Friday, April 09, 2004

Makanan Jepun.

Orang Jepun amat pentingkan kesihatan. Adakah kerana nak rasa duit pencen semua jaga kesihatan. Kak Lela..tolong komen sikit!!!! Kawan blogger, Inai, yang tinggal di Niigata hampir 3 tahun, minta penjelasan.

Wujudnya sistem pencen ini baru saja dalam era perindustrian Jepun. Baru tertakluk dalam undang-undang kementerian. Ugama orang Jepun asalnya dari negara Cina, Buddist. Ugama ini tidak makan segala macam daging. Lembu asalnya diimpot dalam tahun 1800 dan daging lembu bukan makanan asli orang Jepun.

Sumber pertama makanan asli orang Jepun ialah dari laut. Ikan, kerang, ketam dan sayuran laut.
Konbu, seaweed, nori, hijiki dan wakame, semua ini sayur-sayur dari laut.
wakame
Khasiat sayur laut menambah mineral badan, melawan kanser, membuang tosik badan.

"Research shows that algin in these underwater treasures have anticancer properties and remove radioactive substances and heavy metals from the body. If you live or work in a polluted environment, eating sea vegetables daily is common sense prevention. It normalises the level of cholesterol, prevents high blood pressure and normalises the level of sugar in the blood."

Orang Jepun mempraktikan memakan secara "Eating with the Seasons".
"Wherever you live in the world, the influences of your climate, daily cycles of lightness and darkness, and what fresh foods you eat affect your body's natural rhythms; and these rhythms are influenced by the change of seasons."

Sayuran yang mengikut musim lobak putih (daikon), lobak merah (ninjin), akar teratai (renkon)=Lotus root, ubi udo, ubi kledek, ubi keladi, ubi kentang, akar gobo, ubi konnyaku dan rebong.

Orang Okinawa terkenal dengan panjang umur mereka berbanding dari lain-lain daerah di Jepun. Salah satu sayur yang ditanam di merata sini ialah goya=peria pahit..
Bila musim panas, nak katakan hari-hari makan goya...tak jelak-jelak!
Tauhu, natto, air kacang soya, miso (sejenis taucu buat sop) dan segala yang diperoleh dari kacang soya.

Bermula musim panas banyak orang Jepun menanam sayur-sayur walaupun mereka tidak ada tanah. Dalam pasu, pagar-pagar, di veranda, depan rumah, celah dapur...terung, tomato, piman (green peppers). Yang ada tanah pula akan menanam lebeh dari itu timun, jagung, kacang boncis, bende, peria, petula, lada merah, sayur sawi, bayam, kledek, kentang, lobak putih dan merah.

Kalau cendawan atau mushroom pula ada 14 macam jenis. Musim cendawan dan musim anak rebung, orang Jepun pergi ke bukit untuk mencari cendawan dan rebung.

Minuman tradisenal mereka ialah teh hijau.
Khasiat teh hijau jauh lebeh tinggi dari kopi.

"Green tea is especially helpful in reducing cancer risks. It contains powerful antioxidants which counteract the free radicals that are believed to cause cancer. Many other tea varieties can prevent or treat the following:

high cholesterol and heart attack
rheumatoid arthritis
cardiovascular disease
impaired immune system functioning
infections."

Bukan nak kata makanan orang Melayu tidak ada khasiatnya, bukankah tiap-tiap rezeki yang halal ada nikmatnya diberi Allah?
Tapi bandingkanlah "main dish" orang Jepun ialah sayur. Daging hanya membuat tumis atau perasa saja.
Contoh makanan tengahari...sop wakame dengan tauhu berkicap, peria goreng dengan tauhu, lobak merah goreng dengan telur atau natto (kacang soya) dengan hijiki (sayur laut).

Kebetulan umur mereka panjang sebab cara pemakanan mereka baik.

Sunday, April 04, 2004

4-4-04

"To-day is a special day in the year of 2004. It is the 4th day of the 4th month and the fourth year of 2000!"
Pak Adip tulis dalam blognya.

Selalunya kalau ada nombor haribulan yang begini, orang Jepun heboh-hebohkan!
Tapi yang ini tak ada apa2 komen dalam akbar atau kat TV talk-show atau radio!

