(gambar bunga2 hiasan untuk perayaan Tahun Baharu di Okinawa)
Banyak perkara yang saya tidak terjangka menjadi pengalaman 2015. Alhamdulillah banyak kejadian yang telah berlaku pada 2015 membawa bahagia dan mampu meningkatkan tahap diri ini dalam kehidupan. Hari ini penutup tahun, Ramai orang di pulau ini berpusu-pusu di kedai membeli barang-barang persiapan untuk menyambut tahun baharu esok. Seperti biasa saya ditugaskan menyiapkan satu gubahan bunga untuk hiasan sambutan tahun baharu.
Saya membaca statistik pengunjung yang meng-ases blog ini dan rata-rata jumlah pembaca semakin meningkat. Ada juga saya menerima komen tapi saya biarkan komen-komen itu "unpublished" atas sebab-sebab tertentu. Harap penulis-penulis komen yang saya tidak siarkan janganlah berkecil hati darihal ini. Akhir kata terima kasih kepada pembaca-pembaca yang setia mengikut jalan hidup saya.
Tutup bab 2015.
Sekian.
Congratulations to a bevy of Malay SLP winning and shortlisted authors for their wins in the Anugerah Persuratan 2015! Johar Buang won the Tun Seri Lanang Award, while Hassan Hasaa'ree Ali won the Anugerah Harapan. Anuar Othman, Yazid Hussein, and Peter Augustine Goh also won awards.
Laporan ini saya petik daripada catatan Panel Penilai pada novel Pagi Semerah Daun Momiji.
Kekuatan Novel :
Novel ini mempunyai beberapa kekuatan seperti yang berikut:
a. Naratif atau gaya penceritaan yang menarik, dengan perkembangan plot yang kemas dan lancar serta pembinaan perwatakan yang dalam dan meyakinkan.
b. Bahasa yang baik dan menyelitkan banyak kosa kata yang luas.
c. Unsur seni sastera yang menarik seperti puisi dan lagu diselitkan.
d. Tema perang dapat diungkapkan dengan seimbang dari sudut masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu. Kedua-dua pihak menjadi mangsa politik.
e. Kritikan politik pada ketua tentera Jepun, yang mengarahkan tindakan kejam, dan tidak menyalahkan Maharaja Jepun. Mengkritik pengeboman atom yang terlalu kejam sehingga menyebabkan kematian dan kemusnahan berterusan selepas perang.
f. Sikap saling menghargai budaya satu sama lain – prejudis Masato terhadap orang Melayu berubah setelah mengetahui makna azan, pantun, bahasa, makanan dll. Begitu juga watak Hassan yang bertukar dan menghargai budaya Jepun setelah datang ke negara Jepun.
g. Lukisan keindahan alam dua negara, Jepun dan alam Melayu yang baik.
Kesan Novel :
Novel ini sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan. Ia menekankan nilai kasih sayang keluarga dan membina rasa penghargaan dan hubungan budaya Melayu-Jepun. Kedua-dua pihak dapat saling belajar dan mendapat faedah. Misalnya, Masato memperkenalkan tanaman tembakau yang menguntungkan keluarga Pak Mat Isa dan Hassan belajar berniaga kilang menjahit. Masato pula belajar tentang Islam dan budaya dan sastera Melayu. Selain membina rasa kekeluargaan, peranan agama sebagai mengukuh ukhuwah juga disertakan. Masato diterima mesra oleh masyarakat Melayu setelah beliau memeluk agama Islam. Ini mengikis prasangka dan perasaan marah masyarakat yang begitu kuat. Novel ini juga memberi interpretasi atau perspektif yang segar tentang titik sejarah hitam yang dilalui oleh dua negara yang menjajah dan dijajah. Korban dan mangsa perang sebenar adalah rakyat atau orang kebanyakan. Perang, dendam dan permusuhan mestilah dielakkan. Kita harus membina persefahaman dan penghargaan pada berbezaan budaya dan keharmonian bangsa, agama dan negara. Nilai keharmonian budaya dan merentas agama ini adalah kekuatan novel ini. Ini adalah nilai sejagat yang wajar dialu-alukan. Pada keseluruhannya, panel mendapati bahawa novel ini berjaya membuka dua jendela budaya yang positif. Ini adalah keistimewaan novel, yang telah membawa jendela novel Melayu ke tahap yang lebih luas, terbuka dan seimbang. Sebuah novel merentasi sejarah penting yang melanda dua negara, Jepun dan Malaya., iaitu pendudukan Jepun di Malaya dan ledakan bom atom di Hiroshima. Keduadua peristiwa besar ini menjadi latar belakang yang menaungi dan mewarnai perkembangan plot dan watak dalam novel. Penceritaan agak bersahaja dan lancar. Konflik zahir dan batin berjaya dipaparkan melalui ketegangan antara dendam dengan cinta pada watakwatak utama, yang sebenarnya merupakan penzahiran konflik budaya yang ketara dan kaya dari segi kesan dan perincian. Pagi Semerah Daun Momiji adalah novel serius yang baik dan mantap. Walaupun belum mencapai tahap “cutting-edge” atau bergarda ke hadapan, ia lengkap dan ampuh dari segi menawarkan penceritaan yang lancar dan memikat, estetika yang halus, di samping pemikiran yang luas dan mantap. Maka, novel ini sesuai untuk diberi Anugerah Persuratan.
