Friday, January 28, 2011

Amalan orang Melayu, Bidaah & Sunnah

Kalau sempat cubalah selak-selak halaman buku ini sambil duduk-duduk, insya-Allah ada kebaikan di dalam catatannya.

Sunnah dan Bidaah dalam Amalan Orang MelayuSunnah dan Bidaah dalam Amalan Orang Melayu by Jawiah Dakir/Wan Awang Wan Ali
My rating: 4 of 5 stars

hlm 177: ...adat bersanding di atas pelamin itu tidak ada dlm sunnah.
...bersanding itu berasal drpd adat Hindu.

Hlm 183: Rasulullah SAW tidak mengambil wang drpd para jemputan yg dtg memakan jamuan "walimah" perkahwinannya tetapi Rasulullah SAW pernah menerima hadiah makanan...kemudian dijadikan "walimah" perkahwinannya.
Jamuan perkahwinan utk org kaya sahaja merupakan jamuan yg keji.

Berhimpun di rumah si mati utk tujuan takziah kpd keluarga si mati atau ingin menolong org yg sudah mati dgn berdoa dan bersedekah pahala kebajikan kpd roh si mati sesudah mayat dikebumikan merupakan amalan yg tidak menepati Sunnah. Namun, berhimpun dgn tujuan mengurus mayat spt sembahyang, kafan dan memandikan mayat ialah amalan yg dituntut kerana ianya menjadi fardu kifayah kpd org Islam yg masih hidup dan dilakukan dgn cara berjemaah.

...catatan menekankan kpd berhimpun di rumah si mati selama 3 hari, 7 hari atau 40 hari setelah mayat dikebumikan. Adakah amalan in termasuk dalam niyahah yg diharamkan? Berikut ialah hadith yg melarang berhimpun dan menyedia makanan dan minuman di rumah si mati.

....para Sahabat mengirakan perhimpunan dgn keluarga si mati selepas jenazah dikebumikan dan memakan makanan di sisi mereka adalah satu cabang daripada al-niyahah kerana membebani dan mengganggu mereka, sedangkan mereka dlm kesibukan menghadapi kematian, juga bercanggah dgn Sunnah yg menyuruh jiran tetangga atau org2 Islam memberi makanan kpd keluarga si mati, bukan keluarga si mati menyediakan makanan utk org ramai".

~~~~~

Wednesday, January 26, 2011

Dalam transit...

TerimaKasih

Masa saya sekarang dalam "transit". Transit bukan Japan National Rail atau MRT Singapore atau Okinawa Monorel atau LRT tapi transit di perantaran masa. Dari satu waktu menyeberang satu waktu yang lain. Betulah istilah itu transit atau saya buat istilah baru transiportation.
Dalam waktu menanti beberapa perkembangan dalam hidup ini, saya sedang di pertengahan. Jadi untuk memanfaatkan penantian ini saya pulun segala bacaan yang ketinggalan. Mencari dan mengumpul buku-buku yang dalam senarai "wishlist".
Dalam kemelut kontroversi novel "Interlok" sekarang dan ramai pembaca di Malaysia sedang menjenguk setiap kedai buku untuk mendapatkan stock yang kehabisan, buku ini telah sampai ke tangan saya hari ini.
Terima kasih untuk teman yang sudi menghantarnya, jazakAllahu khaira :]

~~~~~

Monday, January 24, 2011

Another Tunisia?

Semalam lepas mandi sauna, terlentuk sekejap di ruang rehat sana. Bila terjaga, terasa badan sejuk dan terbersin-bersin sikit. Pagi ini awan mendung, langit suram dan dengan tidak sengaja terbaca laman ini...

http://blog.marhaen.info/index.php/laman-utama/1-artikelmarhaen/773-rosmah-mansor-ada-pejabat-haram-di-putrajaya

Terbahak ketawa sendiri melihat lakunan politikus (atau isteri masing-masing) di Malaysia. Lepas ini untuk melepaskan tension atau untuk hiburan murahan, klik saja mana-mana laman underground yang dah timbul macam cendawan racun di alam siber ini.
Enjoy :]

Sudahlah badan gedebab macam haram, duduk di pejabat secara haram, ada gelaran haram, apa nak jadi dengan isteri Perdana Menteri ini? Pemimpin-pemimpin BN sudah buta ke? Atau sudah gila? Takkanlah seorang politikus BN pun tidak berani menegur tingkah laku songsang mangkuk hayun bernama Imelda Rosmarkus ini?