Macam May 5 (5-5), sebelum ini hari kanak2 lelaki (cuti am), sekarang sudah ditukarkan menjadi Hari Kanak-Kanak. Sesudah banyak orang komplen pekara ini seksis! (anita pun membakar-bakar marah!)

Hari March 3 (3-3), jadi Hari anak2 perempuan tapi tak ada cuti am!

Hari Jan. 5 (1-5), Hari Strawberry...ichigo=strawberry.

Hari May 8 (5-8), Hari Peria...goya=5/8.

Hari 29 (2-9), Hari Daging...ni ku=2/9, semua daging kat kedai dijual dengan diskaun 20%!

Bukan pun ada makna pada saya nombor-nombor ini tapi kenapa tak heboh bila datang pada 4-4-04?
Hah, baru saya teringat!

Sebab shi-shi-zelo-shi (mati, mati, kosong-mati!!!)

Wednesday, March 31, 2004

Tindak-balas.

Petikan dari BH.

Sementara itu, bapanya, Ibrahim Maadah, 53, berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbiran sekolah dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) atas kematian anaknya.

Katanya, tindakan itu juga bagi memastikan kejadian yang berlaku ke atas anaknya tidak berulang ke atas pelajar dan anak orang lain.

"Walaupun dia sudah tiada tetapi saya akan membela kematiannya. Saya tidak berkompromi dan berganjak dalam perkara ini. Sepatutnya pengurusan sekolah dapat memastikan keselamatan pelajar," katanya.


Saya beri sokongan pada bapanya dan harap dia mendapat keadilan dari tragedi ini.
Ada orang komen yang pentadbiran sekolah dan guru-guru dalamnya tidak boleh disalahkan dan sepatutnya ibu-bapa yang bersalah sebab tidak memberi pendidikan ugama asas untuk anak-anak mereka.
Memang saya juga percaya perkara membunuh ini ada kaitnya dengan ibu-bapa dan latar-belakang pelajaran ugama.
Tapi adakah ibu-bapa murid-murid yang bersalah itu diheret ke mahkamah? Tidak kan?

Wajarnya pentadbiran sekolah itu mesti disalahkan. Memang sepatutnya pegawai sekolah, guru besar, guru kelas dan semua yang terlibat mentadbirkan sekolah itu BERSALAH!
Ingat nak jadi orang berpangkat senang ke? Pakai pangkat kat leher, jalan cekak pinggang ke?
Memanglah tiap-tiap murid yang datang ke sekolah itu dari berbagai latar-belakang bermakna ibu-bapa mereka dari berbagai lapisan masyarakat.
Yang paling mustahaknya sekolah itu mendisiplinkan murid-murid liar dan jangan dibiarkan perkara seperti "ragging" dan "hooligan" berlaku.
Kalau sudah tahu tiap-tiap tahun murid-murid buat "ragging", kenapa tak dimusnahkan dari asal? Itu pentadbiran sekolah kena bertanggung-jawab.
Berlakunya pergaduhan sebab cerek letrik, sepatutnya sekolah itu adakan senarai barang-barang yang boleh disimpan dan yang tidak boleh disimpan oleh murid-murid. Ini kan basic? Kalaulah tak ada senarai seperti ini, saya rela lambangkan pentadbiran sekolah itu KAYU REPUT!

Saya tersangatlah emosenal dan sedih atas perkara yang berlaku dan saya harap sangat-sangat mata kementerian pelajaran dan mata ibu-bapa anak liar-liar akan terjelik bila masalah ini dihadapkan ke mahkamah nanti.

Saya berdoa anak yang meninggal itu dibersihkan dosanya dan ditempatkan di shurga, amin.

Tuesday, March 30, 2004

Arwah Faris

Student beaten to death by seniors at hostel
Fourteen Form Five students of a top religious school here have been arrested for allegedly beating to death a 16-year-old schoolmate at their hostel on Sunday evening.