KESIMPULAN :
Pada keseluruhannya novel-novel yang dihasilkan sepanjang tahun penganugerahan telah memberi tumpuan pada kehidupan masyarakat Melayu Singapura dan Malaya yang menghadapi pelbagai masalah keluarga, sosial dan kepemimpinan. Kebanyakan novel ini memperlihatkan bahawa kesedaran agama dianggap sebagai suatu jalan keluar untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan. Namun begitu, mesej agama dan moral yang ghairah mahu disampaikan ini telah menjejas mutu novel-novel ini kerana tidak dapat disampaikan dengan teknik penulisan naratif yang kreatif dan berkesan. Ini ditambah dengan lemahnya pengolahan plot, perwatakan serta peleraian masalah dan pemikiran yang mendukungnya. Ringkasnya, mengisi titik keseimbangan pada unsur-unsur seni sastera ini masih merupakan suatu cabaran yang perlu ditangani oleh para penulis dalam wacana novel ini.
Komen pengarang novel: Terdapat kesilapan pada nama watak utama dalam laporan buku AP2015 ini. Ralat: Masato. Pembetulan: Masatoshi.
Saya maafkan kekhilafan dalam cetakan ini.
Penulis novel ini bernama Kenta Nishimura. Beliau menerima anugerah Akutagawa pada tahun 2010 dengan novel bertajuk Kueki Resshya (Kereta Api Hina). Novel menceritakan seorang lelaki yang tidak berjaya dalam kehidupannya. Protagonisnya kuat minum dan main perempuan tetapi hidupnya berubah setelah dia mengenali seorang perempuan di sebuah kedai buku.
Persekolahan penulis ini hanya setinggi kelulusan sekolah menengah. Ini novel kedua yang memenangai hadiah berkaliber dalam kesusasteraan Jepun.
Saya ingin sampaikan maksud bahawa penulis tidak perlu berkelulusan ijazah saujana muda atau ijazah kedoktoran untuk menulis dan mencapai kecemerlangan dalam dunia persuratan. Selagi Tuhan memberi ilham menulis, di situlah penulis menanam kepakarannya dan menyuburkan penceritaannya.
Setelah dilancarkan pada 10 Okt. 2013, novel kedua saya Pagi Semerah Daun Momiji menerima Anugerah Persuratan 2015, Singapura dalam kategori Novel.
Anugerah Persuratan 2015
21 November 2015
Hotel Grand Hyatt
Menurut laporan daripada salah seorang penilai Anugerah Persuratan, semenjak 2005 kategori novel tidak mendapat tempat dalam penilaian.
Berikut adalah senarai novel-novel yang dinilai untuk AP2015:-
1] Antara Cinta dan Kekasih oleh Halim bin Hassan.
2] Cahaya Kasih oleh Peter Augustine Goh.
3] Inche'Jamil Menantu Mithali oleh Norisah bte. A. Bakar.
4] Indahnya Hidayah-Mu oleh Hafiza bte Talib.
5] Meniti Impian oleh Halim Hassan.
6] Pagi Semerah Daun Momiji oleh Leyla Shuri.
Saya akhiri dengan sekalung penghargaan untuk Datin Hajijah Jais (editor), Puan Asiah Daud dan semua staf yang terlibat dalam pembikinan novel saya di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apalah buku kalau tiada yang membaca. Saya menebarkan sayap terima kasih kepada para pembaca jauh dan dekat yang sudi mendapatkan buku ini dan yang pentingnya yang telah membaca novel ini.
Ilham, kejayaan dan rezeki itu datang dari Ilahi yang Maha Pemberi dengan kekuatan usaha dan doa kepada-Nya.
Alhamdulillah.
Kerja-kerja membina novel ini pada pertengahan tahun 2009 hingga keseluruhannya ditutup pada akhir tahun 2010. Daripada reka-bentuk jalan cerita hingga ke pertukangan satu ayat demi satu ayat ke dalam halamannya seperti memasang setiap batu bata untuk mendirikan tembok rumah, terus saya mewarnai dengan hiasan cat untuk mencantikkannya.
Pada 12 Jan. 2011, saya menghantarkan menuskripnya kepada sebuah syarikat yang terkenal dengan buku popular dan novel remaja. Manuskrip ditolak oleh syarikat ini pada 31 March 2011 dengan alasan ia tidak menepati ciri-ciri novel popular dan remaja.
