud!

****************

Saturday, February 27, 2010

Magnitude 7

From the media (english)
Laporan di BH (ketik sini).

For relations who called and friends who e-mailed, thank you for your concern. First news is we are alright, alhamdulillah.

I slept late the night before, doing some haiku translations. This morning at 5.31 am, I thought I was shaking in my dreams. After 2 seconds, I became conscious that the earth was trembling. Into the 3rd seconds, I turned and looked at hubby by my side. He did not moved but his eyes were flapping.
He only managed to say, "Jishin! (earthquake)"
Into the 4th seconds, I reached for him and hugged him. I know I'm supposed to take safety under the dining table but I couldn't moved. My mind went to The Al-Mighty, only He can protect us in moments like this.
Into the 5th/6th seconds, we were both hugging and waiting. Some sound of crashing from the distance. I was expecting the roof to fall on us.
I was glad I'm fully dressed, meaning not in my sleeping outfit. If it means I have to run out of the house, at least I'm properly dressed. I don't know why my mind run this way at moment like this.

It was all quiet after 8th/9th seconds. I ran into the living room and switched on the TV. The government channel NHK runs a warning on tsunami. People near the sea have to run for safety as waves as high as 1 meter comes banging in repeatedly.
Hubby found out where the crashing sound originates. The flower vase in the toilet, shake and crashed.
Now, almost half the day is gone and I still have not cleared the broken glasses yet.

My father-in-law now 97 years old said this is the strongest quake he felt all his life. Before the strongest we felt was magnitude 4 but to be exact at 6.9/7 on the Richter scale is BIG!

Alhamdulillah, goes with many heaves of relieve.

*****************

Sunday, February 21, 2010

The triangle love of Lopes

Lopes

Lopes is one of my favourite dessert. If you're not in the tropics, it is quite an effort to make this sweet thing.
As long as you have glutinuous rice, steam it and spread over it with brown sugar syrup, it still taste good but to get the real taste of lopes in Japan is actual happiness for someone simple like me.

Above is my lopes. I used bamboo leaves instead of banana leaves. We have lots of banana plants in Okinawa but I just don't feel like going out to cut banana leaves on a cold 14c day.
Then, the glutinous rice is not so glutinous, even when I soaked in pandan water for 2 hours.
I have to steam the coconut to make it softer. After steaming, it's a wee bit softer but I can't get it as near to the original state.
For the brown syrup, I used sugar cane brown sugar. We have lots of sugar cane brown sugar in Okinawa. I boiled a packet of 300gm of it with pandan leaves. It tasted almost as good as the brown sugar from real coconut for the untrained tongue.

All in all, I'm quite happy with the result. We just have to improvise but inadequacies like these are part of the adaptation process of living in places out of Malaysia/Singapore.

************

Tuesday, February 09, 2010

Okuribito



Pertama-tama, kita pecahkan perkataan okuribito. Okuri bermaksud menghantar dan bito dari asal perkataan hito bermaksud orang/manusia. Okurihito dibunyikan sebagai okuribito. Orang yang dihantar pulang.
Inilah tajuk wayang Jepun yang memenangi Oscar filem antarabangsa tahun 2009.
Cerita ini ditulis oleh Kundo Koyama mengisahkan seorang pemain selo dibuang kerja akibat syarikat okestra tempat dia berkerja mengalami kebankrapan.
Untuk menampung dan meneruskan kehidupan keluarganya, dia mohon kerja di syarikat yang disangkanya menguruskan pelancongan.
Dia terpaksa menerima tugasan itu apabila diumpan dengan gaji sebulan sebelum tugasnya bermula oleh pemilik syarikat.
Apabila diketahui tugasnya mengapankan mayat, dia ingin menarik diri tapi lama kelamaan dia berasa tugasnya itu sesuatu yang mulia.
Siapa lagi yang boleh mengapan mayat kalau orang yang hidup tidak sudi melakukannya?
Isteri dan teman-temannya memandang tugas itu hina, rendah dan menjatuhkan darjat keluarga. Tapi dia berdegil dan berbangga menjadi perantaraan menyiapkan si mati ke alam lain.
Tengoklah cerita ini untuk mengetahui kesudahannya.