Takkanlah semuanya sudah jadi pengecut yang hanya pandai membodek dan menikus sahaja? Mana pendekar keris kontot Hishammuddin Hussein? Mana Ibrahim Katak Pekasam? Takut dengan mak badak ke?


~~~~~

Saturday, January 22, 2011

Ahli Ma'sumeen

Adabul Haramain, Etiquettes of The Two Holy ShrinesAdabul Haramain, Etiquettes of The Two Holy Shrines by Jawas Husseiny Al-Shahrudy

My rating: 2 of 5 stars


As I was transferring some books onto a new book shelf, I found this book. This book was given to me by an unknown person. When she gave me, she scribbled something on the first page, "azar-Dec 26, 2005, I. R. Iran, Tehran".

Seeing this, it all seems to flow back in memory lane. I was doing my Haj and sitting with another lady in Masjid Nabawi, quietly doing my wirid while waiting for the last solat time to come.

She was sitting next to me in black abaya. She asked me why I used my fingers to wirid, don't I have a tasbih? I said no I don't have a tasbih and she gave me her tasbih. I rejected but she insisted. I rejected again telling her I like to use my finger to wirid. She agreed and I thought she might leave me alone.

She showed me this book and opened some pages. She talked about the 14 Ma'summen (a.s)and took the effort to list them down from the content of this book.

The Ziyarat of [1] Imam Ali (a.s), [2] Imam Hassan (a.s), [3] Imam Hassan (a.s), [4] Zeinul Abideen [5] Muhammad Baqir, [6] Ja'ffar Swadiq (a.s), [7] Imam Musa, [8] Ali bin Musa, [9] Mohammad Jawad, [10] Ali Naqi (a.s), [11] Imam Hassan al-Askari, [12] Imam Mahdi (a.s).

When I came home from the pilgrimage, I managed to finish reading it. Then only I realized what the book is all about.

As written in the front page, this book is for people who follows the teaching of Holy Prophet(s.a.w) and those chosen ones in Jannatul Baqee.


I follow the Al-Qur'an and Sunnah Rasulullah all the way till I die, insya-Allah.
This lady gave me her work card and email address but up till today, I've not send her any word.

~~~~~

Sunday, January 16, 2011

Asam, Garam, Gula & Kopi

Asam, Garam, Gula & KopiAsam, Garam, Gula & Kopi by Abd. Jalil Ali

My rating: 3 of 5 stars


Petikan dari Prakata buku ini:

"Kesemua artikel yang dipilih merupakan pengalaman hidup beliau sama ada pernah ditempuhi sendiri atau berdasarkan pengalaman sekeliling. Ia dikomplilasikan dari pelbagai terbitan Kumpulan Karangkraf, khususnya majalan Pesona Pengantin dan Seri Dewi & Keluarga.
Cara penyampaian yang santai dan bersahaja beliau begitu memikat. Kita sebagai pembaca pastinya tidak akan bosan malah akan setia membaca dari halaman ke halaman dgn asyik untuk mengetahui setiap satu kisah yg dipaparkan."

I read this because I want to know the present social trend in Malaysia. As in Prakata, most of the anecdotes are from the writer's own experience, so some of the "kebanyakan, nisbah, keseluruhan" remains just that.

But after reading this book, something else inspired me...



View all my reviews

***

Thursday, January 13, 2011

RESTU-Goodreads Review

Restu by Ismail Kassan

My rating: 4 of 5 stars
Novel "Restu" karya Ismail Kassan. Novel ini telah terpilih sbg pemenang Ke-2 bagi Hadiah Novel Melayu Baru Peransang-GAPENA 1993. Novel ini juga terpilih sbg teks KOMSAS.

Pada hlm 55-"Siew Yap bukan seperti orang tengah Cina lain yg berimejkan penghisap darah dan mementingkan hanya keuntungan."
Org Cina tak pulak gaduh nak bakar novel ini?