Kemudian pada 5 Mei 2011, skrip ini jatuh ke tangan ketua editor Dewan Bahasa dan Pustaka.
8 Julai 2011, Jabatan Perolehan membawa skrip ke meja penilaian.
Novel ini mendapat kelulusan Jabatan Editorial pada 11 Ogos dan diserahkan ke Jabatan Penerbitan pada 22 Ogos 2011.
Pilihan kaver buku jatuh pada hari lahir saya tarikh 14 Jun. 2013.
Akhirnya saya ke DBP untuk melancarkan buku ini bersama staf editorial pada 10 Okt. 2013.
Proses penyerahan menuskrip hingga ke pelancaran novel ini makan selama 2 tahun 5 bulan. Ini tidak termasuk waktu saya berjaga siang dan malam untuk menukang setiap halamannya yang mengambil setahun 6 bulan.
Setelah 10 Okt 2013... (sila lihat status seterusnya).
Pelajar-pelajar jurusan sastera di UKM bersama Cikgu Abdullah Cheh menjadualkan acara Diskusi Novel pada 19 Nov. 2015 jam 10-12 tengah hari. Terlanjur saya berada di Singapura, insya-Allah, saya juga hadir memeriahkan acara ini. Pada sesiapa yang ingin dapatkan novel ini, silalah datang sebab wakil dari penerbitnya, ITBM akan membawa stok novel ini untuk dijual. Sekian.
Pada 3 Nov. 2015, saya menghadiri majlis penyampaian hadiah bagi Anugerah Pena Emas 2015.
Cerpen saya bertajuk "Kosong Di Atas Garis" mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini.
Deretan panel penilai untuk bahagian cerpen ialah SN Anwar Ridhwan, En. Raman Daud dan Dr. Sa'edah Buang.
Ini buat julung-julung kalinya saya menerima anugerah sastera. Tempat majlis ini diadakan sangat bersejarah dalam pembangunan Singapura iaitu di rumah parlimen pertama di Singapura. Rumah ini sudah dijadikan pusat seni yang mengguna nama The Arts House. Rumah ini tempat Sir David Marshall, Lee Kwan Yew dan lain-lain para politik menandatangani surat-surat era pra dan pos Merdeka di Singapore.
Dan rumah ini juga menjadi sejarah bagi saya. Berdebar-debar jantung saya dalam waktu majlis sedang berlangsung.
Saya tanya Cik Puan Siti Aisyah yang mendapat tempat ke-tiga dalam bahagian cerpen juga, "Tak nervous kah, Siti?"
Dia balas, "Dua tahun lepas saya telah hadir majlis ini juga. Masa itu saya mendapat saguhati dalam bahagian cerpen. Tak nervous lagi."
Masa makan, kami beramah tamah dengan tetamu kehormat Setiausaha Parliament dalam Kementerian Budaya, Masyarakat dan Belia, En. Baey Yam Keng (dalam gambar).
Saya tidak kenal orangnya dan tidak sempat membaca profil beliau.
Saya fikir dia salah seorang sasterawan tempatan.
Saya berbasa-basi, "So, how many novels have you published?"
Saya perhatikan beliau terkejut sejenak, lalu beliau membalas, "I've written a few articles for my school before but I'm a member of the Parliament now and going into my third term."
Ara maaa...saya minta maaf berkali-kali dan nyatakan bahawa saya tidak tinggal di Singapura (tapi profil dia ada tertulis di kad program, alasan tak munasabah!)
Aduhai!!!
Buku-buku ini saya beli dengan harga $1/naskah untuk buku Melayu dan $2/naskah untuk buku Inggeris dan kanak-kanak.
Perpustakaan Awam Singapura melelongkan buku-buku ini setahun sekali. Saya bernasib baik kali ini saya sendiri berada di Singapura apabila penjualan ini berlangsung. Masa pembukaan jam 9 pagi tapi tamaknya saya, jam 9.15 pagi saya sudah berada di pintu tempat penjualan di Expo Hall. Tapi agak terkejut apabila melihat sudah ramai yang sibuk memilih-memilih buku.
Saya buat senarai keutamaan. Pertama dalam senarai ialah buku sasterawan negara atau penulis yang telah menerima anugerah persuratan. Banyak juga saya dapat tangkap buku-buku yang dalam senarai keutamaan.
Jam 12 tengah hari, saya terasa letih dan lapar. Keadaan ini memaksa saya berhenti dan saya mengheret balik beg roda yang sudah saya sediakan.
Memandangkan had berat hanya 23 kilo, saya terpaksa tinggalkan banyak buku-buku ini di rumah anak saya untuk dibawa balik pada lain masa.