Penulis skrip ini bernama Kundo Koyama. Memang novel ini menceritakan adat dan budaya masyarakat Jepun tapi ada sesuatu yang menarik dalam jalan cerita Okuribito.
Hero ini ditinggalkan bapanya sejak kecil. Dibela oleh ibunya sehingga dewasa. Selama dia membesar, dia membencikan bapanya yang tidak bertanggung jawab menunaikan tugas seorang ayah. Kenangan yang ditinggalkan bapanya hanya sebutir batu yang mereka bertukar-tukar semasa berkelah. Batu itu masih di dalam simpanannya.
Tapi satu hari hero ini mendengar yang bapanya mati dan dia berkejar mendapatkan mayat bapanya.

Dia mengeluarkan sesuatu dalam genggaman tangan bapanya waktu persiapan mengapan. Adegan ini sangat mengharukan.

Baru disedarinya, betapa mereka sama merindui.

Alangkah indahnya jika saya dapat menghasilkan sebuah karya yang mengharukan seperti jalan cerita ini...

********

Sunday, February 07, 2010

Sahabat-sahabat melangkah 2010-Siri 2

Becky
There are times when you make plans to meet certain people or times when you've promised and put all efforts for a meeting but those times never come. Many things can happen to prevent those "look-forward to" meetings.
But there are times too that you've wanted to meet certain people but know in your heart the meeting might not happen. Then again, out of nowhere you right in front of that person you've wanted to meet so much.
I call this rezeki Allah. If I don't see some people I wanted to see, I just put it that the rezeki in not given to me that time. If the meeting cannot happen, it will not happen. Trust me. It's not your fault or the other party's.
Talking about meetings...I've wanted to meet this little girl. Calling her just Becky, she's about the same age as my daughters. You may wonder why I want to meet someone the age of my children. Well, that's me. Age and material is not what I find in a person.
I know in my heart I will not see her as I never attempt to arrange for a meeting with her. But deep in my heart, I do wanted so much to see her at least for once.
I was staying at a friend's house at Desa Pertaling/Ampang which is not so far from DBP. On the morning of 16th Dec. 2009, I attended a seminar with talks from some of the big literary shots in Malaysia like Dr. Muhammad Hj Salleh and Dato' Dr. Anwar Ridhwan. As the norm, I was early and noticed some spaces were already occupied as well.
On the other side of aisle, a few rows back I heard two ladies chatting quite vigorously. From the sound of the voices, I knew the loud lady was elderly and another young girl, I can only see her back view. I turned back to see them once but there were engrossed in some verbal Q an A.
A little while progressed, sms came in, "Aunty, r u in DBP?"
My reply, "Yes!"
Again another sms, "Look behind, to your right!"
I did and found her waving/smiling.
There you go...I've got to be thankful for this is rezeki Allah. I got it. I never even bother to arrange for time and place to meet her. There she was!

She has a certain way with writings, she has a certain style. You've got to read her pieces to know what I mean.

***********

Tuesday, February 02, 2010

Sahabat-sahabat melangkah 2010

Siri 1
Now that I'm back and comfortable again in my own nest, I thought I write my appreciations to friends who have been with me, ferrying me to places, feeding me yummy meals and doing things just because I'm all alone and helpless. Insya Allah, I will repay their kindness in my own way slowly but right now this record is the only way to put their faces in my mind.
I will not mentioned their names but I know all my friends are connected somehow to one another, so even without names they are known.
For this trip, the ealiest people I came to know is the writer who put up my profile at Akhbar Siasah, one of the ladies in foto is his wife who has a desk at KarangKraf.
I port up at a lady's house in Jln Desa Pandan.
This foto was taken on Dec. 12, 2009 and on this day I was looking forward to see SN Dato' Anwar Ridhwan at MPH MidValley. He was supposed to do a "bicara karya" on his book of collected short stories "Dunia adalah sebuah Apartmen-1973".
To prepare for this talks, I made sure I finished reading this book but unfortunately, on the actual day, the MPH staff told me it was cancelled suddenly by the writer. I felt sorry for SN Dato's Anwar Ridhwan for the peevishness he set upon other people by this cancellation.
Anyway, that did not affect our day. We went to Shah Alam with sdr I and wife. He treat us to some nice meal like sop utara and brought us to see the neigbourhood and ending the day at a small aquarium.