Membaca buku ini membuat saya benci kepada sekumpulan orang Melayu yg menghalang proses kemajuan hanya kerana mementingkan periuk nasi sendiri.
Contohnya jalan tanah merah sepanjang zaman tidak berubah sebab ada beberapa orang yg mempunyai lori, memonopoli dgn mengambil upah pengangkutan. Mereka membantah dan menghalang jalan itu dicantikkan, takut lori besar masuk dan mengambil kerja-kerja mereka. Akhirnya selama-lamanya kampung Melayu berdebu dgn tanah merah.
Ceritanya mempamerkan kemiskinan penduduk Melayu di tanah sendiri berbanding dgn pendatang Cina.
Pelik betul jika difikirkan, kenapalah orang Melayu miskin selama-lamanya padahal duduk bebas di tanah Melayu, bukannya menumpang atau merempat di negeri asing.
Penulis menyatakan orang Melayu yg miskin makan ubi kayu dan minum teh kosong. Tapi pada saya itu bukan miskin. Lagi pun di kampung-kampung, terdapat berbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang bermusim. Mengambil kira fakta ini, tidak mungkin orang kampung mati kebuluran.
Watak utama dlm novel ini seorang lelaki dan penulisnya bijak menghuraikan perasaan watak utama ini dengan tidak terlalu berlebih-lebihan atau "over-burdening" pembaca.
Rasanya tidak perlu penulis menceritakan watak Yasid yang hilang tiada berita sebab penceritaan novel ini adalah dari naratif watak utama. Elok membiarkan pembaca tertanya-tanya daripada menjelaskan segalanya.
Watak yang bernama Razoli mencabar watak utama dalam pentempuran di gelanggang. Pembaca tertanya-tanya (jika tidak membaca sampai habis) mengapa Razoli mencabar watak utama tanpa sebab. Sebenarnya pembaca akan mendapat jawapannya pada penghujung novel ini. Saya kata begini sebab ada beberapa komen yang merasa adegan cabaran di gelanggang majlis perkahwinan sebagai pelik dan tidak nampak kaitannya dalam keseluruhan plot dalam novel ini.

4 bintang, I LIKE :-]

****

Sunday, December 26, 2010

Pagi Semerah Daun Momiji

GLS

Pada 12 Jan 2011, saya menghantar manuskrip ini kepada salah satu syarikat penerbitan yang termasyhur di Malaysia. Namun selepas 3 bulan iaitu pada tarikh 31.3.2011, draf ini dipulangkan sebab saya dikatakan tersalah hantar manuskrip ini. Penerbit ini menyatakan mereka hanya mengambil manukrip "novel-novel cinta remaja". Manuskrip ini dikembalikan.

Buat waktu itu tajuknya berbunyi "Gurindam Langit Sakura.

Two ink tank each at Yen 1,800
One rim (500 pages) A4 paper at Yen 400
One file at Yen 250
Harga pos berdaftar Yen 3,500
Tangible capital Yen 8,050
Intangible capital Sweat and Blood

Word Count:101,730

Up, up and away...