Saya rasa sangat kaya diberi rezeki begini. Kekayaan bukan sahaja dalam bentuk wang. Kekayaan pada saya ialah apabila memetik lada-lada merah dari pohonnya di rumah saya, apabila disambut oleh kawan yang ikhlas dalam perjalanan yang saya tidak pernah lakukan, apabila dapat memeluk cucu-cucu saya. Itu kekayaan bagi saya.
Pada 19 September 2015 telah berlangsung majlis peluncuran novel TERBELAH BINTANG SUBARU di Perpustakaan Awam Daerah Timur Jurong. Dua orang penulis wanita Singapura, Anie Din dan Kamariah Buang juga bergabung dalam pelancaran ini dengan buku mereka.
Tetamu kehormat ialah Ahli Parliamen yang paling muda dan cun sangat, Cik Puan Rahayu Mahzan. Beliau baru berumur 35 tahun.
Disebabkan jadual beliau sangat sibuk, selepas mendapat buku-buku kami sebagai hadiah ikhlas, beliau tinggalkan majlis. Tidak lama kemudian, ibu beliau datang dan mohon saya turunkan tanda tangan pada novel yang diberikan kepada beliau.
Tak sangka juga ramai teman-teman penulis dan pembaca datang menghadiri majlis ini. Saya rasa ini disebabkan penarik kuat daripada penulis Puan Anie dan dan Puan Kamaria Buang.
En. Herman Rothman selaku pengurus majlis amat ringkas dalam mengatur acara ini dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada pelaksanaan beliau yang begitu cekap.
Seorang penulis veteran Singapore, Anuar Othman, membuat reviu novel Terbelah Bintang Subang yang telah tersiar di Berita Harian, Singapura pada 3 Ogos 2015.
Penghargaan saya kepada En. Anuar Othman ke atas catatan reviu ini dan terima kasih kepada Berita Harian, Singapura.
Macam gah saja tajuk di atas. Sememangnya novel ini akan diulang-cetak sebab ia baru terbit setahun lalu tetapi keadaan novel ini yang harus diulang-cetak ialah sebab novel ini sudah "hilang" stok.
Mungkin pembaca blog ini rasa penulis gembira dengan keadaan ini tapi biar saya jelaskan. Oh!
Novel ini diulang-cetak BUKAN kerana kehabisan jualan. Sebanyak 3000 naskhah dicetak untuk terbitan pertama. Apabila pembekal DBP (masa itu Da-wa-ma) tutup kedai, baki-baki novel ini yang tersimpan dalam stor Da-wa-ma tidak dikembalikan kepada DBP.
Setakat ini penulis hanya dibayar royalti untuk 1500 naskhah (separuh jumlah cetakan pertama) yang selebihnya "hilang".
Apa-apa pun ini kulit baharu novel PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI yang akan masuk pasaran semula pada September 2015 nanti.
Cerpen saya yang berjudul "Marilah Beraya Ayah" telah tersiar di Berita Harian, Singapura pada hari Isnin 27 Julai 2015.
Sampul yang memaparkan ilustrasi komik "Snoopy" ini jadi bahan utama dalam cerpen ini. Ada beberapa perkara yang saya ingin lapiskan dalam cerpen ini. 1] Dalam urusan kita dengan warga tua (tak kira ibu-bapa sendiri/mentua dll), kita perlu terangkan niat dan kelakuan kita sebelum membuat sesuatu tugas yang melibatkan warga tua. Elak membuat sesuatu yang melibatkan warga tua tanpa pengetahuan mereka.
2] Perhubungan dengan warga tua perlu telus dan jelas.
3] Menghormati keputusan warga tua dan juga menjaga tatatertib dalam perhubungan dengan mereka.
Apa-apa pun kita juga akan menjadi warga tua kelak.
Dalam projek yang saya kendalikan sekarang, saya perlu menambah beberapa lagi buku rujukan. Saya ke perpustakaan untuk melihat buku-buku rujukan itu. Keluar dari ruang perpustakaan, saya masuk ke bilik haiku dan berjumpa Machiko-sensei.
Saya datang untuk memberitahu beliau yang saya akan bercuti dan tidak akan hadir perkumpulan haiku buat waktu yang panjang. Sensei menghadiahkan saya sebuah buku haiku terbitan berkala dan menggalakkan saya menyumbang beberapa karya haiku selepas kembali daripada cuti nanti.
Karya-karya haiku yang dimuatkan dalam WA dikumpulkan daripada para penulis haiku seluruh Jepun. Karya-karya itu disemak oleh guru-guru haiku yang sudah berpengalaman berpuluh-puluh tahun.
Haiku-haiku saya sudah diterbitkan dalam dua buah terbitan WA pada tahun 2007 dan 2008. Saya terdesak untuk menghabiskan projek-projek yang sedang saya lakukan sekarang tapi perkara ini tidak saya ceritakan kepada Machiko-sensei.