Sayangnya anak itu! Semoga rohnya ditempatkan di shurga dan Al-fatihah untuknya. Apa salahnya dipukul sampai mati? Yang menghairankan tragedi ini terjadi di hostel sekolah ugama yang paling canggih di Malaysia! Ini bukan hostel sekolah ugama, ini sangkap terrorist! Sekolah ini melatih anak-anak membunuh orang, kan ugama kata membunuh itu berdosa besar. Ini kan basic? Kenapa anak-anak yang memukul itu tak tahu ke?
There is something wrong with the system in that school, throw away all the present teachers...guerilla-trainers!
Guru besarnya patut dihadapkan di mahkamah. Di Jepun, ibu-bapa anak-anak yang terdapat bersalah membunuh anak itu akan dikenakan denda berjuta-juta. Membayar denda seumur hidup...!!!
Bayangkanlah, anak itu meninggal di hostel sekolah ugama, bukan di hutan belukar, bukan di tepi jalan raya!!! Tempat yang dipercayai selamat dalam segala-segala masalah dunia.

Pregnant woman assaulted and forced to perform oral sex.
Ini lagi satu headline yang shocking! Nama perempuan mengandong itu tidak tertulis dan nama jantan-jantan hantu pun tak tertulis. Kalaulah shaitan-shaitan itu berugama Islam, kira habislah image Malaysia sebagai negara Islam yang bersih di segi keIslamannya!
Kalau beginilah berlanjutan jenayah di Malaysia negara Islam, saya lebeh senang hidup di negara kaffir ini!

Pelajar baru.

Ini nak buat cerita sikit tentang pelajar 2 orang yang baru datang 1 minggu lepas. Blog ini saya rahsiakan dari mereka, jadi mereka tak tahu yang saya selalu buat lapuran. (Aisha Kamarudin...ssshhhh!).
Dalam seminggu ini saya cuba bantu mereka cara yang paling senang...bawa mereka pergi ke kedai-kedai untuk membeli barang-barang dapur.

Hari sabtu lepas, mereka kata inginkan peti ais, tapi yang murah (maklum sajalah bajet pelajar). Baiklah, saya bawa mereka ke kedai second-hand. Belek punya belek, dapat juga yang sesuai. Bayar duit dan dapat risit. Hari ini, mereka tukar fikiran, mereka nak peti ais yang baru pula, tak mahu yang second-hand! Terus bawa mereka lagi ke kedai second-hand itu dan merayu pada penjual. Rayu punya rayu, tapi tak berjaya. Penjual kata gunakanlah dulu, bila dah dapat yang lain, boleh jualkan pada kedai dia kembali, nanti dia datang ambil. Mereka kata ada orang kata kalau nak gunakan sampai 4 tahun, eloklah beli yang baru.

Pada saya terpulanglah apa keputusan mereka ambil, yang important mesti fikirkan bajet.
Ini satu pelajaran bagi mereka, di Jepun adat jual-beli bukan semudah macam di Malaysia.
Yang seorang lagi inginkan letrik gitar. Saya kata hal letrik gitar ini bukan pakar saya, tunggulah dulu.
Bila jumpa tadi mereka kata dah beli letrik gitar yen50000=RM1700
Aduh, tak sempat lagi lah budak nie...kuali nak buat goreng lauk belum beli lagi!!!
List yang perlu...kamus digital dwi-bahasa BI-BJ, TV, DVD player, kipas angin.

Siang tadi bawa mereka ke kedai jual ayam halal...terkial-kial nak kira duit. Jadi mereka gunakan duit kertas saja...dah lah jadi berlambak-lambak berat duit coin. Habis tu nak beli tabung duit, nak simpan duit coin yang berlambak-lambar tu!
Eh...gunakanlah semua duit coin, jangan simpan-simpan, nak buat apa simpan?

Baru-baru sampai, cuaca sedap...macam bilik air-con. Tak pakai sweater atau jaket....t-shirt cotton nipis, lengan pendek saja. Aduh...orang-orang sini masih pakai 2-3 lapis lagi. Ni tadi tengok seorang tu dah macam batuk-batuk. Dah kasi nasihat...walaupun cuaca nampak panas tapi mesti ada jaket...nanti sakit susah kang!!!
Dah telefon mak ke? Mak macam mana...risau tak? Tak lah! Sejak umur 11 tahun lagi dah tak tinggal kat rumah, tinggal di asrama...jadi mereka tak rasa home-sick pun!
Tak ada lauk pedas-pedas sini ok ke? Tak kisah...mereka memang tak kuat pedas!
Nasi Jepun lembik, macam pulut ok ke? Sedap...jawap mereka!