******

Monday, December 20, 2010

Sahaya

Berita Harian, Dis. 17, 2010
Berita Harian Dis. 17, 2010

Susur galur yang mengalir dalam badan ini bukan Melayu asli. Boleh saja saya mengaku diri ini bukan Melayu. Emak dan bapa saya bertemu di Singapura dalam era penjajahan Inggeris. Seorang dari India dan seorang lagi dari Melaka, mencari rezeki dalam bandar yang serba membangun untuk meneruskan kehidupan.
Emak saya bukan orang sekolah tinggi dan bapa pula tidak fasih berbahasa Melayu. Pertuturan saya dari kecil hanya meniru cara emak saya yang pekat dengan loghat Negeri. Apa diharap kepada bapa saya pula dengan bahasa yang meniru imigran baru pada era itu.
Pada peringkat awal persekolahan, kami diajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama. Kelas kurang sejam dalam 2 kali seminggu. Apa diharap kepada saya, anak separuh Melayu untuk meningkatkan bahasa Melayu.
Selepas menamatkan zaman persekolahan, kerjaya tidak menggalakkan pertuturan Bahasa Melayu.
Mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Jepun dan selepasnya mengikutnya merantau selama 20 tahun, sejujurnya telah menghilangkan Bahasa Melayu yang daripada asal sudah mengalir lembap dalam diri ini.
Saya tidak sedar bahasa yang saya tuturkan hanya campuran dari berbagai-bagai bahasa. Ini amalan orang-orang di sekeliling saya dan saya hanya meniru sama seperti bapa, imigran dari India, yang meniru juga.
Seorang sahabat menyarankan saya menulis pengalaman hidup di pulau ini dalam blog. Saya mengambil saranan itu dan mula menulis. Pada awalnya catatan saya masih mengikut gaya penulisan pra-Merdeka bersama e-tanda dan segala ejaannya.
Ramai yang membantu untuk memperbaiki kelemahan ini sehingga senaskhah Kamus Dewan juga dihantarkan untuk saya.
Ramai juga yang menghina (mereka orang bijaksana dalam bahasa) kelemahan ini sehingga saya terpaksa berehat dari menulis dan berusaha sendiri untuk mempertingkatkan diri ini.
Berdikit-dikit saya membaca dalam diam tulisan orang-orang bijaksana dalam bahasa. Berdikit-dikit selama 5 tahun, bersendiri.
Dengan bantuan seorang sahabat yang mendorong penulisan novel ini dari awal ia berbenih, saya memanjat gunung itu sampai ke puncak jaya.
Saya bukan mengharapkan nama. Saya hanya ingin membuktikan kepada orang-orang yang pernah menghina saya.
Nah! Saya lulus!

*******

Thursday, December 16, 2010

Cotton Plant

Cotton Plant
Everywhere cotton plants (Pokok Kekabu) are at their blossom peak in Okinawa now. My brother-in-law showed his surprise when he visited us last week, to see the variety in Okinawa has pink flowers. He said in Malaysia and Singapore the flowers are white.
I remember my grandma had a cotton tree standing in the front yard. One of my visits there, she told us she wanted to cut the cotton tree.
When I heard her decision, I thought that would be my last cotton tree. I doubt anyone in Malaysia would be interested in cotton trees anymore. During its hey-day, the cotton trees products pods of cotton, my grandma made beautiful soft pillows and mattresses for us. It was that cotton tree that inspired me while plotting novel Pulut Sakura Serunding Kasih.
For sure after that cotton tree was cut off, I never once see any cotton tree in Malaysia. I sort of missed that cotton tree as it brought back lots of good memories of my childhood.
My cousins used to gather the pods and picked cotton from it and filled up sacks of cotton.
But the story of cotton trees in my life did not stop there.
When I moved in on this island, I saw streets here lined with cotton trees. Then, when it's time for the pod to break, the winds spread the cotton like snow flecks in winter.

Tersipu-sipu
buah pokok kekabu
terpancut isi.

*******

Wednesday, November 24, 2010

Coree Du Nord

Kedongdong Pickles in the making

My writings here must have some kind of attraction. But it's like looking at yourself in the mirror and you just see yourself. It needs someone to tell where the attraction is as everybody has got different angle of looking at beauty. Beauty is subjective and in the eyes of the beholder.
Yesterday the godless north shelled his brother in the south. War is all about land, about territory. Land means survival. The grab for some small piece of island for normal minds is uncomprehending. But international law rules the haul and catch that surrounds island. This eerie thought always creeps for people making islands their permanent home.

I am preparing this house for my sister's family visit next week. They are tagging all the three children along. Children grow very fast nowadays, both body and mind. Young parents don't spend as much time with their small children anymore. But once they've grown, those small minds are unreachable. Those small magic moments will not come, some parents will argue, or insist their children never changed. The love is still there. Of course the love is always there but children need to grow. They need the space and once they found their nooks, their innocent paradisaical minds moves out there. In the world.

I am preparing this house for my sister's arrival. To get more space, I need to throw some things away. That is the hardest part of cleaning.

Oh well, life is so full of indecision.