Saya sangat-sangat terasa waktu sungguh singkat sekarang. Insya-Allah, saya akan sambung projek dengan Machiko-sensei.
“Taqobbal Allahu minna wa minkum " ( Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian )
Sempena ambang Syawal 1436 esok (17 July 2015), saya dan keluarga saya mengambil kesempatan ini, khasnya kepada pembaca blog saya dan juga kepada pembaca buku-buku saya serta sahabat taulan dan saudara-mara yang jauh, mengucapkan bergembiralah menyambut hari bahagia ini. Hari yang disunatkan untuk kita bergembira meraikannya.
Kepada pembaca tegar blog ini, setinggi-tinggi penghargaan saya dan jika ada komen yang terbubar atau tidak saya siarkan, harap dimaafkan.
Semalam (13 Julai 2015) saya menerima kiriman naskah ikhlas daripada Tokyo Univ. of Foreign Studies buku komik Lat, Town Boy (ITBM) dalam versi Jepun.
Ini buku ke-dua dalam siri buku Lat yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.
Saya harap komik Lat yang lain juga dapat diterjemahkan sebab pembaca Jepun berminat sesuatu yang bersiri.
Dalam minggu ini saya sudah selesaikan tempahan tiket untuk penerbangan ke Malaysia dan Singapore. Beberapa perkara pertama kali akan saya alami dalam perjalanan kali ini.
Biasanya saya menggunakan China Airlines dari bandar Naha dan bertukar di Taiwan untuk menaiki China Airlines juga ke sana. Perjalanan kembali juga dengan pesawat yang sama.
Walau bagaimanapun buat pertama kali saya akan terus ke KL dari Naha dan menggunakan MAS. Tak pernah saya guna MAS. Untuk pertukaran penerbangan saya ke bandara Kansai dan ini pertama kali saya singgah bandara Kansai.
Saya akan menghadiri persidangan PPA15 buat 3 hari dan belum lagi fikirkan hotel buat penginapan waktu itu.
Kali ini banyak jadual yang berkaitan sastera dan buku. Usai PPA15, saya ke Singapore untuk SAKAT dan selepasnya MASTERA.
Jadual ini berturut-turut hari.
Sebaik sahaja acara-acara ini selesai, Singapura akan meraikan pembukaan Bulan Bahasa Singapura 2015 pula. Saya dimaklumkan aktiviti Bulan Bahasa tahun ini penuh dan meriah.
Salah satu acara untuk Bulan Bahasa 2015 ialah pelancaran novel saya yang terbaharu TERBELAH BINTANG SUBARU, ITBM (sila lihat skrin kanan). Pelancaran akan dianjurkan oleh Perpustakaan Kebangsaan Singapura bertempat di Perpustakaan Besar di Singapore.
Tempahan tiket saya hanya untuk 2 bulan tapi saya pendekkan lagi. Bermakna saya di sana untuk 6 minggu sahaja.
Saya tidak sempat menyambut pembukaan Singapore Writer's Festival 2015 dan majlis Anugerah Persuratan 2015. Walau bagaimanapun, dengan izin Allah, saya harap dapat hadir untuk majlis gemilang ini.
Untuk pembaca blog saya, dengan hormatnya saya ucapkan Selamat meneruskan ibadah puasa. Semoga segala amalan kita akan mendapat ganjaran yang melimpah dari Illahi. Amin.
Sekian.
Sempena Ramadan yang akan menjelang dalam 2 hari lagi, saya mengambil kesempatan ini (masa cucu-cucu keluar dan sempat mengetuk papan kekunci ini) untuk mengucapakan selamat berpuasa kepada pembaca blog ini dan peminat novel-novel saya. Semoga ibadah kita diterima Allah dan semoga kita kuat mengekalkan tenaga sepanjang bulan mulia ini.
Nobuhito berkalih ke sudut takonoma, ruang sempit empat segi berukuran satu meter dan panjangnya dua meter. Pada tembok takonoma itu, tergantung skrol kakejiku yang bertulis dalam kaligrafi kanji. Skrol ini bukan yang asli. Setelah Shogun pertama, Tokugawa Ieyasu mangkat, Tosho-gu di kawasan Nikko, Tochigi menjadi tempat persemadian terakhir. Di situ skrol asal dipamerkan bersama yang lain kepunyaan peribadi raja itu.
Tokugawa Nobuhito merenung skrol kaligrafi yang menggunakan teknik pencetakan blok kayu bertulis dengan dakwat sumizuri-e hitam. Skrol itu ditulis pada tahun 1604 oleh moyang yang pertama memerintah takhta Tokugawa yang bergelar Tokugawa Ieyasu. Dalam skrol itu tercatat prinsip untuk menjayakan kehidupan.