Thank you so much to Pn R amin and son z plus daughter f for sharing your home with me. Also, Mr I and wife Ummi for taking the time to show me around Shah Alam.

*************

Wednesday, January 20, 2010

Doraemon singing girl-Migumi

This girl is Migumi!

Last weekend, I attended a workshop organised by Jica and MyJica. The end of the second day, when everybody was about to leave, I suggested a Jica representative who has been with us during the whole workshop session to sing a song.
Mr. Nagomo agreed and he came out with Doraemon theme song. We sang together. The song was easy to follow and singing this song together made us go our way with happy feelings.
That was not the end of the story, though.
So, I came back to Pasir Ris and search for the song in YouTube and look what I found.
I found Megumi(though I don't know her personally). She is beyond adorable, and if you don't agree with me, I don't know what could be more adorable than this girl.

Look at her beautiful mouth trying to pronounce the word correctly. Enjoy!

******************

konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo

minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na

(hai! takekoputaa!)

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

shukudai touban shiken ni otsukai
anna koto konna koto taihen dakedo

minna minna minna
tasukete kureru
benrina dougu de tasukete kureru
omocha no heitai da

(sore! tototsugeki!)

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

anna toko ii na
iketara ii na
kono kuni ano shima takusan aru kedo

minna minna minna
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru
sekai ryokou ni ikitai na
(ufufufu... doko demo DOA!)

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

**********

Tuesday, January 19, 2010

MyJica Envisioning 2010


Hujung minggu yang lepas, saya menghadiri satu bengkel yang dianjurkan oleh MyJica.
Kertas kerja yang membentangkan sesi perancangan strategik bengkel ini bertujuan untuk merangka program dan aktiviti yang lebih berdinamik, berdaya maju serta memberi menafaat bukan sahaja kepada ahli-ahli MyJica juga kepada masyarakat Malaysia, masyarakat Jepun dan negara lain amnya.
Keahlian saya sebagai ahli ad-hoc dari Human Resource Development, Overseas Development Assistance (ODA), Japan melayakkan saya memberi sumbungan kepada bengkel ini.

Saya kenal kebanyakan ahli-ahli yang hadir. Ada di antara mereka telah berkursus di Pulau Okinawa anjuran JICA dan ada juga di antara mereka yang saya telah ketemui dalam berbagai aktiviti yang diaturkan oleh MyJica sebelum ini.

Sebelum bengkel bermula, kami bersarapan. Apabila melihat wajah-wajah yang ramai saya kenal makanya kenangan-kenangan silam bersama mereka kembali semula. Ini menjadikan perbincangan kami lebih berimpak dan menghasilkan idea-idea yang berkesan dalam tujuan kami untuk mengukuhkan strategik yang boleh menafaatkan ahli-ahli.

Saya berasa sangat beruntung kerana dapat menyumbang bersama kepada bengkel ini tatkala saya masih di Tanah Melayu sekarang. Entah bilakah saya dapat bengkel bersama lagi!
Selalunya masa saya balik ke Tanah Melayu ini, jarang-jarang bertembung dengan bengkel-bengkel atau mesyuarat seperti ini.

Harapan saya setelah membilas, memerah dan mengeringkan otak, sehingga ada juga ahli yang demam selepas balik ke rumah, agar perbincangan kami mendapat kesan baik dan berhasil untuk matlamat yang disasarkan.

**********

Friday, January 08, 2010

PSSK atas rak

Bersama kita menguatkan usaha pada tahun yang bernombor 2010 ini.