********

Tuesday, November 16, 2010

Eid ul Adha 1431

Whenever I can't find a place on the ground level, I moved up and sat myself down in between the 3 humps@google

This morning I woke up to the smell of Japanese curry. My dear husband do this when his cooking mood comes in. I sat down with a bowl of kare-rais (curry rice) and a cup of milk tea.

Then the movie channel start "In the Land of Women". I said to myself why not let the mood gets in this time. I just sat with the bowl of kare-rais and finished the movie 2 hours later. Not doing anything but writing this after.
I do get irritated thinking that 2 hours I could have lots of things going but again, I comfort myself. I do need some injection of fresh ideas to write.
Before beginning a new manuscript, I mess around with ideas. Get pieces here, pick pieces there, join up cultures, mix up people, create plots, that sort of blurry things. All these float over a period like cumulus clouds hovering in the back of my head.

I kind of like "In the Land of Women". Homely boy trying to let go the pain of being dumped. Changing life, meeting neighbors, getting involved in their lives and at the end of it all, getting out of that same complicated love life again just to avoid another head-on pain that rotates around a young adult life.

Today Makkah is celebrating Eid-ul adha. Such a mixed up on this part of the world. Tokyo Masjid is doing the eid's solat this morning and most other masjids and praying halls are doing it tomorrow.
So what are people on far-flung islands like us to do?
I choose to just remain quite. Let the world do what they like. I just do my own thing.
Maybe I just let all this low-pent up emotion drip like melting collagen from my body into the hot water that bubbles in the ofurou pool(public bath).

Just to remind myself. Mine was in Dec/Jan 2006, that it has been 6 rounds of eid- ul adha, I was among the 2.5 million people at Mt. Arafat and Mina (latest count today 3 million).

Some of us may have a quiet celebration but wherever we are, I should think our hearts will always remain there on this day (for those who have the privileged of being there) and for those others with the intention to go, might feel the click in the hearts even for one second of that wonderful place on earth.

Labbaik Allahumma labbaik
Labbai kala sharee kala kalabbaik
Innal hamda wan ne'mata
Lakawal Mulk
La sharee kalak

"Here I am at Thy service O Lord, here I am. Here I am at Thy service and Thou hast no partners. Thine alone is All Praise and All Bounty, and Thine alone is The Sovereignty. Thou hast no partners."

*********
Wukuf berbusa
riak iman merebak
banjir Al-Ha-ram

********

Saturday, November 13, 2010

Oden

Oden
The cold weather has set in. Not full blast yet but surely reaching there. We've brought out the room-stove and the kotatsu (low table with a warmer under to make the body warm).
Oden goes very well in such cold weather. This morning I had oden for breakfast.
Clockwise its boiled egg, taufu, boiled radish, fish cake with gobou(see pic below) root, fish sausage, kombu (lalang laut) or long algae (see pic below) and the center is konnyaku cake from the konnyaku root (ubi konnyaku).

(google)-Konbu


(google)-Gobou

(google)-konnyaku

************

Friday, November 12, 2010

Pickled Kedongdong

kedongdong

A couple of days ago, I went to a friend's (Uehara at Ozato) orchard and picked all these kedongdong. These are just from one tree and she has 3 others. I managed only one tree. That is enough.
Uehara said they grow these kedongdong for fun. Watching the fruits are such joy for them! Actual fact is she has no idea how to eat it! Like all Japanese.
I'll pickle those big fruits and the rest I'll make some traditional dishes out of it like sambal belacan kedongdong, yummy and maybe fish curry kedongdong (same like my mom used to add green mangoes) or masak lemak pedas with ikan saba kedongdong.
Cooking is invention and I always invent new dishes combining the best of Japanese and Malay dishes.

Kedongdong haiku:

Sambal kedongdong
the smell of the belacan
is lost when alone.