Kira mereka tak banyak cerewet. Sudah biasa dengan kehidupan jauh dari ibu-bapa, makan tak kisah...apa masuk boleh survive.
Bersopan, tak kasar suara dan bahasa, ugama pun kira basic ada cukup.

Hari Isnin depan akan diadakan Entrance Ceremony secara besar-besaran. Masa tu saya ambil foto mereka...saja nak bandingkan masa baru datang dengan masa mereka habis kursus 4 tahun nanti.

Saturday, March 27, 2004

Haiku Berries Aneh.

berries


Chip, chip, chip...terbang,
jatuhkan dari langit,
subur meninggi.

Merah dan manis,
berbuah musim bunga,
mulut selekeh.

Punggut segenggam,
makan tidak berteman,
berries yang aneh.


Benih berries ini dijatuhkan oleh burung. Apa namanya dan dari mana asalnya, saya masih tidak tahu. Selama ini belum pernah terjumpa berries ini ditanam mana-mana di Okinawa!

Sunday, March 21, 2004

Filem

I've been trying to get my hands on "Lord of the Ring-The Twin Towers" for a month now. I think people in Malaysia and elsewhere have seen this movie ages ago but in Japan, even though I know the latest movie-making and such, I still have not seen it!!!

The list on my have-to-see movie....

Lord of the Ring-The Twin Towers
Harry Potters (The 3rd)
The Last Samurai
Kill Bill
Mona Liza Smile
The Cold Mountain

This is so pathetic. We share the same air-wave with the USA military channel. I know the latest movie showing in USA. I know movies that are in-the-making but I also know that I can only see those movies 6 months later.
Of course, some friends say go, see it at the cinemaplex, at yen 1500 = RM52.00 per person???
Well, that's the rate in Japan. I can buy 3 pcs of whole chicken with that much money. No, I will not waste that money just to satisfy my movie desire.
The first movie I saw in a theatre in Japan was in 1983 "Flash Dance", that was also the last.

Yesterday, I saw The Oprah Winfrey Show and she was commenting on the lastest movie "Thirteen".
This movie is about the true history of a 13 year-old girl who has se-x with 8 boys at the same time. How the 13 year-old girl did her rounds of "toss the salad" (doing oral on anal) and "rainbow parties" (girls leaving lipstick marks on the pe-nis). How sick can the ame-ricans society gets...!!!
Anyway, I am not into details on that.

The movie "Lord of the Ring-The Twin Towers", was shown at all cinemaplex in Okinawa for 3 months, then the DVD was released at Yen 300 = RM 10.00 for a day's rental. This rate is called the new-released rate and will be on for 3 months. Then a couple of months ago "The Twin Towers" was rated as old-released (same price=RM10.00 for a week's rental).
The video rental shop has 45 DVD of this title and everytime I went looking for it, it was "rented out"!!!

Saturday, March 20, 2004

Equinox

Shunbun no Hi atau Vernal Equinox Day atau hari matahari melalui tepat di Khatt ul-istiwa jatuh pada 20/21 Mac tahun ini.
Ini bermakna waktu malam dan waktu siang sama panjangnya. Masa shuruq 6.35 pagi dan maghrib pula 6.35 petang di Okinawa sekarang dan di kawasan lain di Jepun.
Mungkin penduduk di negara bawah barisan Khatt ul-istiwa rasa tidak hairan dengan keadaan ini sebab tidak ada perbezaan masa siang dan malam sepanjang tahun. Tapi tidak begitu bagi orang Jepun.

Hari ini menjadi Cuti Umum!!!

Hari untuk mereka mendekatkan diri pada alam, menghormati segala yang hidup di alam ini.
Selepas 2 hari nanti, waktu siang menjadi panjang dan waktu malam berganti pendek, sehari 1-2 minit berbeza. Waktu solat pun akan mengikut peredaran matahari.
Salji cair dengan pelahannya, hilang suhu dingin dan cuaca akan menjadi panas dan berbahang selepas hari ini.

April dan Mei, Okinawa masuk musim hujan pula.

Friday, March 12, 2004

Sweet Raisins-Walnut Bread.

RaisinsWalnutBread
Roti ini dibuat mengunakan alat pembakar roti jenama Zojirushi.
Ada petua yang harus diikut apabila mengunakan alat ini walaupun bahannya hanya dituangkan ke dalam pembakarnya.