Dari gadis yang pandai menulis (Rebecca Ilham-Facebook): Your book is now available in MPH Midvalley, according to the helpful personnel at MPH Alpha Angle yesterday :)

**********

Sunday, December 20, 2009

Padang Sebang

Ruang Tamu rumah kampungku

Ini rumah ambo usahakan sebelum ambo menjadi isteri orang. Rumah ini ambo buat untuk dihadiahkan kepada arwah emak. Segala alat moden diperlengkapkan di dalamnya seperti air mandi panas, tandas moden, dapur gas, peti ais tapi penghuninya tidak menetap di sini. Rumah ini dijadikan sebagai pension sesekali adik beradik ambo balik bercuti ke kampung.

Lihatlah kedamaian ruang ini
damai sungguh daun nyior yang melambai
damai juga burung kuning yang menghinggap
ke dahan rambutan
namum damai ini tidak kekal
di naluriku ini.

Adakala hujan emas melimpah dari langit
taburan emas itu menghampari rumput
dari pagar ke tapak pintu
namum emas itu bukan
hak milik
walaupun digenggamanku ini.


Kuhanya berlalu sebagai penumpang
Hargaku bukan pada emas di negerimu
bukan juga pada masjid yang bercandelier
biarlah solatku di tanah lapang
nun di pulau sana
kucapai hujan batu buat genggaman hidupku.

***********

Thursday, December 17, 2009

Keluaran PSSK

Hari Pertama PSSK

470 halaman
glosari perkataan Jepun 2 halaman
Senaskah rm19.90

Hari ini pada satu haribulan Muharram tahun hijrah 1431 tercatat keluaran novel PSSK.

Boleh mendapatnya di kedai buku Kinokuniya yang menerima konsainan pertama minggu depan.

Terima kasih kepada semua teman dan kenalan jauh dan dekat yang sudi mendoakan kejayaan dan keluaran novel ini.

Alhamdulillah...

********

Tuesday, December 15, 2009

Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud


Pada 14 Dis. 2009, saya berkunjung ke pejabat Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud di ATMA, UKM. Saya berpeluang mendapat penerangan ringkas tentang buku beliau yang baru sahaja diterbitkan bertajuk 'Knowledge, Language, Thought and The Civilization of Islam' (Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib al-Attas).
Di samping itu beliau banyak membicarakan tentang konsep ilmu dan Islam. Ini termasuk karya-karya beliau yang sudah tersebar ke serata dunia baik dalam Bahasa Inggeris dan juga Rusia, Bosnia, Turki dan juga Parsi. Disentuh juga karya-karya beliau dalam bidang falsafah Islam dan juga puisi-puisi beliau yang berunsur falsafah. Beliau juga tertarik dengan kerja-kerja saya menterjemahkan haiku-haiku Basho ke dalam Bahasa Melayu.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini sila hubungi Prof. Wan Mohd. Nor di ATMA, UKM.

***********

Wednesday, November 25, 2009

Kelahiran Pulut Sakura Serunding Kasih



Hari ini saya keluar rumah sejak tengah hari hingga ke malam, melakukan berbagai tugas peribadi. Sebaik sahaja menghidupkan talian internet, saya menerima berita yang amat memberi kesyukuran bagi diri ini.

Novel Pulut Sakura Serunding Kasih sudah dipromosikan di dalam laman web penerbitnya KarnaDya.

Saya mula menulis manuskrip novel ini sebulan selepas emak meninggal. Waktu emak meninggal, saya baru balik ke Okinawa sesudah dua bulan bersama mak di Singapura. Selanjutnya dalam kesedihan, saya memerap diri di dalam bilik gelap.

"Puan, menulislah. Gunalah pengalaman puan yang luas itu sebagai isi kandungan untuk manuskrip itu. Cubalah menulis prosa. Kalau puan tidak cuba, puan tidak akan tahu!" inilah semangat dan dorongan dari seorang penulis.
Seterusnya penulis ini menjadi penyelia dalam proses melahirkan novel ini.