*******

Sunday, November 07, 2010

My Sheaffer

My Sheaffer

I don't know whether school children do it these days but during my younger school days, we were made to write the proper way. Not only do we have to follow every curves and bends of the alphabets but we were made to write with a fountain pen. Everyone of us keep at least one fountain pen in the pencil box. Do children these days keep fountain pens?
We love to write with fountain pens. Those days (read: year 1963-1967), we still don't see ball-point pens. We only have fountain pens and pencils. With fountain pens, the ink came along. Black and wet ink. When children have black and wet ink, obvious things happened. My skirt was always blotched with black ink, my hands always stained black. This happened to my friends as well. We used to fight with ink. We point the pen nib forcefully towards the intended culprit. Ho,ho you get a polka-dot face that will last till the end of the school hours.
The pen above was a gift I received 2 years ago from a loving friend. For 2 years, I went all over the island finding for the ink. Yes, I can't get black ink for a simple reason, because there is no shop selling fountain pen on this island (I don't know about other places in Japan).
In the end, after more than 2 years, I settled for calligraphy ink, those that are used in Japan kanji calligraphy. From the tube, I poured the ink into a blueberry-jam bottle.
I love writing with fountain pen. Writing with normal pencil would hurt my fingers. Pencils are too slim for my fingers to hold. Writing with ball-point paint is mere boredom, somehow I can't get my inspiration ticking. Of course, I write long manuscript in my Windows Words but there are times when my romantic self urge me to write with a fountain pen.
You should hear the sound of the nib scratching the papers, you should feel the ink trickling down the papers and best of all smell the ink on your fingers.
Normally, after writing with a fountain pen and after satisfying my romantic needs, I have stained writing hand and need to go to the washroom.

******

Tuesday, October 26, 2010

Varnis

Belalang Mentadak-18thn

Pagi tadi hidung ambo dikejutkan dengan bau pelik. Bukanlah pagi sangat. Dah masuk jam 9.30 pagi. Masih terlentang dan terkebil-kebil, baru ambo teringat Otto kata semalam dia nak varnis lantai ruang tamu dan dapur. Rumah ini sudah 13 tahun. Varnis lantai papan semakin bercalar dan bertompok-tompok. Sebenarnya hari Ahad nanti ada tetamu penting datang ke rumah kami buat pertama kali. Tapi biarlah ambo cerita tentang varnis sementara menunggu kejadian selanjutnya...

Semenjak ambo menulis draf, rumah ini terabai. Lain-lain tulisan tidaklah begitu menghariahkan tapi menulis draf terasa seperti menghantukan. Pokoknya rumah ambo terabai.

Sebenarnya hati ini terasa tertekan memikirkan sampah yang bertahun-tahun ambo simpan. Pakaian anak-anak masa mereka bayi masih ada dalam almari. Otto suruh buang, ambo kata benda itu tak ganggu kita, jadi kita jangan ganggu dia.
Boleh?

Buku-buku lama, buku klasik, buku agama semua saya simpan. Untuk Otto buku tidak perlu kita simpan, bila dah baca berikan orang lain atau buang. Ambo kata mana boleh buang ilmu. Ilmu kita bawa sampai mati.
Boleh?

Pakaian lama-lama semasa badan ambo seperti belalang mentadak masih ada lagi. Berbungkus bulat-bulat. Itu pun simpan. Otto kata buat kain buruk.
Mana boleh buat kain buruk, kainnya tak buruk pun!
Boleh?

Entahlah, tolonglah.
Macam mana nak buang!!!???

*******

Tuesday, October 19, 2010

Kaya?

Alaun melahirkan anak dinaikkan lagi. Setiap kali melahirkan, diberi sebanyak yen 420,000. Masa saya dulu, 26 tahun lepas, kami dapat alaun bersalin Yen 230,000.
Duit ini dari mana? Dari cukai pendapatan. Siapa yang mengeluarkan cukai pendapatan ini? Pekerja swasta dan awam. Cukai dinaikkan untuk membayar lebih. Kasihan orang-orang muda di Jepun.

Kadar orang Jepun bunuh diri naik lagi tahun ini (+-33,000 nyawa). Yang peliknya, pada pertama kali didapati orang-orang muda antara umur 20'an dan 30'an yang ramai bunuh diri (+-8,000 nyawa). Kasihan orang-orang muda di Jepun.

********

Thursday, October 14, 2010

Kui

"Mano poi eh kui padi dopan ghumah?"

Setakat ini, belum ada orang berani menjawab soalan ini apabila saya masukkan di dalam Facebook.