Petua pertama - bahan-bahan yang berair seperti susu, air dan telur dimasukkan dahulu sebelum yang lain.
Petua kedua - lebih sedap kalau digunakan tepung roti. Tepung roti berlainan dari tepung biasa.

Sweet Raisins-Walnut Bread.

1-3/8 cups.....Milk (air saja pun boleh).
1....................Egg
4-1/4 cups.....Bread Flour (saya gunakan 2 cups tepung roti, yang lebeh tepung biasa).
5 tbsp............Sugar
1-1/2 tsp.......Salt
2 tbsp............Butter
1 1/2 tsp........Dry Yeast

Setkan Dough Short selama 45 minit. Setelah berbunyi peep, peep, peep masukkan 1 cawan raisin atau walnut atau chestnut (ikut suka rasa).
Habis uli, angkat dan salin ke acuan roti. Biarkan naik selama 3 jam. Kalau tak mau atas roti menjadi hitam, tutup roti ini dengan foil. Masukkan dalam oven yang sudah dipanaskan selama 20 minit suhu 180 c dan bakar.

Surat

Surat ini untuk Kak Azyan, sdr Fabilah dan Rajiah yang berada di Edinburgh, UK sekarang.

Saya tulis 2 bulan lepas yang saya cuba buat blog mengajar bahasa Jepun. Janji ini belum lupa lagi.
Sebelum seseorang mahir dalam sesuatu bahasa, dia perlu belajar yang asas dahulu. Otto tidak setuju saya buat blog mengajar bahasa pasar Jepun sebab ini cara tidak betul. Ini akan menghilangkan kecantikkan bahasa itu.
Memang betul, bila saya terdengar bangsa lain bercakap bahasa Jepun mengikut buku, saya rasa tercekik! Tak tahan!
Itulah saya ingin mengajar bahasa Jepun pasar atau bahasa tidak rasmi.
Saya mohon ma'af, boss tidak benarkan.

Soal keputusan Shohei, masih belum tahu lagi. Ada lagu lama berbunyi "Jgn tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang....!!!"
Ini bukan soal diambil orang, yang peliknya tidak ada seorang pun dari kakak ipar, sepupu atau sedara lain dimaklumkan keputusan anaknya hingga hari ini. Pelik.

Sunday, March 07, 2004

Spring haiku

potatopatch
Walking on hill slope,
tripping on potato patch,
smiling with the cloud.
(the hill behind my house).

UncleShimabukuro's house
High hill with spring rain,
thickly-grassed winding foot-path,
my poor sneezing nose!
(my Uncle Shimabukuro's house and hill).

Thursday, March 04, 2004

Jumpa duit

Tempat: Saiwai-ku, Kawasaki, Kanagawa.

Tahun 1983, waktu itu saya ke pasar, ternampak di tepi jalan wang kertas diterbangkan ke arah saya. Saya kutip yen 5000 itu. Lalu saya bawa duit itu ke koban atau pondok polis yang berada 200 m di depan. Saya diarah mengisi borang dan jika duit ini tidak diklaim dari pemilihnya selama 6 bulan, ia menjadi hak milik saya. Polis pondon itu akan menghubung saya untuk memberikan wang itu jika tidak diakui dari pemiliknya.
Malanya selepas 3 bulan dari kejadian ini, saya berpindah ke Singapore. Tidak ada harapan saya untuk mendapatkan duit itu sebab kalau saya tidak pergi ambil sendiri duit itu, ia dimasukkan ke tabung kebajikan.

Seminggu lepas, ada kes orang buang duit sebanyak yen 2,800,000 atau RM980,000. Wang kertas itu dibalut rapi dan dimasukkan dalam kotak. Pengangkut sampah yang terjumpa duit itu berkerja dengan Pengangkutan Awam dan buat klaim ke atas duit itu.
Macam kes saya diatas, duit yang dijumpai di jalan awam akan menjadi hak-milik sendiri lepas 6 bulan.

Dalam kes pekerja itu, adilkah dia buat klaim ke atas wang itu selepas 6 bulan kelak jika tidak ada sesiapa klaim?