Sebulan setelah emak meninggal, saya mula menulis agar dapat mendamaikan hati ini semula. Saya curahkan segala perasaan hiba ke dalam tulisan novel ini. Kedukaan ini terbawa-bawa sampai adakalanya, saya menangis bersama watak-watak yang saya garap sehingga saya tidak dapat menyambung penulisan manuskrip buat beberapa hari.

Arwah emak (yang masih hidup di kalbu) "memberi" benih untuk saya mengarang novel ini. Menggarapnya selama sembilan bulan dan seterusnya, penyemakan manuskrip mengambil selama tiga bulan sehingga ia melahirkan bayi sulung ini. Alhamdulillah.

*********************

Monday, November 23, 2009

Glosari Jepun @ PSSK

Ini catatan bersiri untuk mengenalkan pembaca kepada novel Pulut Sakura, Serunding Kasih. Kali ini saya bicarakan tentang glosari Jepun yang tersenarai di dalamnya.

Terdapat lebih kurang 80 ayat-ayat pendek dan istilah atau katanama Jepun yang digunakan dalam dialog dan ucapan watak-watak di dalam novel ini. Setiap istilah, ayat-ayat pendek dan ucapan itu diglosarikan mengikut abjat.

Pertama-tama niat saya menyelitkan istilah-istilah Jepun adalah istimewa untuk pembaca yang berminat dalam bahasa Jepun. Cara penggunaan istilah-istilah dalam senarai glosari boleh dijadikan contoh untuk pembaca memahirkan bahasa Jepun.

Keduanya, jalan cerita PSSK bertempat di Jepun dan Malaysia. Memang saya tidak dapat elakkan situasi yang memerlukan istilah-istilah Jepun dan ucapan-ucapan yang sering digunakan dalam bahasa Jepun.

Adegan yang tercatat di dalam novel ini bukan hanya bertempat di Jepun. Seperti benang sutera (baca: Jepun) ditenun dengan benang emas (baca: Melayu), komposisi novel ini mengabungkan budaya Melayu seperti makanan, kehidupan kampung/bandar dan kekusutan orang-orang muda dalam menyelesaikan masalah seharian di zaman pesat dengan kemodenan ini, digandingkan dengan budaya Jepun seperti yang telah tercatat dalam siri bertajuk Sosio-budaya @ PSSK sebelum ini.

Harapan saya agar pembacaan novel ini dapat memberi ilmu dari segi kehidupan, budaya dan bahasa di antara dua negara, ia itu Jepun dan Malaysia, dapat memberi manfaat kepada pembacanya.

***********

Monday, November 16, 2009

Sosio-budaya Jepun @ PSSK

Kebanyakan orang Melayu yang datang ke Jepun tergolong dari tiga kumpulan. Sebahagian besar di antara pelawat-pelawat itu terdiri dari pelajar-pelajar yang dihantar dari Jabatan Pelajaran atau institusi Pengajian Tinggi atau pun mereka yang dianjurkan oleh syarikat besar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda atau sarjana atau kedoktoran .
Selain daripada kumpulan pelajar ini, ada pelawat yang datang untuk menyempurnakan urus-niaga. Sebahagian kecil daripadanya adalah pelancong yang datang pada musim cuti untuk bersantai-santai buat beberapa hari.

Dalam perhatian saya, mereka yang diberi kesempatan datang tidak begitu "adventurous".
Contohnya dari kumpulan pelajar yang datang, walaupun mereka tinggal bertahun-tahun di Jepun, ada yang balik hanya membawa segulung ijazah.
Bila ditanya pernah minum teh macha? Tidak pernah!
Pernah mandi beramai-ramai di dewan mandi umum? Tidak pernah!
Pernah tinggal di ryokan atau sejenis rumah tumpangan tradisional di Jepun? Tidak pernah!
Pernah masuk panggung kabuki? Tidak pernah!
Pernah makan sayur gobo atau yamaimo atau natto atau mozuku? Tidak pernah!