“Hidup ini bagai berjalan jauh, sepanjang perjalanan itu memikul beban yang berat, tidak perlu tergesa-gesa. Orang yang menganggap masalah dalam kehidupan seperti perkara biasa akan senantiasa merasa kepuasan dalam kehidupan. Kesabaran ialah sumber ketenteraman abadi; anggaplah kemarahan sebagai musuh. Bahaya akan menimpa seseorang yang hanya mengetahui kejayaan tanpa pernah mengalami kegagalan. Baik menyalahkan diri sendiri daripada menyalahkan orang lain. Lebih baik tidak sampai daripada pergi terlalu jauh.”
Skrol yang ditulis pada tahun 1604 masih disimpan di muzium Nikko, Tochigi sekarang.
Raja-raja yang bertahta di Jepun dan ahli keluarga di-Raja sejak awal zaman lagi perlu mempelajari sastera dan persuratan sebagai salah satu yang wajib.
Mereka amat faham akan kepentingan dokumentasi. Ilmu dokumentasi ini diperolehi dari China. Tamadun China telah mendokumenkan sejarah negara mereka sejak abad 11'an.
Mungkin inilah punca pepatah Melayu yang berbunyi: Carilah ilmu sampai ke negeri China.
Alangkah bagusnya jika ada ilmu persuratan dan dokumentasi dalam sejarah Melayu. Jika ada, tentulah hari ini, kita tidak berbalah adakah Hang Tuah itu wujud betul-betul dalam sejarah atau hanya omong-omongan atau cerita rakyat untuk kanak-kanak sahaja.
Semalam cucu kembar saya menyambut ulang tahun hari lahir yang ke-3. Mereka meraikan hari ini dengan kawan-kawan dalam kelas asuhan. Semoga cucu-cucu saya menjadi pewaris Islam yang diberi taufik dan hidayah dalam keluarga kami. Amin.
*****
Saya dilantik sebagai staf penyunting untuk majalah ini. Majalah "Muslim Friendly Okinawa" adalah majalah yang memberi maklumat dan butir-butir untuk pelancong Islam seperti hotel yang membekalkan makanan halal, pasaraya yang menyediakan tempat solat dan kedai-kedai yang menjual barangan halal di Okinawa.
Buat masa ini, kami sedang menyiapkan lay-out untuk isu kedua.
*****
Ini deretan cuit umum untuk 2015 yang dinamakan Golden Week di Jepun. Jajaran cuti umum ini bermula daripada 29 April hingga hari ini 6 Mei. Ramai rakyat Jepun mengambil peluang deretan hari cuti ini melancong ke luar negara.
Ini jiran saya. Kebunnya banyak sayur dan bukan dijual. Dia tanam untuk suka-suka. Dia makan apa yang ditanamnya. Dia tidak perlu mendapatkan sayur lain. Kami sering bertukar-tukar hasil tanaman sendiri.
Latar di belakang itu ialah rumah pekebun ini. Rumah dua aras. Dia tidak punya kereta. Dia gunakan basikal atau berjalan sahaja setiap hari.
Pekebun itu bukan orang miskin. Ini bangunan kepunyaannya, terletak di hadapan rumahnya. Bangunan ini disewakan sebagai kedai dan pejabat.
Ini hasil pertukaran hari ini.
Mungkin pembaca di Malaysia akan berkata, "alahai, berapa sen saja sayur-sayur itu!"
Pada saya bukan nilainya yang penting, kehidupan mudah begini yang saya pandang tinggi. Makan hasil tanaman sendiri, bertukar-tukar hasil kebun untuk menjalin siratulrahmi, tidak menunjuk-nunjukkan kekayaan wang ringgit dan berjimat dalam segala perkara.
27 April 2015 catatan saya berjudul OKINAWA KE ARAH 'MESRA MUSLIM' disiarkan dalam tajuk utama KEMBARA di akbar Berita Harian, Singapura.
Beberapa minggu lepas (skrol di bawah), sekumpulan wanita Melayu dari Singapura membuat kembara santai (tanpa bantuan syarikat pelancongan) ke pulau ini. Setelah sesi autograf novel-novel saya yang mereka bawa bersama, saya mengikuti kumpulan ini buat beberapa hari. Sebenarnya saya ingin mengukur taraf pulau ini dalam perkhidmatan mesra muslim yang diberikan kepada mereka. Kesimpulan dan keseluruhan pendapat mereka telah saya catat dalam perenggan di akhir-akhir artikel ini. Selepas ini, saya mendoa semoga ramai lagi pembaca novel saya dapat mengunjungi pulau ini, amin.
*****
Setiap pagi seusai kerja-kerja wajib dan membuat nasi dan lauk untuk bekal orang bekerja, saya duduk waktu jam tepat 6.55 untuk menonton ini.
Seperti bahasa Melayu juga pengakuaan "saya" ada berbagai kosa kata contoh aku, den, beta, patik, hamba, orang, awak dll (setakat yang saya tahu).
