
The issue of US military base in Okinawa is extremely sensitive. The barometer of sensitivity is easy to detact in the age group.
Local islanders over the age of 45, feel such great comtempt and hatred for the bases to the extend that they avoid going to places that have similarities with the american cultures.
Yesterday, a beautiful and calm sunday, 15,000 islanders mostly, held a hand-chain protest surrounding one of the biggest bases in Okinawa, Kadena.
As long as it is done in a peaceful manner, not noisy and rough, the police allows it to go on. It is one of the ways the local people exercise their democratic rights to protest over the government.
Back to the Bahasa Melayu...
Semalam ada perkumpulan haiku dan makcik Higa yang berumur 74 tahun tidak hadir sebab dia pergi tunjuk perasaan, buat hand-chain kat Kadena Base.
Makcik Higa nie dah lah tua, pulak tu bongkok. Dia sebenarnya pernah merasakan impak terus, direct impact, bom atom. Sebagai seorang yang pernah berpengalam first-hand, dia dilantik sebagai penolong pengerusi The Atom Bomb Peace Group.
Dia mempelawa saya menolong bantu penuhkan hand-chain ini sebab katanya tahun ini tidak ramai yang datang. Seelok-eloknya seramai 25,000 pasang tangan yang perlu untuk mengelilingi Kadena Base tapi tahun ini hanya 15,000 manusia sahaja yang dianggarkan datang.
Sebenarnya saya lebih utamakan kumpulan haiku dan saya tolak pelawanya. Juga otto ada beri amaran jangan campur kegiatan politik di pulau ini. Saya orang asing di tanah ini, setiap tahun seorang pegawai polis datang ke rumah menginterviu saya dengan berbagai soalan darihal aktiviti yang dilakukan.
Selama ini rekod saya bersih dan belum ada pangkah lagi.
Saya perlu kekalkan kebersihan rekod ini.
Isu base ini sungguh komplex. Tidak ada cara mudah untuk menghalau mereka dari pulau ini. Perang dah habis 50 tahun lebih, kenapa mereka masih ada?
Anak-anak muda bawah umur 30 tahun tidak pedulikan sangat isu politik.
Jika ada, adalah.
Kalau tak ada, pun tak apalah.
Orang tua-tua kata anak-anak muda sekarang tidak ada perasaan patriotik, tak sayangkan negara sebab belum pernah berperang mempertahankan tanah air sendiri dari diambil oleh negara lain.
Walaupun saya bukan orang asal tanah ini tapi saya juga ingin bersihkan pulau ini dari pertaburan base. Kalau niat untuk mempertahankan dan menyelamatkan, buatlah di tanah mereka sendiri yang ada Hawaii atau Guam.
Pulangkanlah semula tanah-tanah rakyat pulau ini jika ingin menetapkan keamanan.
Haruskan orang pulau ini dibebankan dengan rampasan tanah masing-masing hanya untuk menapong kegiatan mereka?
Penduduk Okinawa memang orang-orang yang cintakan kedamaian. Walaupun hati mereka sakit tapi mereka masih bersabar dan menunggu tanah mereka dipulangkan semula.
Entah bila tapi mereka tidak putus asa menunggu dan menunggu...
Untuk rujukan, sila ke http://www.estripes.com/article.asp?section=104&article=45862





