Pengalaman di rumah mandi umum dan penginapan di ryokan dikatakan mahal atau membuang masa, tidak bermanfaat untuk diketahui dan tidak menambah markah untuk mendapatkan ijazah. Juga makanan-makanan halal yang dipandang ganjil oleh orang Melayu juga tidak berani dicuba. Ini sungguh merugikan.

Inilah budaya Jepun yang tidak dapat dirasai melainkan hanya di negara mereka. Nilai-nilai hidup tradisional mereka banyak terdapat dalam buku-buku tapi tidak akan sama dengan apa yang dialami sendiri.

Jalan cerita novel Pulut Sakura, Serunding Kasih bertemakan sosio-budaya Jepun. Pergaulan bebas anak-anak muda dan kenakalan mereka yang tidak disebut dan menjadi taboo jika diluahkan kepada orang luar/asing menjadi bahan asas pengkisahan buku ini.

Kesan-kesan sosial yang negatif menimpa masyarakat Jepun setelah zaman berzaman mengamalkan nilai-nilai tradisi kekeluargaan. Salah satu gejala kejatuhan sosial di dalam masyarakat Jepun berpunca daripada kebebasan kaum wanita bertugas di luar rumah dan tema ini melatari jalan cerita novel.

********

Tuesday, November 10, 2009

Gunung Fuji @ PSSK

Puncak Gunung Fuji: 3776 meter


Pada Ogos tahun 2007, saya berpeluang mendaki Gunung Fuji bersama sekumpulan pendaki dari Malaysia.

Pengalaman dari awal pendakian sehingga tiba ke puncak gunung itu semuanya saya catatkan ke dalam nota kecil yang tersimpan di dalam saku beg sandang. Saya rakamkan pemandangan pada setiap aras gunung itu. Setiap fauna dan flora yang hidup meliar di pemukaan gunung dicerap ke dalam album memori.

Setiap nafas kelelahan, setiap keluh keletihan, setiap langkah keperitan, setiap jerit kesakitan, saya selitkan ke dalam lapisan kenangan.

Hampir ke puncak gunung


Tapi bukan itu sahaja.

Ada di antara pengalaman itu telah saya jadikan jalan cerita dalam novel Pulut Sakura, Serunding Kasih.

**************

Saturday, October 31, 2009

Bio-ethanol @ PSSK



Ethanol sebagai bahan bakar altenatif mengganti gas. Japun sudah berjaya menghasilkan bahan ini untuk penggunaan domestik. Sumber-sumber alam untuk mendapatkan ethanol tidak sukar memandangkan Jepun memang negara pertanian dari asal sejarah.
Bahan-bahan yang boleh menghasilkan enthanol termasuk jagung, kentang, rumput, tebu, bunga matahari, keledek, balak, gandum dll.

Kenapa saya mengeluarkan topik ini?

Inilah salah satu persoalan yang dikemukakan dalam novel Pulut sakura, Serunding Kasih.


******************

Thursday, October 29, 2009

Tama watak @ PSSK



Ini kucing baka American short-hair. Jenis kucing ini banyak terdapat di rumah-rumah orang Jepun. Raut wajah jenis kucing ini sebiji anak harimau dan susuk badan besar, tidak kurus.
Jenis kucing ini juga yang menjadi watak utama berlakon di dalam wayang klasik Breakfast at Tiffany's.

Saya pernah memelihara dua ekor jenis ini (pada masa yang berlainan). Seekor berwarna seperti gambar di atas dan seekor lagi berbulu kelabu. Kedua-dua kucing itu sudah mati. Seekornya mati akibat diracun atau termakan racun (mulutnya berbuih pada waktu dijumpai sudah mati di belakang rumah). Seekor lagi dilanggar kereta di jalan depan rumah. Kucing itu sebenarnya tidak menyedari bahaya di jalan raya. Dia tidak berganjak sehingga kereta melanggarnya.

Pengalaman saya dengan kucing-kucing itu memanggil saya untuk mengabadikan mereka di dalam catatan Pulut Sakura, Serunding Kasih.

************