Orang Jepun yang amat mementingkan taraf kedudukan diri dalam masyarakat, pengakuan "aku" mencatatkan kosa kata yang lebih banyak.
Lazimnya untuk setiap orang "watashi" itu kerap digunakan tapi selainnya ialah "watakushi, washi, boku, ore, oira, jibun" dll (setakat yang saya tahu).
Ini lagu kucing yang saya tunggu setiap pagi.
Ore neko (x2)
Koko ore no uchi (x2)
Kore itsumono gohan
Kore su-pe-shi-ya-ru (special) gohan
sore daisuki omocha
sore ochitsukune toko
ore neko
kore uchi no yatsu
koitsu gohan kureru
koitsu asonde koreru
ore neko dakara koitsu no kotoba wakaranai
ore neko dakedo, koitsu no kimochi naze ka yoku wakaruuuuuu...
ore neko (x4)
Terjemahan @Leyla.Shuri.
aku kuching (x2)
ini rumah aku (x2)
ini makanan biasa
ini makanan istimewa
itu mainan paling suka
itu tempat rehat paling suka
ini tuan aku
tuan ini beri makan
tuan ini bermain-main
akur tidak faham kata-kata tuan ini sebab aku kucing
tapi walaupun aku kucing, aku faham perasaan tuan aku
aku kucing (x4)
(Lebih banyak lagi perkataan Jepun yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dalam novel-novel saya-lihat novel saya di sebelah kanan skrin).
Pada awal April 2015, buat julung-julung kalinya segerombolan pelancong daripada Singapura datang ke Okinawa. Mereka menghubungi saya menyatakan ingin berjumpa untuk sesi autograf. Dengan sangat berbesar hati, saya menemui dan dalam selit-selit ruang masa, saya bawa mereka ke tempat-tempat yang saya suka (bukan arahan mereka). Tempat yang saya suka ialah kedai makan yang saya kerap kunjungi, kedai pakaian yang saya rasa amat berbaloi harganya.
Kali ini kumpulan yang datang bukan pelajar atau orang-orang muda. Dengan tidak banyak perbezaan umur, saya rasa cepat mesra dan tidak perlu mengubah tata percakapan untuk menyesuaikan diri kepada mereka.
Saya harap lebih ramai pembaca (perempuan) karya-karya saya akan diberi rezeki melawat pulau ini. Saya lebih mesra dalam pergaulan jika sudah kenal di alam nyata. Terima kasih Kumpulan Cik Siti.
Drama pagi NHK ini tamat pada 28 Mac. 2015. Saya mengikuti drama ini dari awal hingga ke akhirnya (sekali pun tidak tertinggal) setiap hari selama 6 bulan ia ditayangkan.
Ini salah satu drama motivasi yang sama temanya dengan O-shin. Ada sedikit kelainan drama ini dengan yang lain sebelum ini. Kelainannya ialah drama ini buat julung-julung kali mengambil seorang asing (daripada USA) sebagai watak utama.
Drama ini darihal seorang pemuda, Massan, daripada keluarga yang membuat sake (minuman). Dia ke Scotland untuk mendalami ilmu pembuatan wiski. Dalam pada itu dia jatuh cinta pada Ellie dan akhirnya kahwin lari disebabkan bantahan daripada ibu Ellie.
Mereka sampai ke rumah Massan di Hiroshima. Ibu Massan tidak setuju dia membawa pulang menantu asing, seboleh-boleh mahu Massan ceraikan Ellie.
Di syarikatnya pula, Massan dimarahi ketua syarikat sebab mereka menganggapi apabila Massan pulang selepas tamat kursus di Scotland, Massan akan mengahwini anak perempuannya. Anak perempuan yang dijanjikan kahwin dengan Massan pula memendam perasaan dendam terhadap Ellie yang dituduh mencuri kekasihnya.
Setiap hari Ellie dibuli. Adegan perang Pasifik yang meletus di Jepun, Ellie dituduh sebagai pengitip musuh, Ellie keguguran kandungan disebabkan kemalangan dan selepas ini tidak mampu melahirkan lagi dan kegagalan yang berulang untuk mendapatkan cita-rasa wiski untuk orang Jepun, semua episod ini sangat memberi kesan apabila ia dihadapi dengan kegigihan dan semangat kental kedua-dua watak ini untuk terus mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup mereka.
Apa-apa pun disebab tiada ruang waktu untuk saya meneruskan tulisan ini, drama ini berakhir dengan kejayaaan Massan mengeluarkan wiski pertama buat Jepun-atau Nippon Ichi wiski di Hokkaido.
Ini cerita sejarah dan motivasi. Sekarang wishi Nikka memang terkenal di Jepun.
Saya terjemahkan lagu ini ke dalam b. Inggeris, jika mengambil terjemahan ini, sila lekatkan nama @leyla shuri.