Mungkin ini kerana:

1] Ada pembaca beranggapan ayat ini bukan dalam Bahasa Melayu.

2] Ada pembaca tidak faham Bahasa Noghori.

3] Ada pembaca faham Bahasa Noghori tapi tak tahu apa itu "kui".

4] Ada pembaca memang faham Bahasa Noghori dan tahu pula makna "kui" tapi memang tak tahu jawapan pada soalan ini.

Satu lagi tentang usul-usul perkataan.

"Beca" berasal dari Bahasa Inggeris yang dicampur-adukkan dari perkataan "rickshaw".
Tapi "rickshaw" bukan juga berasal dari bahasa Inggeris.

"Rickshaw" keluar dari lidah cair yang mengalir dari perkataan asal "ricksya".

"Ricksya" pula dipendekkan dari perkataan "jinrikisya!"
 
"Jinrikisya" atau 人力車 (bahasa Jepun) yang bermaksud 人 orang, 力 tenaga, 車 kereta. Cantumkan menjadi orang-tenaga-kereta.

Huraiannya menjadi kereta yang mengguna tenaga orang...beca!

"Mano poi eh kui padi dopan ghumah?"

*******

Sunday, October 10, 2010

10-10-10

Mengabadikan hari ini.

1] Terjaga awal sebelum waktu fajar. Tangan menekan butang loceng dan menunggu, tapi terlelap. Alih-alih bila tersedar waktu sudah masuk setengah jam selepas suruq...mood menjadi liar.

2] Ada sesuatu yang dinantikan tapi belum ada jawapan...mood membara.

3] Ada masalah yang harus diselesaikan tapi menunggu masa dengan sabar...mood bosan.

4] Hati ingin berseronok dengan teman2 tapi kaki tidak mahu melangkah lebih dari pintu depan...mood sedih.

5] Semangat ingin menghabiskan projek terkini tapi jari menulis sudah bengkak, tak dapat pegang pensel...mood menyerit.

Lima cukuplah, tak perlu penuhkan senarai sampai 10.

Mengabadikan hari 10-10-10!

******

Thursday, October 07, 2010

Langit Luruh

Ada pepatah Jepun yang bermaksud "hati perempuan bagaikan langit luruh".
Luruh adalah musim perantaraan.
Baru habis musim panas yang berluwapan dan memijak ke pintu musim sejuk.
Musim luruh awannya berkumpulan seperti ikan berlari-lari dalam laut, berderet-deret dan panjang di lata langit.
Ini lain dengan awan musim panas, di mana awannya berkepul-kepul naik meninggi, bertingkat-tingkat.
Bayu musim luruh sungguh nyaman.
Senang dilenakan dan boleh mengkhayalkan.
Hati perempuan sama seperti awan, bayu dan langit musim luruh.
Tidak menentu.
Sekejap ke belakang, sekejap ke depan.
Adakala tenang, adakala ribut, berkilat, berpanah.
Selalunya awannya menari-nari tapi tidak lama.
Bila hujan, dibuatnya lama berhari-hari.
Memang musim luruh sama seperti hati perempuan.
Sesiapa yang belum kenal musim luruh tak perlu risau.
Duduk saja serumah dengan seorang perempuan, sudah cukup mengalami luruh semusim!

Bertadabburlah dan hayatilah ciptaan-Nya di alam ini.


Kumpulan sadin
berkejaran di langit
egonya tinggi.

*****

Wednesday, September 29, 2010

...yang baki gincu.

image from google-tsubaki

Bersebelahan pohon tsubaki ini terdapat juga sebatang pohon willow yang baru mengeluarkan tunas hijau di ranting-rantingnya. Ranting-ranting pohon willow ini melambai-lambaikan jari-jemari mengikut siulan semilir musim bunga yang nyaman pagi itu. Bakat puitis yang terpendam di dalam sanubari Rafique menangkap kecantikan yang terbentang di lensanya dan mengilhamkan sebait puisi Jepun.

Pergi tsubaki
tinggalkan jasad ini
yang baki gincu.

Petikan daripada novel Pulut Sakura Serunding Kasih (PSSK).

********