Jawapannya: Tidak patut dan tidak adil sebab kaki-tangan Pengangkutan Awam hanya digajikan untuk mengangkut sampah. Sampah yang diangkut itu hak milik negara, duit yang dijumpai itu dirasmikan sebagai sampah dan sama seperti sampah yang lain, "sampah" itu hak milik negara.
Pekerja itu tidak boleh klaim "sampah" itu.

MBA, itu duit betul, bukan olok-olok. Bulan March, bulan penutup akaun syarikat.
All company financial assets will be liable for taxation by end of March (alamak, sori tak tau nak tulis dalam bahasa melayu).
Some big-shots received under-table money and by throwing away the evident, might cover their tracks from the police.
Some mafia gang got it from drugs sales and threw the money to get rid of evidence.

Anyway, this case is still under investigation. But it is quite common for people to find bundles of money on the roadside in March.
March 5, 22.22

Friday, February 27, 2004

Apa ada pada nama!

Kelakar betul bila baca blog Kak Yan tentang peragai orang dulu dan cara mereka membesarkan anak. Ini pun saya ingin ceritakan hal orang dulu.
Bapa saya pernah mengatakan yang nama saya diambil dari ayat qur'an tapi dah nak masuk setengah abad pun (belum lagi) masih belum terjumpa ayat ini.
Malam tadi dinampakkan ayat ini pada saya (alhamdullilah), Surah 25 Al-Furqan, ayat 28. Ada tertulis KHA-LI-LA (Kha-LamYa-LamAlif) bermakna "intimate friend=teman akrab". Kenapa pula dieja Ha-Le-La?
Sebab pegawai yang menuliskan nama untuk mendaftar sijil lahir ialah orang Cina. Bapa saya yang dari India menyebutnya sebagai ha-le-la!
Saya rasa nama nama ini ganjil. Kalau masuk search engine google...
halela=sejenis tarian dari Hawaii, sejenis urat kayu herbal dan
nama tempat di Israel.
Sudah 25 tahun berumah tangga pun, Otto tak pandai sebut nama ini. Ha-Re-Ra atau Re-Ra!

Sebelum hari raya puasa yang lalu saya hantarkan cek untuk menunaikan bayaran zakat fitrah (ikut senarai Jepun) pada Pak Cik di Melaka. Namanya Jalil tapi cek itu tak diluluskan sebab nama yang saya tulis salah. Salah?
Sebenarnya bukan Jalil, tapi JAHIL yang didaftarkan dalam kad pengenalannya.
Ceritanya semasa menukar pada kad pengenalan baru, pegawai tersalah tulis dan dia tak perasan sampai bertahun!

Maksud nama Jahil itu memang tidak elok dan saya sarankan pada pakcik buat pembetulan. Saya terangkan makna "jahil" padanya orang yang bodoh dalam Islam, orang yang tak mengetahui ajaran Islam.
Balas pakcik, "alahai dah nak mati, biarkanlah. Maleh nak poii tukar!"

Sekarang saya perhatikan banyak orang namakan anak mereka dengan nama yang dipetik dari qur'an. Kekadang susah menyebut nama yang tidak pernah didengar. Kalau anak tu diberi nama yang panjang dan dipanggil dengan nama sengkatan, "imi wa nai" orang Jepun kata.
Tak berfaedah.

Tapi orang dulu pula ambil nama asal sedap mulut saja. Arwah nenek namanya Lembab, sepupunya Hitam. Arwah datuk dipanggil - Kling, adik dia Piyah.

Pernah terbaca (dah lupa di mana) kita seharusnya memanggil anak dengan nama penuh yang diberikan sebab di Hari Pengadilan nanti, kita dipanggil oleh-Nya dengan nama penuh yang diberi. Oleh itu eloklah tidak dipendekkan nama (atau panggil diri dengan nama nick) sebab nanti tak kenal pula nama sebenar yang dipanggil!

Anak sedara saya (berumur 6 tahun) diberi nama Muhammad. Saya selalu menyakatnya.
saya: Nama apa?
Dia: Muhammad
saya: Muhammad apa?
Dia: Muhammad aja...marah.
saya: oh, Muhammad Aja.
Dia: Bukan, Muhammad aja, tak suka mak long Jepun.

Wednesday, February 25, 2004

Hina Matsuri-Pesta patung

HinaDollsSalji mencair
berderet lima tingkat
Hina Matsuri.



Pohon bertunas
mata sepet merenung
harapan gadis.