Facebook mengingatkan saya bahawa setahun lepas pada hari yang sama (hari ini), gambar pohon sakura inilah yang saya paparkan.
Saya tenung gambar ini dan bandingkan dengan pohonnya yang sedang berbuah sekarang. Memang sah tidak ada kelainan. Setiap tahun daunnya gugur pada musim sejuk, ia berbunga dan ia berbuah tapi tidak banyak kelainan dalam kehidupan pohon ini.
Saya garapkan satu haiku mendedikasikan pohon sakura ini.
My sakura tree Your trunk stands bend on my porch On spring-changing sky Naked from the bleak winter Bloom and fruit you shall for me.
Cucu saya yang ke-4 menyambut hari kelahirannya yang pertama (1 tahun) pada 16 Mac. 2015.
Mantan Menteri Perdana (saya rasa seharusnya Menteri Perdana bukan Perdana Menteri), LKY tamat hayatnya pada pagi 23 Mar.2015.
Seperti daun sakura itu, ia gugur dan diganti baharu setiap tahun. Dahannya masih kuat, tegak bertahan segala musim.
Begitulah kita. Kita berganti, dan dialih oleh waris-waris. Kehidupan tetap berlanjutan.
Bloom and fruit you shall for me...untuk darah-darah yang mengalir dalam keluarga kami.
This
is the Suicie Cliff. That's the Emperor and Empress bowing to respect
thousands of Okinawa people who died jumping off this cliff. If you
visit this island, you still can go to the edge of this cliff in Itoman
Memorial Park. I mentioned this cliff in my novel PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI, on page 541. (sorry, only in Malay language, but working on the English translation now).
" As
later happened in Okinawa, Imperial troops encouraged and instigated
group suicides, warning of the horrible fate that awaited anyone
captured by the invaders." Suicide Cliff http://www.japantimes.co.jp/news/2014/07/05/national/history/battle-saipan-brutal-invasion-claimed-55000-lives/#.VPkBaS6cEoF
Puan Zalila Isa (Peyunting ITBM): "Naskhah yang banyak mengajar saya perkataan-perkataan baharu. Naskhah yang mendebarkan dalam setiap plot. Penuh dengan rasa melalui gaya bahasa yang mudah dihadam. Tebalnya hampir 600 muka surat. Tapi percayalah, pembaca tidak akan terasa ketebalannya kerana setiap helaian muka surat membawa pembaca melalui satu pengalaman yang baharu. Tahniah Puan Leyla Shuri yang budiman. Terima kasih menyajikan kisah yang penuh warna dan rasa." (klik imej ini untuk dapatkan novel ini).
PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI
Novel ini mengisahkan pergolakan kehidupan di Jepun yang mengalami letupan bom atom di Hiroshima. Datin Hajijah Jais (Editor dan Penyunting Novel-DBP): "Saya lebih suka melihatnya dari segi dua latar tempat yang berbeza, dua latar suasana yang juga berbeza dalam satu latar masa yang sama. Suka juga melihat fitrah kehidupan manusia: mengapa manusia jadi jahat? Dalam jahat masih ada manusia yang baik dan berhati mulia. Teruskan menulis tentang cinta dua negara ini, Puan Leyla. Ia bukan cinta murahan tetapi lebih kepada pertembungan dua budaya yang berbeza...juga pengisian ruang kasih sayang selepas perkahwinan. Pengalaman peribadi puan amat berguna dan mampu menjadikan garapan cerita lebih berkesan. Ikhlas." Bagaimanakah akhirnya kehidupan seorang askar Jepun, Masatoshi yang ditinggalkan di Kelantan setelah tentera Jepun berundur. Maklm-balas para pembaca, klik dalam gambar [Untuk mendapatkan novel ini online www.dawama.com/store/, www.ujanailmu.com.my atau kedai online ini www.marymartin.com/web/home
PULUT SAKURA SERUNDING KASIH
Komen dari pembaca
SUKMA BASHO DALAM HAIKU
400 haiku dari Basho dalam bahasa Melayu.
PERCIKAN PELANGI
HIMPUNAN HAIKU DAN TANKA
BUKU-BUKU HAIKU
Dapatkan kedua-dua buku ini (Percikan Pelangi + Antologi Haiku 2006), kami hantar melalui Pos ekpres (harga pos percuma) dengan harga RM30.
KarnaDya Online Bookshop
Get my novel Pulut Sakura Serunding Kasih and other novels/books here
Writer's location is in Shuri, Okinawa, Japan. Due to time demand, writer takes longer to reply comment but all comments will not be ignored. Be nice in comment. Rude comment will be ReRoute to a secret dark place. Writer's interest in healthy living, healthy food and incalcate daily physical work-out dominate writings in blog. Feel free to voice your opinion here.