Jubah berlapis
Raja sehari dua
berjuta wang yen.

Hina Dolls



March 3 ialah hari Hina Matsuri atau Pesta Patung. Mengikut kepercayaan orang Jepun hari ini untuk mendoakan anak perempuan selamat dan bahagia.
Adat ini berasal dari negara Cina, orang Cina percaya yang dosa dan balak dalam badan akan dipindahkan ke patung. Keesokkan harinya patung ini dilayarkan ke sungai sebagai menolak bala. Bila adat ini dibawa ke Jepun dari era Edo tahun 1603, ia menjadi hari patung.


Mereka keluarkan patung Hina dan susun atas rak 5 atau 7 tingkat. Rak paling disusun patung maharaja dan permaisurinya, di bawah ini 3 dayang dan di bawah lagi permain musik. Rak yang terbawa disusun menteri dan yang paling bawah dihiasa dengan kembangan sakura sebab kanan dan buah peach di sebelah kiri pula.

Hidangan khas untuk hari ini ialah nasi pulut yang dibentukkan seperti berlian di warnakan hijau. Pulut yang dibentuk 4 segi berwarna merah jambu seperti bunga sakura.


Pakaian patung ini diambil dari era Heian yang bermula pada tahun 794. Jubah kimono patung pemaisuri raja perempuan dipakai 12 lapis sama seperti yang Puteri Masako pakai di hari sandingnya pada tahun 1993.

Latest Type of Hina Dolls
Satu set patung ini berharga yen 1,000,000=RM35,000 dan menjadi khazanah keluarga zaman ke zaman, turun-menurun. Tapi sekarang ramai keluarga yang tinggal di rumah sewa kecil, mereka hanya beli patung raja lelaki dan pemaisuri saja. (lihat gambar yang ada baby).
Kalau ikut pantang mereka, selepas March 3 kena simpan secepat mungkin patung itu sebab jika dilambatkan, anak gadis itu menjadi andalusia.

Friday, February 20, 2004

Ucapan

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1425



Pada keluarga, kawan siber/mel/groups. Kenalan yang berada di seluruh dunia dan pelajar yang sukses merata.
Marilah kita berhijrah pada yang baik, terutamanya bersabar apabila memandu.

Thursday, February 19, 2004

Lupa

Kebetulan ada beberapa blogger yang menanyakan tentang bagaimana orang menjadi pelupa di blog Kak Yan dan kebetulan juga saya terima mel ini. Tambahan cerita dalam bahasa melayu itu karangan tersendiri. Kalau nak kata perkara yang tertulis di bawah ini betul 100% , munkin tidak betul. Ada juga yang saya sudah mengekperimen sendiri, jadi ada yang saya rasa boleh ikut.

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

Anak-anak kita kena paksa makan & minum pagi sebelum ke sekolah.
Kalau malam tak makan sponge kek takut gemuk, makan kek itu buat sarapan sebab gula dalam kek itu digunakan sebagai bahan pembakar tenaga badan untuk kerja seharian.


2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

Perkara kelahap makan tak payah cakap lagi sebab hadith kita sendiri melarang makan berlebihan.

3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

Tak nak.....

4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

Bukan otak saja yang kena jam, penyakit ken-cing manis juga menjadi.

5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

Cuba berdiri di tepi jalan yang penuh dengan asap kenderaan dalam 45 minit, sedut asap tu, kemudian tunggu 4 jam, kepala macam nak putus!

6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.

Allah buatkan malam supaya kita berehat, tidurlah, biar otak itu recharge seperti bateri baru.

7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

Yang saya tahu cuma mayat saja yang tidur berselubung.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

Kalau sakit kepala, telan panadol, tidur 4 jam, baru mulakan kerja atau belajar, tak berbaloi kalau rosak kepala tu!

9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

Lebih elok selaraskan perbuatan kita yang mengunakan bahagian otak kanan dengan bahagian otak kiri. Otak kanan bahagian memikir dan kiri bahagian pergerakan. Main piano, gitar, komputer, berfikir dan tangan berjalan menekan kekunci.

10. Talking constructively
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.

Hadith tertulis, kalau ada topik bercakap, baik diam! Dan kalau bercakap, elok berbual yang baik!

Tuesday, February 10, 2004

National Foundation Day.

Hari Pembentukan Negara, Feb. 11 - cuti umum di Jepun.

Sebelum tahun 1873, kalendar Jepun mengikut peredaran bulan, asalnya dari negara Cina.
Maharafa Jepun yang pertama Maharaja Jinmu mengisytiharkan hari ini cuti umum sebab hari ini beliau ditahktakan sebagai maharaja pertama (sebelum ini hanya ada penyamum dan samurai saja kot).

Selepas perang dunia 2, hari cuti ini dibubarkan sebab banyak orang kata maharaja Jinmu cerita dongeng dan karut. Tidak wujud maharaja bernama Jinmu.
selepas dibubarkan, banyak orang mengadu mereka maukan hari cuti ini dikembalikan danbermula dari tahun 1966 diumumkan semula hari ini dijadikan cuti umum.
Tapi raja yang pertama yang membentukan negara ini dikatakan raja dongeng, patutkah hari ini dinamakan Hari Pembentukan Negara atau National Foundation Day?
Umat Jepun diingatkan supaya menyayangi negara mereka pada hari ini (tak kisah cerita maharaja Jinmu itu karut atau tidak).

Monday, February 09, 2004

Hujan Isnin

Hari Isnin, gelap dan hujan menitis dari subuh. Suhu 12c, selepas solat fajr kalau tak masuk balik dalam futon (selimut tebal), kena selsema dan berbersin-bersin. Bilik tidur memang sengaja tidak pasang heater (pemanas), makanya jika membaca juga tangan terketar-ketar. Keputusan yang senang, tarik selimut sampai ke leher dan ZZZzzz.


minako20


Hatsu mutsume
hatachi ni natteru
Haru ga kuru.

Dara jelita
Dua puluh umur mu
Jambangan taman.

Bloom, my sakura
coming-of-age at 20
Season of flower.

Saturday, February 07, 2004

Friends

I have to write this entry in English because I cannot write something that is too emotional malay.
Today. I received a card and a novel and both these senders posted it on the same day i.e. 31st. Jan. 2004 (a day before Aidil Adha).

Let me talk about the card first. It was written in the sender's blog entry that whoever wishing to receive this card, should write down their names and addresses to get it.
Well, I did not send my home address because I feel that its the sender's choice about sending the card.
Well, surprisingly, the sender did sent me. Maybe because there are lots of extra cards left and no one else to send to.
The sender still take the trouble to send the card to me.

The card wishes me "Selamat Hari Raya Aidil Adha" with "Salam Maal Hijrah".
Thank you, my friend for remembering me, you know who you are.

Another gifts from the post today is a novel "Dosa Malam Pengantin" by Sri Diah. The sender promised to send it and the promise was made about 3 months ago during Ramadan.
I absolutely forgot about this promise, again thinking at the time when the sender made the promise, the novel will come, when it comes. Many people made promises to me and at this time of my life, I believe that out of 100 people who made promises, only 1 works!
Anyway, this sender reminds me of the songs.

"Rambling Rose"
by Nat King Cole.


Ramblin' Rose, Ramblin' Rose
Why you ramble, no one knows
Wild and windblown
That's how you've grown
Who can cling to, a Ramblin' Rose

Ramble on, ramble on
When your ramblin' days are gone
Who will love you
With a love true
When your ramblin' days are gone.


The last time we communicated was when I made the remark that the rambling has made me sick and it got on my nerve. Rambling means nothing is permanent, only temporary. Rambling means negativity, nothing positive comes out of negative thoughts. Rambling is boring, it is bleak, it borgs me down!
But, the sender still delivers on the promise and here I am with the book!
Obviously, the sender is trustworthy or "amanah" with promises. Thank you and as a malay pantun says,

Pulau Pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua."


footnote:
The only pantun in malay that I still remember...sad :(

Friday, February 06, 2004

Sakura

Bunga sakura di rumah jiran

Tadi masa berjalan ke kedai, tiba-tiba dihujankan kelopak sakura makan terlahirlah haiku ini.

Jalan sendiri
berhujankan kelopak
Tanah sakura.


Hatsu haru wa
sakura no hana ga
Hana zakari.

Musim berbunga
sakura berkelopak
Penuh jambangan.

Spring has come at last
Petals of pink sakura
Blossom graciously.